in

Senarai Pinjaman Perniagaan (Bantuan Perniagaan Usahawan 2020)

bantuan pinjaman perniagaan

Apabila berniaga sama ada kecil atau besar pasti memerlukan duit atau modal untuk mulakan bisnes tersebut. Kerajaan Malaysia banyak memberikan bantuan pinjaman perniagaan seperti MARA, TEKUN, PROSPER, TERAJU dan banyak lagi.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada zaman sekarang dan gaji yang tak cukup setiap bulan untuk menampung kos hidup yang semakin hari meningkat. Elok sangat jika anda berniaga dan dengan adanya bantuan pinjaman perniagaan kerajaan ini pasti semua akan mudah.

Bagi anda yang memerlukan bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan, jangan terlalu mengharap dengan pinjaman bank saja, bantuan pinjaman perniagaan dari kerajaan Malaysia pasti cukup untuk anda mula berniaga.

Senarai Bantuan Pinjaman Perniagaan 2020

modal berniaga mara

Berikut kami kongsikan senarai bantuan perniagaan dari segi kewangan untuk usahawan baru dan lama atau pemilik bisnes yang sedang mencari pinjaman perniagaan (business loan) untuk dijadikan modal permulaan nanti di Malaysia.

1. Pinjaman Perniagaan TEKUN

TEKUN Nasional atau dikenali juga sebagai Yayasan TEKUN Nasional di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, menyediakan pembiayaan yang cepat dan mudah untuk bumiputera yang ingin memajukan perniagaan.

5 Jenis Skim Pinjaman Perniagaan TEKUN

  • Skim Pembiayaan TEKUN Nasional
  • Skim Pembiayaan Teman TEKUN
  • Skim Pembiayaan Program TemanNita
  • Skim Pembiayaan Kontra-i
  • AR-RAHNU TEKUN
bantuan pinjaman perniagaan tekun 2020
TEKUN Nasional Malaysia

Pinjaman yang ditawarkan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 untuk tempoh selama dari 5 tahun hingga ke 10 tahun. Layari portal rasmi TEKUN Nasional untuk maklumat lanjut.

2. Pinjaman Perniagaan PROSPER PUNB

senarai bantuan pinjaman perniagaan
PROSPER Runcit daripada PUNB

PROSPER adalah produk pembiayaan berasaskan syariah daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Jumlah pembiayaan pinjaman yang ditawarkan sehingga RM100,000 bagi tempoh bayaran balik selama 7 tahun.

Pada masa yang sama PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan. Dapatkan maklumat pembiayaan di portal rasmi PUNB.

3. Pinjaman Perniagaan SUPERB TERAJU

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ialah unit strategik di Jabatan Perdana Menteri bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.

Melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat memulakan perniagaan (start-up) dengan dana sebanyak RM100 juta.

Anda boleh semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan di portal rasmi TERAJU.

4. Pinjaman Perniagaan Dana TERAS TERAJU

Dana Teras bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras). Pembiayaan di bawah Dana Teras adalah untuk modal kerja dan pembelian aset.

Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic.

Sehingga Disember 2017, sebanyak 908 syarikat telah menyertai program Teras manakala RM1.42 bilion pembiayaan telah diluluskan. Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).

5. Pinjaman Perniagaan MARA

Majlis Amanah Rakyat atau MARA menyediakan skim pembiayaan perniagaan sehingga RM5 juta. MARA menyediakan beberapa skim mengikut kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut :

  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  • Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
  • Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  • MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
  • Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)

Sila rujuk Portal Rasmi MARA untuk maklumat pinjaman perniagaan MARA dan huraian setiap skim yang ditawarkan.

6. Program Peningkatan Kapasiti Dan Keupayaan PKS(BAP)

SME Corp. Malaysia menyediakan Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) yang merupakan skim bantuan bersepadu bagi meningkatkan keupayaan PKS, termasuk perusahaan mikro, menerusi khidmat nasihat perniagaan dan bantuan kewangan.

Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

BAP menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan dan skim pinjaman mudah bagi membantu PKS meraih peluang pertumbuhan perniagaan baharu.

SME Corp. Malaysia bekerjasama dengan SME Bank dan Bank Rakyat untuk menyediakan pinjaman mudah yang ditawarkan di bawah BAP. Manakala, geran bersamaan pula disediakan oleh SME Corp. Malaysia.

Sila layari Laman Web Rasmi SME Corp. Malaysia untuk maklumat lanjut.

7. Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil

Bantuan perniagaan yang merupakan dana untuk membantu semua peniaga kecil-kecilan untuk menjalankan bisnes mereka dengan berjaya. Jika anda berkelayakan, anda akan diberikan bantuan dana dalam bentuk mikro kredit.

Sila layari portal rasmi Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia.

8. Amanah Ikhtiar Malaysia

AIM menawarkan bantuan pinjaman atau pembiayaan ekonomi untuk mereka yang ingin menjana pendapatan keluarga mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

Setiap pemohon Amanah Ikhtiar yang perlu mendaftarkan diri sebagai ahli atau peminjam AIM yang dipanggil sebagai Sahabat.

Antara skim pembiayaan yang ditawarkan oleh AIM adalah seperti berikut :

  • I-Mesra : Sehingga RM 19,900
  • I-Srikandi : RM 6,000 – RM 19,900
  • I-Wibawa : RM 5,000
  • I-Penyayang : RM 1,000 – RM 5,000
  • I-Wawasan : RM 20,000

Untuk membuat permohonan atau sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan pinjaman perniagaan, layari laman rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia.

Baca : 17 Jenis Pengeluaran KWSP Sebelum Bersara

Untuk memudahkan permohonan pinjaman perniagaan atau bantuan kewangan yang anda mohon itu dapat diluluskan dengan kadar segera, anda disarankan mendaftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia iaitu SSM.

Semoga perkongsian senarai bantuan pinjaman perniagaan ini memudahkan anda untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pembiayaan atau permohonan bantuan kewangan untuk anda memulakan bisnes anda. Semoga bermanfaat.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0