in

Akibat Tertekan Tak Dapat Jelaskan Hutang, Remaja 19 Tahun Serah Diri Selepas Bunuh Ah Long

kes bunuh ah long
Gambar Hiasan

Kegawatan ekonomi sehingga jatuh merudum dan masalah kewangan yang dihadapi oleh masyarakat masa kini dilihat seperti memaksa segelintir orang untuk berhutang. Sekiranya berhutang melalui saluran yang betul iaitu menerusi pinjaman bank dan seumpamanya, mungkin tidak mempunyai masalah di kemudian hari. Tetapi, jika sudah berhutang dengan Ah Long, itu perkara yang harus dipandang serius.

Memetik laporan dari Berita Harian, kerana tertekan selepas diburu Ah Long serta gagal melunaskan hutang, seorang lelaki terpaksa bertindak gila dengan melakukan pembunuhan terhadap pengutip hutang berkenaan yang dilaporkan berlaku pada 4 Disember lalu.

ah long
© Berita Harian

Dalam kejadian tersebut yang berlaku di kawasan Taman Arked, Sungai Petani, Kedah, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Khairol Nizam, 19 tahun, telah menikam mangsa sehingga mati kira-kira jam 2.30 petang hingga 3.30 petang pada hari tersebut.

Suspek yang dilaporkan bekerja sebagai penjual ikan dipercayai telah berhutang dengan mangsa iaitu Liu Chee Wei, 25 tahun dengan jumlah sebanyak RM2,000 serta gagal membayar hutang tersebut apabila terpaksa menjelaskan sebanyak RM26 dalam sehari.

BACA : (VIDEO) Bapa Kecewa & Bunuh Diri Secara Langsung Di Facebook Selepas Anak Berkahwin Tanpa Keizinannya

Ketika kejadian tersebut, suspek dan mangsa dikatakan sedang berbincang berkaitan dengan masalah pembayaran hutang sebelum berlaku pergelutan di antara mereka dan suspek telah menikam dengan pisau di dada mangsa. Mayat mangsa telah ditemui kemudiannya di lorong belakang kawasan perumahan Taman Arked dengan kesan tikaman.

ah long
Gambar Hiasan

Sementara itu, kenderaan mangsa juga ditemui berada di belakang semak beberapa kilometer daripada lokasi kejadian. Walau bagaimanapun, suspek dilaporkan telah membuat keputusan untuk menyerah diri du Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik, selepas dua hari kejadian tersebut berlaku setelah menyedari akan kesalahannya.

Muhammad Amirul kini telah berhadapan dengan dakwaan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan dengan kesalah boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

hutang ah long
© Kosmo Online

Tertuduh juga dilaporkan tidak dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah dan laporan bedah siasat serta kimia akan diserahkan pada 21 Februari tahu hadapan.

Anda dinasihatkan tidak terjebak dalam kes jenayah seperti ini dan lebih baik elakkan diri dari berhutang dengan Ah Long. Jangan menyesal kemudian selepas berlaku perkara seperti ini.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments