Beberapa hari lepas jutawan kosmetik terkenal Dato’ Aliff Syukri telah membuat pelancaran single terbarunya iaitu Abang Nak Tegur yang sehingga ke waktu ini telah mendapat perhatian serta tontonan melebih 3.1 juta di laman YouTube.

Walau bagaimanapun, industri muzik menjadi kecoh apabila tersebar tentang khabar ramai netizen yang tidak menyukai lagu tersebut sehingga telah mendapat ‘dislike’ melebihi dari jumlah 302,000 orang berbanding ‘LIKE’ iaitu berjumlah lebih dari 40,000. Lagu berkenaan sebenarnya terbitan KRU Music dengan gandingan suara Aliff Syukri serta jutawan kontroversi Nur Sajat.

Ramai netizen dilihat telah membanjiri laman YouTube channel Alif Syukri dan turut memberikan pendapat masing-masing. Ramai di antara mereka yang meminta Aliff Syukri lakukan ‘remake’ bersama isterinya Datin Nur Shahida.
Walau bagaimanapun, pada mulanya isterinya itu menolak dan selepas merayu, akhirnya isterinya itu bersetuju untuk bersama ALif Syukri dalam lagu Abang Nak Tegur versi 2.0 yang telah dilancarkan pada 12 Disember lalu dan rakaman video tersebut sehingga kini telah mendapat sambutan hangat dari ramai penonton.

Seperti yang dilaporkan, video Abang Nak Tegur pada ketika ini telah jadi trending carta nombor satu melalui YouTube Malaysia. Malahan telah mendapat ‘LIKE’ yang sangat banyak berbanding ‘dislike’ iaitu lebih dari 143,000 pada waktu ini.
Sememangnya, strategi Dato’ Aliff Syukri menjado pada kali ini apabila ramai netizen dilihat amat menyukai gelagat mereka berdua dalam rakaman klip video berkenaan dan ada yang menyatakan suara feminin isterinya itu adalah lebih sesuai dimasukkan ke dalam lagu tersebut berbanding Nur Sajat seperti sebelum ini.
Beribu-ribu komen, pendapat serta pujian yang disampaikan oleh netizen kepada Aliff Syukri dan isterinya selepas lakonan serta kemesraan mereka disukai ramai. Para penonton turut berpendapat lagu tersebut sebenarnya mempunyai begitu banyak nasihat yang sangat berguna kepada semua pasangan yang kini sedang hangat bercinta.
Kini, Datuk Aliff Syukri sudah mampu menarik nafas lega selepas klip video tersebut menjadi pilihan netizen. Ramai yang menyatakan bahawa duet suami isteri jutawan popular ini adalah sangat baik berbanding daripada versi asalnya.
BACA : Pelajar Dakwa Ada Arahan Wajib Tonton Filem Badang Lakonan Datuk Aliff Syukri
Tahniah diucapkan kepada Dato’ Aliff Syukri dan isterinya Datin Nur Shahida kerana telah berjaya menjayakan klip video Abang Nak Tegur serta telah memenuhi permintaan ramai beberapa minggu lalu.
Loading…