in

Biadap Sekumpulan Remaja Melastik Kenderaan dan Baring di Jalan Raya

remaja melastik kereta di Anggerik Cheras

Viral di laman sosial satu rakaman video yang menunjukkan sekumpulan remaja melastik kenderaan, berbaring di atas jalan raya, selerakkan barang dalam kedai malahan turut mengeluarkan kata-kata kesat seperti makian yang kini menjadi perhatian ramai.

Tindakan yang dilakukan oleh sekumpulan remaja berkenaan disifatkan sebagai perbuatan yang sangat biadap di mana mereka sengaja membuat onar di sekitar Anggerik Cheras, Kuala Lumpur sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Walau bagaimanapun, perbuatan mereka turut dirakamkan dan telah dimuat naik ke laman sosial sehingga jadi tular selepas rakaman video tersebut mendapat perhatian netizen dengan ratusan perkongsian.

baring atas jalan raya
Perkongsian video daripada pengguna Facebook Aman Shah.

Melalui beberapa video yang dikongsikan jelas menunjukkan sekumpulan remaja terbabit dilihat bersembunyi di bahu jalan sebelum tindakan melastik beberapa kenderaan yang melalui jalan berkenaan.

Malahan, menerusi rakaman video itu juga menunjukkan salah seorang daripada mereka turut membuat kecoh di kawasan deretan kedai dengan menyelerakkan barangan serta turut mengeluarkan kata-kata kesat seperti cacian dan makian.

Lebih mengejutkan mereka juga dengan selamba berbaring di atas jalan raya walaupun menyedari beberapa kenderaan sedang melalui jalan berkenaan tanpa merasa takut dan bersalah.

Laporan Harian Metro menyatakan, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, setakat ini belum ada sebarang laporan diterima pihaknya berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, polis akan mengambil inisiatif dengan melakukan rondaan lebih kerap oleh Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di lokasi itu.

Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian tersebut diminta agar terus menghubungi segera Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 03-9284 5050 atau 03-9284 5051 untuk tindakan lanjut.

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan turut mengecam perbuatan remaja-remaja ini serta menggesa pihak berkuasa dengan segera mengambil tindakan sewajarnya supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 03-9284 5050 atau 03-9284 5051 untuk tindakan lanjut,” katanya

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

Comments