in ,

Rakaman Video Penunggang Motosikal Raba Payudara Jadi Tular Di Media Sosial

kes penunggang motosikal

Satu rakaman video yang didapati menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jadi tular di laman sosial yang memaparkan seorang wanita diraba di dadanya oleh seorang penunggang motosikal ketika wanita terbabit sedang berjalan kaki di bandar Depok, Jakarta sebelum lelaki berkenaan melarikan diri kemudiannya.

Menurut pengakuan mangsa yang berusia 22 tahun itu, kejadian yang mengejutkan itu berlaku di Jalan Kuningan Datuk, pada jam 2.29 petang di lorong sempat berdekatan jalan utama bandaraya Jalan Margonda Raya.

Wanita tersebut telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan mengharapkan rakaman video tersebut tersebar dan turut berharap penjenayah tersebut dapat ditangkap dengan segera.

Rakaman video yang kini tular di laman sosial.

Wanita tersebut turut memaklumkan yang dia berjaya mengingati nombor pendaftaran motosikal berkenaan dan pihak polis Kota Depok turut menyatakan yang mangsa telah pun memfailkan aduan rasmi pada Khamis lalu dan siasatan tentang kejadian itu masih lagi dijalankan.

“Kami akan mengumpulkan bukti untuk terus memburu si pelaku,” jelas Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Depok Putu Kholis Aryana, seperti yang dilaporkan dalam Kompas.

Seorang penulis tamu di Coconuts yang juga aktivis hak asasi wanita yang tinggal di Jakarta, tahun lepas telah menulis tentang satu eksperiman sosial di mana dia 13 kali mengalami gangguan seksual dari rumahnya ke pusat membeli-belah yang tidak jauh jaraknya.

BACA JUGA : (VIDEO) Rompakan 3 Penjenayah Bersenjatakan Parang Merompak Wanita Sedang Mencuci Baju Di Kedai Dobi Jadi Tular

Hasilnya memberi inspirasi kepada ramai wanita di ibu negara itu untuk berkongsi pengalaman yang sama, menunjukkan bahawa mereka berdepan risiko setiap kali keluar ke tempat terbuka setiap hari, tidak kira bagaimanapun pemakaian atau penampilan mereka, lapor mStar.

Berikutnya kenyataan melalui berita di televisyen Indonesia.

Orang ramai terutamanya kaum wanita dinasihatkan terus berhati-hati ketika bersiar-siar di sekitar bandar kerana dikhuatiri perkara yang sama akan turut berlaku. Adalah lebih baik jika berjalan bersama teman daripada berjalan seorang diri dan menjadi mangsa cabul seperti kes kejadian ini.

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja