in

Renew Passport Malaysia Online (Cara Perbaharui Pasport Antarabangsa)

renew passport online

Kerajaan di negara kita telah menyediakan satu kemudahan dan sistem terkini untuk semua orang bagi memudahkan membuat permohonan dan pembaharuan passport antarabangsa. Mereka yang memilikinya perlu memperbaharui jika telah tamat tempoh tetapi bagaimana cara renew passport Malaysia?

Sebenarnya cara untuk perbaharui passport antarabangsa kini lebih cepat kerana kita boleh melakukannya secara online tanpa perlu lagi bersusah payah untuk beratur panjang untuk renew atau perbaharui dokumen perjalanan yang sah milik anda.

Cara renew passport Malaysia
Anda perlukan dokumen perjalanan yang sah jika untuk ke luar negara.

Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang sistem My Online Passport yang telah pun diperkenalkan kepada semua rakyat Malaysia semenjak dua tahun lalu. Sistem ini adalah satu inisiatif dan usaha kerajaan untuk kemudahan semua pengguna.

Walau bagaimanapun, orang ramai juga masih boleh membuat pilihan untuk pergi ke cawangan Pejabat Imigresen yang berhampiran untuk membuat permohonan pasport atau pun memperbaharuinya dan juga mengambilnya di kaunter pengambilan passport.

Cara Renew Passport Malaysia Secara Online

Berikut dikongsikan cara-cara untuk memperbaharui passport antarabangsa Malaysia secara atas talian dan juga langkah-langkah untuk menggunakan sistem My Online Passport di laman e-Services.

renew passport in Malaysia
Untuk memperbaharui passport kini lebih mudah di buat di My Online Passport.

1. Syarat Permohonan Renew Passport Antarabangsa

Setiap pemohon harus mencapai usia 13 tahun dan ke atas serta telah menjadi pemegang pasport yang sah. Pemohon juga telah diberikan kebenaran oleh ibu bapa penjaga untuk membuat permohonan yang berusia dari 13 hingga 17 tahun sebelum memohon menerusi sistem ini.

Setiap maklumat yang diisi oleh pemohon menerusi sistem yang disediakan haruslah benar dan tepat. Sekiranya didapati anda memberikan maklumat palsu, permohonan serta merta akan ditolak dan akan dikenakan tindakan undang-undang.

2. Spesifikasi Gambar Passport

Gambar pasport perlu dimuat naik terus melalui sistem ketika proses permohonan dibuat dan berikutnya adalah syarat yang ditetapkan untuk membuat gambar passport yang sah.

  • Saiz gambar berukuran 50mm X 35mm (tinggi dan lebar)
  • Memastikan ada ruang 10mm antara kepala anda dengan bahagian atas bingkai gambar dan ruang 10mm antara dagu dengan bahagian bawah bingkai gambar
  • Latar belakang gambar harus berwarna putih
  • Pakaian diwajibkan berwarna gelap. Sekiranya anda memakai tudung atau penutup kepada, disarankan ia berwarna hitam
pembaharuan passport antarabangsa secara online
Size gambar passport yang dibenarkan untuk membuat perbaharuan dokumen perjalanan anda yang sah.

3. Lokasi Pengutipan Passport

Anda boleh membuat pilihan untuk mengambil passport anda yang telah siap melalui 36 lokasi yang disediakan dan berikutnya adalah antara senarai lokasi-lokasi yang berkaitan dengan proses permohonan dan pengeluaran pasport antarabangsa.

  • Johor Bahru
  • Pejabat Imigresen UTC Johor
  • UTC Kuantan, Pahang
  • Alor Setar, Kedah
  • Pelabuhan Pulau Pinang, (Georgetown)
  • Pulau Pinang, (Seberang Jaya)
  • Ipoh, Perak
  • Kangar, Perlis
  • Shah Alam, Selangor
  • Kelana Jaya
  • Bangi, Kajang
  • Pelabuhan Klang
  • Jim Kuala Kubu Bharu
  • Puchong
  • Kuala Selangor
  • Kuala Langat
  • Kota Kinabalu
  • Lahad Datu
  • Pusat Transformasi Bandar Tawau, Sabah
  • UTC Keningau
  • Bintulu, Sarawak
  • UTC Kuching
  • Pusat Transformasi Bandar Miri, Sarawak
  • Pusat Transformasi Bandar Sibu, Sarawak
  • 1Serve Kuching
  • Kuala Lumpur (Jalan Duta)
  • Kuala Lumpur (Wangsa Maju)
  • UTC Kuala Lumpur
  • UTC Sentul
  • Pejabat Imigresen Putrajaya (Menara Ikhlas)
  • Mini UTC Keramat
  • Suruhanjaya Tinggi Malaysia-London
  • Hong Kong
  • Jakarta
  • Suruhanjaya Tinggi Malaysia Singapura
  • New York

4. Kaedah Pembayaran dan Yuran

Anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM200 untuk yuran pembaharuan passport bagi pemohon yang berusia dalam lingkungan 13 sehingga 59 tahun, manakala RM100 dikhaskan untuk warga emas sahaja.

Untuk pembayaran, anda boleh membayar secara online menggunakan kemudahan seperti melalui kad debit atau kad kredit. Resit berkaitan dengan tarikh dan masa yang ditetapkan untuk pengambilan passport akan diberikan selepas anda membuat pembayaran.

5. Dokumen Yang Perlu Disediakan Sebelum Ambil Passport

Antara perkara yang perlu dibawa ketika untuk mengambil passport yang telah siap di mana-mana cawangan adalah seperti yang berikut:

  • Kad pengenalan
  • Pasport lama
  • Resit pembayaran

Jika anda gagal mengemukakan semua dokumen seperti yang diarahkan serta gagal menghadirkan diri untuk proses pengambilan, passport anda tidak akan diserahkan. Selain itu, perlu diingatkan pasport yang lama masih lagi dalam keadaan baik, tidak rosak, kotor atau terkena air.

Anda juga wajib tahu bahawa anda tidak boleh menghantar mana-mana wakil ketika proses pengambilan pasport bagi pihak anda walau dengan berbagai macam alasan sekalipun. Untuk semua pemohon yang berusia bawah 17 tahun, anda harus datang bersama ibu bapa penjaga ketika mengambil passport.

Semoga perkongsian tentang cara renew passport Malaysia online ini akan membantu anda yang sedang mencari berbagai maklumat yang berkaitan dengan permohonan perbaharui pasport. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0