Pisang tanda putih? Hampir keseluruhan orang di dunia ini amat menyukai buah pisang yang sememangnya terbukti begitu banyak khasiat yang diperolehi daripada memakan buah yang amat diminati ramai ini. Selain sangat sedap atau sebagai pencuci mulut, ia juga mampu mengenyangkan di saat kelaparan.
Berbagai jenis buah pisang yang terdapat di dunia ini yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dan juga amat berguna dalam merawat beberapa penyakit yang dihidapi manusia. Antaranya mampu memudahkan pembuangan air besar dan banyak lagi.
Pisang Tanda Putih Berbahaya
Tetapi pernahkah anda menjumpai kulit pisang seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di mana ianya mempunyai tanda yang berwarna putih yang dikatakan tanda putih itu adalah sarang telur binatang yang bernama labah-labah yang sangat memberhaya kepada manusia.
Sekiranya anda temui pisang tanda putih seperti ini, anda disarankan tidak menyentuhnya dengan mudah dan harus berhati-hati jika tanda tersebut terdapat pada kulit pisang. Pastikan anda tidak memegangnya atau ingin melihatnya dengan menggunakan tangan. Adalah lebih baik disentuh dengan barangan lain seperti besi, kayu dan sebagainya.
Seperti yang di laporkan dalam Daily Mail, satu spesis labah-labah yang dikenali sebagai Wandering Brasil adalah spesis labah-labah yang dikatakan boleh menyebabkan kematian pada setiap manusia yang telah digigitnya dalam jangka masa kurang daripada 1 jam.
Menurut Daily Mail lagi, spesis labah-labah seperti ini amat menyukai bersarang pada buah-buahan tertentu dan sebaik sahaja telur labah-labah tersebut menetas, anak-anak labah-labah juga mampu memberikan gigitan yang juga amat berbisa dan ia sangat bahaya kepada semua manusia.
Oleh itu, anda disarankan agar berhati-hati ketika ingin memakan pisang dan diminta memerhatikan terlebih dahulu buah ini sebelum dimakan. Ingat, jika anda temui pisang tanda putih seperti ini walau di mana saja anda berada, beringatlah sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.