in , ,

Rambut Gugur Atasi dengan Petua Tradisional Ais Kiub Limau Purut

Cara kurangkan rambut gugur

Apakah penyebab rambut gugur setiap hari dan apakah cara merawat keguguran rambut? Persoalan ini sering menjadi tanda tanya kepada mereka yang tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini sedangkan berbagai jenis ubat dan petua sudah dilakukan tetapi hampa.

Setiap kali sikat rambut pasti ada beberapa helai yang gugur, perkara ini pasti merungsingkan. Punca keguguran rambut biasanya berlaku akibat shampoo atau perapi rambut yang mengandungi bahan kimia secara berlebihan atau kesihatan rambut tidak dijaga dengan betul sehingga menyebabkan berbau, rosak dan akhirnya rambut gugur.

Mendandan, mewarnakan rambut secara berlebihan, gaya hidup yang tidak sihat seperti diet tidak seimbang serta pengambilan jenis-jenis ubat yang tidak sesuai, penggunaan alat mengeringkan atau meluruskan rambut juga mungkin antara sebab dan punca mengapa anda mengalami keguguran rambut dengan kerap serta ia menjadi rosak.

Rambut gugur dan kelemumur adalah satu masalah yang amat merungsingkan.

Sama ada anda lelaki atau perempuan, usia muda remaja atau orang dewasa, rambut gugur boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira tua atau muda dan jantina. Kadangkala ia berlaku kerana penyakit tertentu atau faktor genetik serta kesihatan rambut tidak terjaga.

Bagaimana cara merawat rambut gugur dan apakah rawatan rambut yang sesuai supaya dapat mengatasi masalah keguguran dan juga kerosakan pada kulit kepala? Ada yang lebih mengharapkan rawatan moden seperti membeli ubat farmasi atau mengunjungi salon dan ada yang lebih berminat menggunakan bahan tertentu secara tradisional yang dikatakan biasanya lebih mujarab dan berhasil.

Berikutnya adalah perkongsian daripada pengguna Facebook seorang wanita iaitu Suzy Honey berkongsi tentang bagaimana beliau merawat rambut gugur teruk dengan kaedah tradisional yang terbukti boleh menjadi penawar kepada keguguran rambut. Malahan beliau turut berkongsi bagaimana cara penjagaan rambut serta cara melebatkan rambut.

Atasi Rambut Gugur Cara Tradisional Guna Limau Purut

petua melebatkan rambut
Santan dan limau purut adalah bahan semula jadi untuk penjagaan kesihatan rambut.

Anak saya Nadia sering merungut kerana mengalami keguguran rambut selepas bersalin dan kebetulan banyak limau purut di kawasan rumah kami. Jadi untuk memudahkan Nadia secara konsisten menjaga dan merawat rambut gugur Nadia, saya menyediakan satu resepi yang mudah untuk Nadia gunakan setiap kali diperlukan.

Wanita ramai yang mengalami masalah rambut keguguran dan tak kurang juga masalah kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh. Ini mungkin kerana beberapa sebab dan antaranya faktor tersebut ialah masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas melahirkan anak.

Ramai orang pasti tahu bahawa buah limau purut sangat bagus untuk penjagaan dan rawatan rambut. Pengguna limau purut dalam perubatan tradisional sememangnya amat terkenal secara turun temurun sejak zama dahulu lagi.

Ini adalah resepi cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur dan cara ini juga akan membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya mengeluarkan bau yang harum pada rambut serta membuatkan rambut lebih berseri dan sihat bersinar.

Sila rujuk pada gambar di bawah untuk ketahui cara dan langkah-langkah yang harus dilakukan.

syampu untuk rambut gugur
Anda hanya perlukan 4 atau limau biji limau purut segar untuk resepi ini.
  • 4 atau 5 biji limau purut dipotong dan segelas santan kelapa asli yang diperah. Sebainya guna santan segar lebih berkhasiat untuk kesihatan rambut.
  • Kedua-dua bahan tersebut harus dikisar atau di blender sehingga hancur dan kemudian masukkan ke dalam bekas ice cube seperti dalam gambar dan seterusnya masukkan ais cube tersebut ke dalam peti sejuk beku.
santan kelapa segar dan limau purut
Santan dan limau purut perlu dikisarkan sehingga menjadi hancur dan lumat.
Akhir sekali, masukkan ke dalam bekas ice cube dan bekukan menjadi ais.

Cara untuk rawatan, hanya dengan ambil satu atau dua ketul ice cube limau purut santan tersebut dan gosokkan kepada kulit kepala. Ianya dapat menguatkan cengkaman akar rambut serta ia juga akan menghilangkan pening kepala. Anda boleh lakukan seminggu sebanyak dua kali untuk mendapatkan kesan yang cepat.

Artikel Lain : Tak Perlu Pakai Shampoo Lagi, DIY Scrub Limau Purut Di Rumah Untuk Rambut Kulit Kepala Agar Sihat, Lebih Cantik

Sebenarnya, masih banyak cara tradisional lain yang dikhaskan untuk keguguran rambut yang rosak, petua melebatkan rambut dan bermacam-macam lagi yang boleh kita amalkan dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah dapati. Namun, santan dan limau purut antara bahan utama yang sering digunakan.

Petua Melebatkan Rambut Gugur Guna Telur Gondang

Berikut adalah perkongsian dari saudara Zainuddin Ali yang turut berkongsi cara-cara untuk melebatkan rambut anda yang mengalami kerosakan atau keguguran dengan menggunakan cara kampung. Jangan terkejut jika bahannya adalah hanya telur gondang sahaja.

Walau bagaimanapun, petua tradisional adalah lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan-bahan kimia daripada kita menggunakan ubat-ubatan tertentu yang tidak diketahui keberkesanannya atau pun tiada nasihat daripada pakar atau doktor dengan pengambilan ubat untuk atasi keguguran rambut.

Semoga perkongsian rawat rambut gugur cara tradisional menggunakan limau purut dan juga santan kelapa segar ini akan membantu menangani masalah rambut yang anda hadapi. Anda boleh amalkan dengan konsisten supaya hasilnya nanti akan memuaskan hati sendiri. Semoga bermanfaat kepada semua.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments