in

Heboh! Puteri Sarah Dedahkan Identiti Penganggu Rumah Tangganya, Berhenti Ganggu Syamsul Yusof!

sarah

Setelah 4 tahun menahan sabar, akhirnya Puteri Sarah Liyana Megat membuka suara mengenai individu yang ‘mengganggu’ hubungan rumah tangganya. 

sarah

Puteri Sarah Liyana Megat adalah merupakan seorang pelakon, model dan selebriti tanah air yang terkenal. Beliau telah berkahwin dengan seorang pelakon dan pengarah filem yang terkenal, iaitu Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 yang lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata. 

Terbaru, nampak gayanya Puteri Sarah tidak mampu lagi menyembunyikan masalah rumah tangga mereka.

“Sampai Kiteorang Dah Tak Tinggal Sebumbung, Tak Puas Hati Lagi Ke?”

sarah

Menerusi hantaran di Instagram (story), Puteri Sarah, memberi amaran kepada individu yang  yang telah mengganggu rumah tangganya  sejak tahun 2019 lagi. Individu yang dimaksudkan ialah merupakan anak kepada seorang pelakon veteran, iaitu Ira Kazar. 

Sebelum ini, kisah rumah tangga mereka juga telah mendapat perhatian netizen selepas didakwa sedang dilanda masalah dan tidak tinggal sebumbung lagi.  Namun, kedua-duanya mengunci mulut punca mereka tidak tinggal sebumbung. 

“Assalamualaikum w.b.t. Dari dulu until now saya diganggu dengan fake account, diganggu dengan komen-komen yang menyakitkan hati tetapi tidak mengapa saya sabar. U kacau mental i dari 2019 lagi. Sampai kiteorang dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kami berbaik, u ugut i saya pula. 

Hari ni i tgh busy dengan anak2, tiba2 i terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa u buat, u kacau i, i diam je dan sebab i nak jaga nama baik keluarga. Tp kali ini rasanya u dah lebih sangat….

Ulas Puteri Sarah panjang menerusi hantaran di Instagram story beliau.

Baca juga: Suami Curang Tipu Isteri Beratus Kali & Jangan Ditipu Lagi Sekarang

Doakan Suami Diberikan Hidayah

Selain itu, Puteri Sarah turut mendoakan agar suami dan ‘pengganggu’ rumah tangganya diberikan hidayah di bulan ramadhan yang mulia ini. 

“Empat tahun saya menanggung. Di bulan baik ini, saya doakan anda berdua, Ira Kaza dan suami saya diberikan hidayah. Berhati-hati doa orang yg teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini,” tulisnya.

Puteri Sarah turut mempersoalkan hubungan Ira Kaza dengan teman lelakinya yang lain dan meminta gadis itu “grow up” dan bekerja sendiri tanpa ambil jalan mudah dengan meminta duit kepada suami orang. 

“Mana pergi semua teman-teman lelaki awak? Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang tiada maruah ke hadap suami orang?

“Sebab nak harta dia? Membesar dan bekerja lah. Saya pun bekerja mencari wang sendiri. Jangan ambil jalan mudah, minta wang dekat suami orang,” tulisnya.

Ambil Tindakan Undang-Undang

Menerusi perkongsian yang lain, Puteri Sarah juga berkongsi sebuah video yang membahaskan mengenai tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap ‘orang ketiga’ sekiranya mengancam keharmonian rumah tangga. 

Kesalahan tersebut diletak di bawah ENAKMEN 11 TAHUN 2013 – ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013 (BAHAGIAN V – KESALAHAN PELBAGAI).

“Mana-mana orang yang mengganggu rumah tangga orang lain dengan apa-apa cara dan mempengaruhinya supaya mengabaikan tanggungjawab rumah tangga sedia ada melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.”

Sehubungan dengan itu, Puteri Sarah akan meneruskan hajatnya untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memelihara keharmonian rumah tangganya. 

Namun, belum ada apa-apa kenyataan lagi yang dikeluarkan oleh suaminya, Syamsul Yusof berhubung dengan isu rumah tangga mereka.

Bekas Kawan Baik Ira Kaza Buat Pendedahan

Isu rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof yang semakin hangat diperkatakan ini mendapat perhatian sekali lagi apabila seorang individu yang dipercayai bekas kawan baik Ira Kaza membuat satu hantaran di Instagram beliau mengenai isu ini. 

sarah

sarah

Pada Januari 2021 yang lepas, kemelut rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof telah menemui jalan penyelesaian dan dalam fasa berbaik sebelum mereka diuji lagi baru-baru ini.

Apapun, marilah kita doakan yang terbaik buat mereka sekeluarga dan masalah yang mereka sedang hadapi segera mendapat jalan penyelesaian buat kedua pihak. 

Written by Admin (NP)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0