in ,

Petua Turunkan Kolestrol Yang Berkesan Guna Air Rendaman Bendi

petua turunkan kolestrol

Berbagai cara yang boleh dilakukan sebagai usaha dan ikhtiar untuk hilangkan atau turunkan kolestrol tinggi dalam badan sama ada dengan cara perubatan moden dan juga petua tradisional yang boleh diamalkan dengan mudah.

Elak makan makanan berlemak yang menjadi penyebab dan menjaga pemakanan serta turut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman adalah antara cara yang terbaik boleh dibuat untuk kurangkan kolestrol tinggi.

Selain ubat kolestrol yang boleh dibeli di farmasi dan ramuan tradisional yang boleh menurunkan atau rendahkan kadar bacaan kolestrol dengan cepat, sebenarnya ada satu lagi cara yang boleh anda cuba selepas ianya telah dicuba oleh wanita ini, Erika Khoriawati, dengan mengamalkan air rendaman kacang bendi dan hasilnya sangat memuaskan.

ubat kolesterol tradisional
Kacang bendi mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri.

Petua dan Cara Turunkan Kolestrol Tinggi

Kadar kolestrol yang tinggi sememangnya sangat bahaya dan amat ditakuti ramai orang. Anda harus mengetahui penyebab, tanda-tanda, punca dan gejala sebelum mencegahnya. Ini kerana kolesterol juga adalah merupakan sebahagian daripada sebatian kimia yang agak penting dalam tubuh badan kita. Walau bagaimanapun, jika kadarnya terlalu tinggi adalah lebih baik anda mengatasinya sebelum ia menjadi lebih parah.

Berikutnya adalah perkongsian yang dikongsikan oleh Erika Khoriawati yang boleh anda jadikan sebagai panduan untuk menghilangkan dan mencegah kolesterol supaya ia tidak memudaratkan diri kita sendiri.

Cara turunkan kolestrol
Kacang bendi terbukti dapat menurunkan kadar kolestrol tinggi.

“Kacang Bendi mempunyai banyak kelebihannya. Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minum air rendaman kacang bendi ini saya tidak lagi alami kebas kaki, kolestrol suami juga telah turun. Berbaloi dari berhabis duit beli ubat setiap bulan.”

“Selain membantu menurunkan kadar kolesterol,Kacang Bendi juga mengandungi Asid Folik yang sangat bagus diamalkan untuk ibu mengandung mahupun ibu yang menyusukan bayi.Saya berjaya menyusukan anak sehingga dia berumur 3 tahun!”

Bahan-Bahan:

10 hingga 15 batang kacang bendi
Satu liter air

Cara membuatnya:

buah penurun kolesterol paling cepat
Bendi harus dipotong terlbih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas rendaman air.

BACA : Air Kulit Delima Lebih Berkhasiat Daripada Isinya, Baik Untuk Kesihatan Luaran & Dalaman, Ramai Tak Sangka!

1. Basuhkan kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong menjadi bahagian kecil seperti dalam gambar.

2. Masukkan bendi yang sudah dipotong itu ke dalam air atau bekas yang anda suka.

3. Simpankan air rendaman kacang bendi di dalam peti sejuk

4. Air akan berkurangan selepas direndam, apabila semakin kurang air boleh ditambah semula sehingga penuh. Pastikan menambah air hanya 3 kali tambahan sahaja.

Air rendaman sayuran bendi
Air rendaman bendi untuk kolesterol yang telah siap dan dimasukkan ke dalam peti ais.

Anda tidak perlu bimbang sekiranya air rendaman tersebut menjadi lebih pekat atau likat kerana rasanya akan menjadi lebih sedap dan boleh diminum dengan segar.

Khasiat Kacang Bendi

Khasiat bendi untuk lelaki
Selain dibuat sebagai sayur dalam masakan, bendi juga mempunyai banyak khasiat lain untuk kesihatan manusia.
  • Air rendaman bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes.
  • Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  • Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  • Mencuci hati.
  • Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
  • Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  • Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
  • Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
  • Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Semoga perkongsian tentang petua turunkan kolestrol dan cara kurangkan paras kolestrol dalam badan kita ini akan bermanfaat untuk mereka yang memerlukan di luar sana, tak salah kita mencuba cara ini kerana bahannya dijamin selamat untuk digunakan. Selamat mencuba!

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0