in

Puteri Aishah & Datuk SM Faizal Nasimuddin Bercinta?

faisal dan puteri aisyah

Nampaknya di blog-blog dan forum hiburan tempatan kecoh dengan cerita kemesraan Puteri Aishah, finalis Dewi Remaja 2014/15 bersama seorang VVIP , Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza iaitu Datuk SM Faizal SM Nasimuddin.

Menerusi beberapa gambar serta video di instagram miliknya membuatkan ramai orang tertanya-tanya apakah status mereka berdua?

Menerusi Media Hiburan Online turut melaporkan bahawa MH juga tidak melepaskan peluang bertanya sendiri pada tuan punya badan tentang perkara ini.

Puteri akui sejak dia mula memuat naik gambar bersama Faisal, ramai media dan rakan-rakan terkejut dan bertanya soalan yang sama.

Namun buat masa ini dia hanya selesa untuk memberitahu mereka hanya sekadar kawan.

“Ya betul, kami hanya berkawan sahaja. Sebenarnya saya dah lama kenal sebab saya berkawan rapat dengan sepupu dia. Bila keluar adakalanya dia akan join sama. Dari situlah kami mula rapat.

“Semua ni salah faham sahaja. Mungkin sebab posing kami sahaja nampak seperti berpasangan. Lagi pun netizen sendiri yang assume kami bersama,” jelasnya pada MH Online.

Bukan sahaja Puteri, malah Faisal juga ada memuat naik video mereka di dalam kereta jenis Ferrari. Ada netizen yang sedar Faisal memanggil Puteri dengan panggilan ‘sayang’ dan Puteri cuba mengelak daripada menjawab dengan jelas pada kami.

“Eh ye ke? Salah faham je tuh.. kami memang berkawan,” jawabnya sambil ketawa malu.

Malah bila ditanya sejauh mana ‘rapat’ antara mereka Puteri hanya mampu ketawa tersipu malu tanpa menjawab persoalan tersebut.

Heheh sesuatu sangat mereka berdua. Tetapi andai benar mereka dijodohkan bersama MH Online doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber: MEDIA HIBURAN

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments