in

Wanita Terkejut Produk Import Yang Mengandungi Daging Babi Dengan Label Mengelirukan Dijual Di Pasar Raya

daging babi

Tular di media sosial apabila seorang pengguna memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan satu produk yang dipercayai mengandungi kandungan tidak halal diimport yang dikatakan tidak mempunyai label dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris yang didapati diletakkan bersama rak makanan halal yang lain di sebuah pasar raya di Kuching, Sarawak.

Produk tersebut dipercayai diimport dari luar negara dan terus dijual walaupun pernah ditegur oleh individu terbabit berkaitan dengan produk tersebut supaya ianya dipindahkan ke rak makanan yang tidak halal kerana khuatir akan mengelirukan para pengguna yang lain terutamanya yang beragama Islam.

Ikuti perkongsian beliau yang kini tular di laman Facebook dan turut dikongsikan oleh laman The Reporter dengan tujuan untuk mengingatkan semua pengguna walau di mana sahaja terutamanya mereka yang sering pergi ke pasar raya agar berhati-hati dengan produk sebegini.

“Minggu lalu saya pergi ke sebuah pasar raya di Jalan Astana untuk membeli sos pasta. Jadi ternampak barang import ini di rak. Mula-mula saya nampak produk ini macam bagus dan memudahkan kerja-kerja memasak kerana semua bahan-bahannya dah ada, cuma tinggal kita panaskan saja.

“Nasib baik saya tak beli dulu kerana mahu menyemak bahan-bahan yang dinyatakan pada label produk tersebut. Malangnya tiada ditulis dalam bahasa inggeris atau bahasa Malaysia. Yang ada hanyalah bahasa Belanda.

“Jadi saya pun menggunakan enjin carian Google untuk mengetahui bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Ya Allah, alangkah terkejutnya apabila mengetahui bahan-bahan di dalam produk itu. Gehakt Varkensvlees, yang bermaksud daging babi cincang.

“Terus saya pergi mendapatkan penyelia pasar raya itu untuk bertanyakan bahan-bahan dalam produk tersebut. Namun dia menjelaskan pihaknya belum meletakkan label yang telah diterjemah ke bahasa Malaysia pada produk tersebut.

daging babi
Jelas menunjukkan produk tersebut adalah produk tidak HALAL.
produk tidak halal
Produk import ini yang didakwa diletakkan bersama produk HALAL yang lain yang akan mengelirukan ramai pengguna.
produk daging babi
Maksud yang terdapat pada label produk tersebut selepas diterjemahkan.

BACA :  Anda Dilarang Gunakan Panadol Untuk Lembutkan Daging Kerana Ia Boleh Membunuh – Mustaffa Othman

“Saya terus menunjukkan hasil terjemahan yang saya perolehi dan dia menegaskan dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Saya nasihatkan dia untuk memindahkan produk-produk berkenaan ke rak bahagian makanan tidak halal kerana tidak mahu orang lain terbeli produk tersebut. Dan dia akur.

“Minggu ini, saya datang sekali lagi dan ternampak produk yang sama masih berada di tempat yang sama, langsung tidak dipindahkan seperti yang dinasihatkan. Saya cuba mencari laman Facebook pasar raya berkenaan, tetapi tiada. Bukan berniat nak menganggu perniagaan mereka, tetapi berharap mereka mengambil maklum tentang perkara ini,” tulis pengguna berkenaan di Facebook.

Berdasarkan Garis Panduan Pelabelan Am Makanan, Bahagian IV Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Perkara 2, bagi produk makanan yang diimport, hendaklah di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments