in

Kerana Tegur Pasang Muzik Terlalu Kuat Di Kereta, 15 Lelaki Tetak Seorang Remaja 17 Tahun

Seorang lelaki didapati cedera parah di kepala dan belakang badan selepas diserang serta ditetak oleh 15 lelaki kerana gerang selepas ditegur kerana memasang muzik yang terlalu kuat di Pasir Gudang, Johor, lapor Berita Harian.

Kejadian yang menakutkan itu berlaku pada jam 2.05 pagi Khamis di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam semalam. Mangsa yang berusia 17 tahun sebelum kejadian telah menasihati dan menegur dua orang suspek yang dipercayai memainkan muzik dan lagu dengan kuat menggunakan pembesar suara kereta milik mereka yang diletakkan di kawasan parking di flat tersebut.

Foto: Berita Harian

Akibat teguran tersebut, tercetusnya pertengkaran dan pergaduhan kecil sebelum sekumpulan suspek yang lain datang dengan menaiki sebuah kereta diikuti dengan beberapa buah motosikal.

Sekumpulan suspek yang dipercayai dalam 15 orang telah mengerumuni mangsa dan beberapa suspek juga turut membawa parang serta pisau dengan niat untuk menyerang mangsa sehingga menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan belakang badannya.

Menurut laporan, kesemua suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu dikatakan bukannya penghuni di kawasan rumah pangsa berkenaan.

Mangsa yang dilaporkan parah telah dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan dan kini dalam pengawasan rapi oleh pihak hospital berkenaan.

Sehingga kini masih lagi belum ada sebarang penangkapan yang dibuat dan polis juga dikatakan sedang mengenal pasti dan memburu suspek-suspek yang terlibat.

Tak puas hati ditegur pasang muzik terlalu kuat, remaja ditetak 15 lelaki dengan parang dan pisau di luar negara (Johor)

Posted by Cili Potong on Friday, 20 October 2017

Kes tersebut kini dalam siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata) dan Seksyen 326 Kanun KEseksaan (mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata).

Pihak polis turut menyeru orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan agar dapat menghubungi balai polis berdekatan dengan segera bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi talian Hotline POlis Kontinjen Johor di 07-2212999 atau Hotline Polis Daerah Seri Alam melalui talian 07-3864222.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0