in

Rahsia Surah Al Kautsar Mampu Beri Manfaat Hebat Pada Pengamalnya

surah al kautsar rumi dan terjemahan

Surah Al Kautsar hanya mengandungi 3 ayat. Ia telah diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Mungkin masih ada yang tidak tahu apakah kelebihan, khasiat dan manfaat surah yang teramat hebat ini.

rahsia surah al kautsar

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Ia kerana ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib, surah ini diturunkan.

Rahsia Kelebihan Surah Al Kautsar

Ini telah terbukti sesungguhnya surah Al-Kautsar mempunyai kelebihan yang tersendiri dan manfaatnya dapat diperolehi oleh mereka yang mengamalkannya. Berbagai khasiat yang terkandung di dalam surah ini. Jom kita amalkan!

maksud
Gambar Hiasan

1. Jika dibaca 1000 kali berserta dengan bacaan Selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 1000 kali pada malam Jumaat, insya Allah anda akan bermimpi bertemu Rasulullah SAW.

2. Jika ditulis dan tulisan ini diletakkan di dalam atau diikat di pinggang, maka orang yang memakainya mampu terhindar daripada serang musuh. Jika terjadi perselisihan maka dia akan dapat kemenangan.

3. Jika dibaca sebanyak 313 kali selepas selesai solat fardhu, usahakan setiap pagi Jumaat beramal kepada anak yatim, insya Allah atas izin Allah SWT akan cepat mengatasi seberapa banyak pun hutang malah rezeki akan melimpah ruah.

4. Ketika hujan jika dibaca surah ini serta dipanjatkan doa, maka doa akan diangkat serta dikabulkan oleh Allah SWT.

kelebihan surah al-kautsar
5. Apabila kita merasa dahaga namun tiada air yang boleh diminum, bacalah surah ini kemudian gosoklah leher anda. Maka rasa haus itu akan hilang seketika tanpa minum setitik air pun.

6. Untuk menambahkan rezeki yang baik dari segi material atau kesihatan dengan membaca Surah Al Kautsar sebanyak 1000x secara setiap hari dijadikan rutin, nescaya rezeki anda semakin baik melalui ikhtiar kerja dengan rajin. Inilah antara rahsia kelebihan Surah Al Kautsar.

7. Apabila seseorang itu rajin dan membaca setiap hari surah Al Kautsar ini, hatinya akan sentiasa tenteram dan tenang berserta solat juga semakin teratur dan khusyuk.

8. Apabila seseorang itu dianiayai atau dipenjarakan, bacalah surah ini sebanyak 71 kali, maka Allah akan segera membantu dan memberikan kemudahan untuk menunjukkan kebenaran.

9. Sebelum tidur jika dibaca surah ini sebanyak 7 kali, maka Allah akan membangunkan ktia di waktu yang Dia inginkan.

10. Apabila kita membaca surah ini sebanyak 3 kali sebelum menemui orang yang amat kita takuti atau orang yang membenci diri kita, nescaya orang tersebut akan menjadi lembut dan luluh hatinya.

11. Apabila dibaca surah Al Kautsar bersama dengan pasangan suami atau isteri ketika solat Tahajjud maka nescaya hubungan semakin mesra dan menjadi pasangan yang sakinah mawaddah warohmah atau keluarga bahagia.

12. Jika dibaca 100x selepas solat hajat dua rakaat terutamanya ketika hujan, kemudian meminta kepada Allah tentang sesuatu yang diinginkan, insya Allah, doa tersebut akan dimakbulkan.

Baca : Fadhilat Surah Al Insyirah Yang Teristimewa Untuk Semua Kaum IBU

surah al kauthar

Surah Al Kautsar Rumi dan Terjemahan

Berikut dikongsikan bacaan Surah Al-Kautsar berserta terjemahan rumi iaitu Bahasa Melayu untuk memudahkan anda memahami setiap ayat yang dibaca menerusi video YouTube ini.

Semoga perkongsian rahsia kelebihan Surah Al Kautsar ini akan dapat membantu kita semua selain menambahkan lagi pengetahuan.. Semoga bermanfaat. Sumber : Ahmad Naufal Habib

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0