Kita sering terbaca tentang kelakuan yang tidak senonoh pelancong asing dari negara China yang kerap berlaku di negara kita dengan melepaskan ‘hajat’ tanpa mengira tempat dengan sesuka hati sehingga dirakam video atau gambar mereka. Tetapi, bagaimana jika rakyat Malaysia sendiri berkelakuan seperti ini?
Lepas Hajat Selamba Dalam Kedai Dobi
Terbaru, perkongsian dari sebuah group iaitu Geng Melaka Viral telah mengejutkan ramai netizen apabila mereka mendakwa kejadian yang berlaku di Melaka itu adalah rakyat Malaysia sendiri.
Perbuatan seorang remaja perempuan telah dirakamkan dengan kamera litar tertutup di mana remaja terbabit dilihat melepaskan hajatnya dengan selamba bersebelahan sebuah kerusi di dalam kedai dobi dan lebih mengejutkan dia langsung tidak membasuh selepas membuang.

“Apa nak jadi dengan remaja sekarang? Terkinja dengan kawah, kemudian kencing atas lantai di kedai dobi saya?
Kalau ada yang kenal. sila beri pengajaran sikit kepada mereka.”
Rakaman video yang berdurasi seminit 26 saat itu telah mendapat perhatian ramai netizen dengan lebih dari 500 perkongsian. Rakaman video ini juga kini menjadi topik hangat di laman sosial.
Ratta-rata netizen dari group Geng Melaka Viral berpendapat perbuatan remaja perempuan terbabit sangat menjijikkan malahan turut memalukan ramai remaja perempaun di Malaysia. Pakaian menutup aurat dan bertudung tetapi kelakuan tak senonoh, ia sangat memalukan, kata seorang netizen.

Sebenarnya, remaja perempuan ini boleh saja mencari tandas di kawasan itu dan melepaskan hajatnya dengan sopan, bukannya membuang dengan membabi buta. Jika remaja ini dikenali ramai, tidakkah malu yang dapat. Oleh itu, kepada anda semua jadikan perkara ini sebagai pengajaran kepada kita semua.
Loading…