in ,

Remaja Diculik Teman lelaki Selama 29 Hari & Dirogol 5 Kali Sehari

remaja perempuan

Pulau Borneo: Seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun didapati mengalami nasib malang apabila dijadikan tahanan selama 29 hari oleh teman lelakinya sendiri, lebih memilukan apabila ia turut dijadikan pemuas nafsu teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Redianto 28 tahun.

Kejadian itu dikatakan terbongkar akhirnya apabila pihak polis membuat carian selepas kedua orang tua mangsa membuat laporan polis selepas sehari mangsa dilaporkan hilang dan tidak dikesan.

Selama 29 hari ketika dalam tawanan, mangsa dikatakan telah diseksa secara fizikal serta secara seksual selama dalam tahanan, hal itu diberitahu oleh mangsa sendiri ketika menceritakan keadaannya selama dalam tahanan suspek.

Tidak cukup dengan itu, di dalam telefon bimbit suspek juga didapati ada beberapa rakaman video dan juga gambar yang dipercayai sengaja dirakamkan ketika suspek merogol mangsa di dalam bilik berkenaan.

dirogol
Gambar hiasan

Pihak Polis Prabulih Sulawesi menyatakan dalam sidang media semalam, mangsa di laporkan hilang pada 23/02/2017 lalu.

Katanya suspek mengajak mangsa untuk bertemu membincangkan tentang hubungan mereka, walau bagaimanapun, mangsa dikatakan telah termakan pujuk rayu suspek dan diajak bersiar siar.

Melihat mangsa yang sudah dalam kawalan, suspek kemudiannya mengajak mangsa untuk masuk k edalam sebuah rumah.

Ketika itu suspek memaksa mangsa melakukan hubungan intim sehingga mangsa terpaksa merelakannya walaupun sebenarnya mangsa tidak mahu diperlakukan sedemikian.

Dipercayai suspek yang takut kejadian itu akan diceritakan mangsa kepada polis telah membuat keputusan mengurung mangsa di dalam bilik tanpa diketahui oleh sesiapapun.

Mangsa dikurung di dalam bilik berkenaan selama 29 hari dan dirogol hampir setiap hari, bahkan katanya mangsa dirogol sampai 5 kali sehari.

Sementara itu, bapa mangsa Romzy tidak dapat menahan sebak mendengar pengakuan satu satunya anak gadisnya itu dan turut berharap agar pihak polis,menghukum lelaki yang telah merosakkan masa depan anaknya itu.

Sumber: Eberita

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0