in

KAJIAN: Ratu Elizabeth Adalah Keturunan Nabi Muhamad SAW?

Ratu Elizabeth

Media sosial Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang mengejutkan iaitu satu pendedahan yang menyatakan ratu England, Ratu Elizabeth adalah keturunan Nabi Muhammad SAW.

Memetik laporan FMT, salah satu yayasan kajian salasilah terkemuka di dunia, Burke’s Peerage membuat pendedahan tentang bagaimana Ratu Elizabeth yang berusia 91 tahun itu adalah cicit Nabi Muhammad SAW yang ke 43 dan kajian tersebut diterbitkan pada tahun 1986.

“Ianya tidak diketahui ramai warga Britain yang ratu mereka berketurunan Muhammad. Bagaimanapun, semua pemimpin Islam bangga dengan fakta ini,” kata bekas pengarah penerbitan yayasan itu, Harold Brooks-Baker.

Menurut Step Feed, bekas pengarah penerbitan itu juga menjelaskan bagaimana pertalian darah antara kerabat raja Britain dan Nabi Muhammad terjadi dalam terbitan kajian itu.

Ratu England
Menurut kajian Ratu Elizabeth adalah keturunan Nabi Muhammad SAW.

“Kerabat raja Britain berketurunan Nabi Muhammad melalui raja-raja Arab dari Seville yang dahulunya pernah memerintah Sepanyol. Menerusi perkahwinan, pertalian darah itu dibawa kepada raja-raja Eropah di Portugal dan Castile dan menerusi mereka, pertalian itu sampai kepada Raja Edward Ke-4 pada kurun ke-15 di England,” katanya.

BACA : Menjelang KIAMAT. 4 Tempat Tinggal Akhir Zaman Yang Disaran Nabi SAW Kepada Umat Islam

Abu Al-Qasim Muhammad bin Abbad dari Kerajaan Khalifah Umaiyah yang juga keturunan Nabi Muhammad, adalah pemerintah Islam pertama di Kota Seville, Sepanyol sehinggalah kematiannya pada 1042. Beliau membentuk dinasti Abbasiyah yang bertahan dari 1023 sehingga 1091.

Cucu lelaki Al-Qasim, Muhammad Al-Mu’tamid, memerintah Kordoba di Sepanyol pada 1071 dan diturunkan takhta pada 1091 oleh Almoravid dari Maghribi.

Menurut Harold, Selepas kejatuhan dinasti itu, anak perempuan Al-Qasim, Zaida, mengahwini Raja Alfonso Ke-6 iaitu raja Sepanyol yang memerintah Leon dan Castile. Zaida kemudiannya bertukar menjadi penganut Roman Katolik.

Tambahnya, 2 kurun kemudian, Maria de Padilla yang berketurunan King Alfonso Ke-6 dan Zaida, menimang 4 orang anak dengan Raja Peter dari Castile, yang mana 2 daripada anaknya berkahwin dengan anak-anak lelaki Raja Edward Ke-3 dari England.

Isteri Sir Edmund dari Langley yang juga Adipati Pertama York, Isabella dari Castile, melahirkan Richard dari Conisburgh yang menjadi Earl di Cambridge.

Richard kemudiannya mempunyai anak yang menjadi adipati di York, Richard Plantagenet yang meninggal dunia pada usia 49 tahun. Beliau adalah bapa kepada raja England yang memerintah dari 1547 sehingga 1553 iaitu Raja Edward Ke-4, jelas Harold dalam terbitan kajian itu.

Ratu elizabeth
Ratu England yang amat disenangi rakyat.

Berikutnya satu kenyataan yang tersebar sebelum ini:

Abu al-Qasim Muhammad ibn Abbad, keturunan Nabi Muhammad SAW dari garis puterinya, Fatimah pernah jadi penguasa Seville, kawasan muslim di Sepanyol sampai tahun 1042. Salah satu puterinya bernama Zaida yang berpindah agama ke Katolik dan mengganti nama jadi Isabella, dan dinikahi King Alfonso VI, Raja Spanyol.

Pasangan Raja Alfonso VI dan Isabella melahirkan tiga anak yang kemudian juga beranak-pinak jadi cucu dan cicit.

Dua abad kemudian, salah satu cicit Isabella bernama Maria de Padilla menjadi ibu dari King Peter of Castille yang kemudian punya empat anak. Dua di antaranya menikah dengan putera-putera Raja Inggeris, King Edward III of England.

Pada sekian generasi berikutnya dari garis keturunan ini, lahirlah Ratu Elizabeth: ratu yang dalam dirinya mengalir perpaduan darah orang barat dan timur.

Kesimpulan kajian genealogi oleh Burke Peerage ini: Ratu Inggeris, Elizabeth II adalah keturunan Nabi Muhammad SAW.

Sumber: Free Malaysia Today

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments