in

Ramai Nak Boikot Shell Kerana Dikatakan Menyokong Budaya LGBT

Netizen nak boikot shell kerana LGBT

Antara isu yang paling hangat pada minggu ini adalah isu LGBT selepas ramai antara rakyat Malaysia yang dilihat marah dan turut menolak budaya LGBT bebas malahan ada beberapa golongan yang masih lagi mahu pertahankan golongan LGBT yang dikatakan ditindas oleh pihak tertentu.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang menjadi kontroversi baru-baru ini telah mengejutkan ramai apabila pihak syarikat minyak terbesar Shell menyatakan mereka turut menyokong dan memberi sokongan terhadap kakitangan dari golongan LGBT.

boikot Shell
Sumber : Facebook

“Di Shell, kami mengambil berat mengenai kepelbagaian masyarakat kerana kami percaya bahawa tempat kerja yang inklusif sepenuhnya membolehkan kakitangan kami berkembang. Begitu juga dengan perniagaan. Apabila kakitangan cemerlang, kami juga cemerlang.

“Atas sebab itu, kami berbangga menyokong kakitangan LGBT, yang mempromosikan kesaksamaan kepada pekerja tanpa mengambil kira orientasi seksual dan identiti jantina,” jelas kenyataan itu dipercayai daripada pihak Shell.

netizen nak memboikot shell
Kenyataan yang tular di laman Facebook

Disebabkan kenyataan tersebut yang kini viral di laman sosial Facebook, netizen dikatakan ingin memboikot syarikat minyak terbesar ini. Malahan kata mereka, masih banyak lagi syarikat minyak yang lain yang menjual minyak petrol yang sama boleh didapati seperti Petronas, Caltex, Petron dan juga BHP.

Namun begitu, ada yang berpendapat berkemungkinan kenyataan tersebut dikatakan dilakukan oleh pihak Shell di luar negara saja dan semua rakyat Malaysia tidak perlu boikot kerana Shell di Malaysia tidak langsung menyokong golongan LGBT dan budaya mereka.

shell
Shell adalah antara syarikat yang terbesar di dunia.

Kemudiannya, ada beberapa individu mengatakan bahawa tanggapan netizen tersebut adalah salah sama sekali selepas siasatan dibuat mereka mendapati laman web Shell di Malaysia juga turut menyokong budaya LGBT iaitu sama seperti Shell luar negara. Anda boleh membaca kenyataan yang dikeluarkan di laman Shell.

Tepuk dada tanya selera.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments