in ,

Petua Menghilangkan Bau Busuk & Mewangikan Dalaman Kereta Dengan Berkesan

petua wangikan kereta

Petua Wangikan Kereta. Masalah dalaman kereta sering berbau busuk dan hapak pasti dilalui oleh sesiapa saja yang memiliki kereta. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang suka makan ketika berada dalam kereta dan bahan makanan mungkin terjatuh atau tertumpah dan sebagainya yang akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan.

Sebenarnya berbagai cara dan petua untuk mewangikan kereta yang tahan lama boleh dilakukan sama ada menggunakan pewangi yang boleh dibeli seperti pewangi Fleur atau dibuat sendiri menggunakan kaedah tertentu yang memerlukan kos yang mahal atau murah, semuanya anda yang tentukan sendiri.

petua wangi kereta
Dalaman kereta pasti terus berbau sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk menghilangkan bau.

Bagi mereka yang begitu mementingkan penjagaan kereta sama ada dari dalam atau pun luar kereta termasuklah bau dari dalam kereta adalah lebih baik mengikuti cara dan tips yang dikongsikan oleh Ahmad Aizatnur Zakaria ini melalui akaun Instagram miliknya.

Apa yang menarik melalui perkongsian ini adalah kereta anda akan berbau wangi seolah-lah baru sahaja keluar dari showroom secara semulajadi dan menurut Ahmad dengan cara ini ia mengekalkan bau asal sesebuah kereta itu.

Petua Wangikan Kereta

Cara buat kereta wangi
Serbuk kopi Nescafe yang digunakan untuk menghilangkan bau dalam kereta.

Berikut adalah cara-cara mewangikan kereta;

1. Sediakan satu bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.

2. Ambil satu getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.

3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.

4. Satu sudu besar kopi Nescafe atau serbuk kopi

cara nak wangikan dalam kereta
Hampas kopi yang telah digunakan boleh dijadikan bahan untuk hilangkan bau dalam kereta.

Siapkan seperti dalam gambar di atas lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi memang menghilangkan bau yang kurang enak. Insyallah masalah bau yang kurang enak akan diserap oleh bau kopi yang segar aromanya.

Cara Nak Wangikan Kereta

Tak semua orang boleh gunakan pewangi yang dijual di pasaran kerana harganya agak mahal bagi mereka yang kurang berkemampuan. Malahan ada juga yang alah dengan bau-bauan ini dan ada yang boleh muntah apabila menggunakan pewangi kereta yang mempunyai bermacam bau.

Berikutnya beberapa petua lain untuk membuat pewangi kereta sendiri di rumah dengan bahan semulajadi.

1. Daun Pandan

cara membuat wangian kereta
Daun pandan sememangnya mengeluarkan bau yang sangat wangi.

Hiriskan beberapa helai daun pandan dengan nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sedikit terbuka di atasnya. Biarkan sahaja begitu dan ia akan menghasilkan bau dalam kereta lebih harum dan segar.

BACA : Ini Adalah Cara Semulajadi Yang Berkesan Untuk Menghilangkan Bau Busuk & Hapak Dalam Kereta

2. Lemon

cara bagi kereta wangi
Aroma dari lemon juga mampu menghilangkan bau busuk.

Dua hirisan lemon memadai untuk wangikan dalaman kereta dan letakkan dalam kereta serta buka sedikit tingkapnya supaya udara yang masuk itu akan bertindak balas. Hirisan lemon itu akan menghasilkan bau yang harum dan pasti bau yang hapak akan hilang serta merta.

[wpshortcodead id=”5a42875a38418″]

3. Limau Purut

Cara membuat minyak wangi kereta
Aroma dari buah limau purut mampu mewangikan suasana.

Limau parut juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan turut bertindak sepertimana lemon yang mengeluarkan bau yang segar. Hiris nipis lalu letakkan di dalam kereta anda dan biarkan aromanya terus meresap ke segenap ruang dalam kereta anda.

4. Kulit Kayu Manis

Cara wangi kereta
Bau-bauan dari kulit kayu manis juga sangat menyegarkan.

Anda perlu rebuskan sekurang-kurang 2 batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan tersebut ke dalam cawan atau bekas yang terbuka. Kemudiannya letakkan air rebusan tersebut dalam kereta dengan tingkap yang tertutup ketika kereta tidak bergerak dalam jangka masa yang agak lama.

Cara dan petua di atas pasti akan membantu anda untuk menghilangkan segala bau busuk dan hapak dalam kereta anda malahan dengan bau yang wangi juga akan menyegarkan pernafasan anda ketika berada dalam kereta.

Masalah kereta yang berbau sebenarnya berpunca dari sisa makanan biasanya, jadi disebabkan perkara itu, anda harus mengelakkan makan ketika berada dalam kereta sekiranya anda inginkan keselesaan sewaktu memandu.

Video Tips Menghilangkan Bau Hapak Dalam Kereta

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja