in

PU Amin Taja 20 Pakej Umrah Percuma Untuk Golongan LGBT Yang Terpilih

pakej umrah pu amin

Pencetus Ummah Amin (PU Amin) yang dikenali ramai telah menarik perhatian netizen pada kali ini selepas beliau membuat kenyataan yang amat mengejutkan di laman Instagram miliknya yang mempelawa semua golongan LGBT di Malaysia untuk mengerjakan ibadah umrah ke Mekah.

Apa yang menarik perhatian melalui posting berkenaan, PU Amin telah menyatakan bahawa semua kelengkapan dan segala persiapan untuk umrah tersebut akan ditanggung sepenuhnya atau lebih tepat lagi pakej umrah percuma yang ditaja oleh syarikat penganjur.

PU AMin Sponsor pakej ke mekah
Via PU Amin di Instagram

Namun, peluang baik ini dinyatakan sangat terhad dan dikhaskan kepada 20 orang sahaja untuk golongan LGBT. Walau bagaimanapun, mereka yang berminat haruslah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Syaratnya anda diwajibkan menghadiri kelas bimbingan Al-Quranm Fardhu Ain dan Akidah dari saya. Kelas agama, kursus serta pakej umrah adalah percuma. Saya buat untuk 20 orang dulu.

Menurut PU Amin lagi, dia turut menawarkan dirinya untuk jadi mutawif khas untuk rombongan berkenaan. Apa yang lebih penting adalah mereka yang terlibat dalam perkara ini haruslah ikhlas untuk menemui Allah SWT di Madinah dan juga Mekah.

Sekiranya anda berminat, anda perlu memastikan anda memenuhi segala syarat yang telah dinyatakan oleh PU Amin dan segera menghubungi beliau dengan DM di akaun Instagram milik PU Amin sementara masih mempunyai peluang baik ini.

PU AMin taja pakej umrah percuma untuk LGBT
Pencetus Ummah Amin.

Kenyataan PU Amin telah mendapat perhatian netizen yang dilihat turut menyokong segala usaha murni ustaz berkenaan. Rugi rasanya sekiranya mereka yang layak tidak mengambil peluang keemasan ini. Anda tidak perlu merasa malu untuk menunaikan ibadah yang sangat dituntut ini.

pakej ke mekah percuma untuk umrah
Antara komen netizen di Instagram PU Amin.

Walau bagaimanapun, masih ada segelintir netizen seperti tidak berpuas hati dengan tawaran pakej umrah yang disebarkan oleh PU Amin, masing-masing mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.

viral pakej umrah percuma
Antara komen netizen di Instagram PU Amin.
pakej umrah tajaan
Antara komen netizen di Instagram PU Amin.

Semoga niat PU Amin ini akan dapat membantu ramai golongan LGBT ke arah yang lebih baik.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments