in

Raisuddin dapat kejutan, isteri bawa ‘kembar’ arwah Siti Sarah rai hari jadi

Raisuddin dapat kejutan, isteri bawa ‘kembar’ arwah Siti Sarah rai hari jadi

Penyanyi dan pelakon era 80-an, Raisuddin Hamzah menerima kejutan istimewa daripada isterinya Siti Fatimah Suberi sempena ulang tahun kelahiran yang disambut baru-baru ini.

Kejutan tersebut adalah kehadiran seorang wanita persis wajah anaknya, Allahyarham Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 pada Ogos tahun lalu.

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, Siti Fatimah atau mesra dipanggil Makder berkata, suaminya sudah lama berhasrat untuk bertemu selepas wanita bernama Emy itu tular di media sosial.

BACA : Ramai puji Adab Zul Huzaimy ketika jumpa UAI. Artis adab tinggi bila jumpa ulamak.

“Masa mula2 orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing2 sibuk,” tulisnya hari ini.
Justeru sempena hari lahir ke-66, dia berjaya menunaikan hasrat Raisuddin dengan menjemput wanita berkenaan ke rumah bagi meraikan bersama ahli keluarganya termasuk anak-anak Allahyarham.

“Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama2 dengan kami semua. Terima kasih pada family dan rakan2 yang hadir untuk meraikan hari lahir abah (suami).
“Terima kasih jugak untuk Emy & keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” ujarnya yang meneruskan legasi perniagaan Allahyarham.
Video berdurasi hampir dua minit itu memaparkan reaksi terkejut Raisuddin apabila melihat ‘kembar’ arwah anaknya yang membawa sebiji kek selain momen berbual mesra antara kedua-dua belah pihak.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak terutama ketika melihat wajah anak-anak Allahyarham dengan menyifatkan kehadiran Emy dapat menjadi pengubat rindu orang ramai.

Anak arwah tenung lama…

Dapat juga lepas rindu

Allahyarham Siti Sarah yang ketika itu sarat hamil tujuh bulan terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi melahirkan bayi keempatnya.

Namun, arwah pergi meninggalkan suami yang juga pelawak Shuib Sepahtu dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, serta Ayash Affan yang kini berusia sembilan bulan.

Sumber: Instagram Makder

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0