Kes membabitkan pembantu perubatan hospital yang keterlaluan menganggu pesakit bukan perkara pelik di negara India tetapi kejadian c4bul sebegini dikatakan baru sahaja berlaku di Malaysia?
Seorang remaja yang berusia 18 tahun telah mendakwa bahawa seorang pembantu perubatan menc4bulnya ketika berada di dalam ambulans sewaktu pesakit tersebut dalam perjalanan menuju ke Hospital Selayang.
Remaja berkenaan dari sebuah universiti awam di Gombak dilaporkan dalam keadaan pengsan tidak sedarkan diri kemudiannya dibawa ke sebuah klinik yang berdekatan pada jam 7.30 malam.
Menurut laporan akhbar, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Superintendan Arsad Kamaruddin telah mengesahkan bahawa pihaknya telah pun menerima laporan yang dibuat oleh individu yang dipercayai adalah majikan mangsa.
“Sebaik tiba di hospital itu, majikan mangsa menemuinya dalam keadaan menangis sebelum memaklumkan dia dic4bul oleh pembantu perubatan di dalam ambulans berkenaan,” katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Mangsa juga ada memberitahu kepada majikannya sewaktu ketika berada di dalam ambulans tersebut, dia masih dalam keadaan sedar, namun lemah dan tidak berdaya.
“Mangsa memaklumkan suspek yang menghampirinya mengambil kesempatan dengan bertindak menc4bul mangsa. Ketika ini, mangsa masih menerima rawatan di Hospital Selayang.
Ekoran laporan itu, pihak polis telah menahan suspek yang dipercayai berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu perubatan di pusat perubatan swasta, semalam.
Kes ini telah menyebabkan suspek pembantu perubatan tersebut telah ditahan reman selama enam hari bermula semalam sehingga 27 April bagi membantu pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Walau bagaimanapun, agak mengejutkan apabila netizen di laman sosial Facebook turut mempersoalkan tentang kesahihan laporan ini dan rata-rata diantara mereka tidak percaya dengan remaja terbabit yang juga seorang pembantu cafe.
Ramai netizen mempunyai pendapat mereka masing-masing dan kes ini menjadi topik hangat sehingga ada yang turut membuat spekulasi yang dikatakan tidak betul malahan ada yang mengatakan pembantu perubatan tersebut bersalah dan tidak bersalah.
Sebaiknya kita serahkan siasatan ini kepada pihak polis dan netizen tidak boleh terus menuduh selagi keputusan siasatan tidak dinyatakan apakah perkara sebenarnya berlaku.
Loading…