Berita baik untuk semua pemandu kereta, motor atau semua kenderaan yang memiliki insurans dan ingin renew road tax yang telah tamat tempoh serta menghadapi kesulitan. Kini, cara renew roadtax sangat mudah kerana Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong telah membuat pengumuman bahawa selama tiga bulan anda boleh perbaharui cukai jalan atau saman roadtax tamat tempoh tidak melebihi dari 3 tahun dengan diskaun tanpa pemeriksaan Puspakom.
Program yang dinamakan sebagai program pemutihan tersebut dilaksanakan oleh Menteri Pengangkutan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta turut mendapat sokongan penuh daripada syarikat insurans di Malaysia. Berita ini pasti menggembirakan mereka yang mempunyai cukai jalan yang telah expired. tidak berkemampuan dan boleh renew road tax dengan senang hati.

Walau bagaimanapun, yang paling menarik pemilik kenderaan bermotor boleh renew road tax tanpa perlu membawa kenderaan pergi ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) selepas gagal membuat pembaharuan cukai jalan tidak lebih dari tiga tahun sahaja.
Pemilik motor, kereta dan kenderaan bermotor yang terlibat boleh menikmati diskaun bayaran insurans sekiranya memperbaharui road tax dalam tempoh berkenaan iaitu telah berkuatkuasa sejak 24 Mac lalu sehingga ke bulan Jun 2018 nanti dengan tujuan untuk membantu rakyat Malaysia khususnya untuk mereka yang berpendapatan rendah, lapor The Star.
Renew Road Tax dan Insurans Tamat Tempoh
Untuk perbaharui road tax dan insurans kereta yang expired pada masa ini, anda tak perlu lagi membawa geran kereta ke pejabat pos kerana cara renew road tax juga boleh dibuat secara online menerusi laman web MyEG dan anda perlu membuka akaun serta membuat pendaftaran di MyEG sebelum menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
Walau bagaimanapun, sebelum anda renew road tax biasanya anda harus renew insurans kereta atau motosikal terlebih dahulu juga boleh dibuat secara online tak kira apa saja jenis insurans anda seperti Etiqa, Takaful Ikhlas, Zurich dan sebagainya.
Cara renew insurans kereta dan semak harga bayaran insurans kenderaan juga boleh dibuat di laman MyEG. Mudah bukan? Semuanya atas talian sahaja tanpa perlu bersusah payah ke sana ke mari.

Berikutnya antara perkhidmatan yang terdapat di laman MyEG;
- Renew Road Tax
- Semakan Saman JPJ dan Polis Secara Online
- Renew Insurans Kenderaan
- Pembayaran Saman, Zakat dan sebagainya
Cara Renew RoadTax dan Insurans Kereta Online
Apa saja kenderaan anda sama ada kereta, lori dan sebagainya, anda boleh perbaharui insuran dan cukai jalan anda secara online dengan lebih mudah melalui laman web yang disediakan khas untuk semua pemilik kenderaan di Malaysia.
Untuk cara perbaharui anda hanya perlu melayari laman https://www.autoroadtax.com.my, kemudian buat pemilihan bahasa sama ada Bahasa Malaysia atau English. Klik Renew Online Now atau Perbaharui Insuran Sekarang. Kemudian isi maklumat yang diperlukan seperti yang ditunjukkan di bawah dan seterusnya buat bayaran. Mudah, cepat dan selamat.




Setelah selesai membuat pembayaran untuk cukai jalan dan insurans kereta atau kenderaan anda. Anda juga boleh download cover note yang disediakan di laman ini dengan hanya memasukkan nombor pendaftaran kenderaan anda, seterusnya muat turun. Inilah cara perbaharui cukai jalan yang terbaru dan lengkap selain mudah dan menjimatkan masa anda pada tahun 2018 ini.
Cara Renew Road Tax dan Insurans di Pejabat Pos
Ada cara yang mudah untuk perbaharui road tax dan juga insuran kenderaan iaitu di Pejabat Pos jika anda tidak mempunyai kemahiran internet atau mempunyai masalah untuk memperbaharui secara online. Walau bagaimanapun, jika buat pembayaran online seperti melalui Maybank2U atau MyEG, senarai harga roadtax kereta, motor atau kenderaan anda boleh semak segera menerusi MyEG.
Cuma jika anda memilih atau perbaharui roadtax dan insurans kereta motor di pejabat pos anda perlu beratur panjang dan wajib menunggu giliran untuk menyelesaikan urusan ini yang sebenarnya paling mudah dan sangat cepat jika dibuat secara atas talian. Tambahan pula, pada masa sekarang lebih mudah kerana kita juga boleh renew roadtax tanpa geran.
Anda perlu membawa dokumen berikutnya:
- Kad pengenalan / IC
- Sijil Pemilikan Kenderaan atau Salinan Geran
- Cover Note Insurans
Perlindungan Insurans
Sebelum renew insurans, anda digalakkan mengambil tahu tentang perlindungan insurans yang sesuai untuk kenderaan anda. 3 jenis perlindungan adalah seperti berikut:

1st Party/Comprehensive
- Insurans akan cover sekiranya berlaku kemalangan terhadap kenderaan anda dan juga pihak yang dilanggar.
- Kenderaan didapati hilang atau mengalami kebakaran.
- Anda boleh menambah jenis perlindungan lain seperti personal accident, pemandu dan penumpang, cover cermin dan sebagainya.
- 15 tahun
3rd Party Fire and Theft
- Insurans hanya akan cover kereta yang anda langgar atau hilang atau mengalami kebakaran.
- Cover kereta 16 tahun
- Perbezaan dengan 1st party adalah sekiranya berlaku sebarang kemalangan kita perlu membaiki kereta sendiri manakala kereta yang anda langgar di cover oleh insurans.
3rd Party
- Kebiasaan motosikal
- Tiada perlindungan
- Amat murah
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai saman tertunggak atau nama blacklist, roadtax anda agak sukar untuk diperbaharui, sila dapatkan harga saman cukai jalan tamat tempoh dan buat bayaran. Anda harus buat bayaran saman tersebut terlebih dahulu sebelum perbaharui cukai jalan anda.
Anda boleh juga membuat semakan saman anda dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan juga nombor plat kereta menerusi laman MyEG atau semak status senarai hitam melalui JPJ dan cara semak senarai hitam juga boleh dibuat secara online di laman web JPJ.
Baca juga : Kad Perubatan: Mengapa Pentingnya Medical Card Untuk Semua Orang
Malahan banyak lagi boleh dilakukan di laman ini seperti tukar nama kenderaan hak pemilik dan lain-lain lagi. Namun, cara tukar nama pemilik kereta atau motor anda perlu ke JPJ untuk mendapatkan borang penukaran nama. Proses dan sistem tukar nama kenderaan juga sangat mudah dibuat di JPJ.
Kepada anda yang mempunyai tunggakan saman roadtax motor atau kereta yang mati lebih setahun atau tak lebih dari 3 tahun dan nak perbaharui cukai jalan, eloklah guna peluang yang ada sekarang. Segera renew road tax anda dan dapatkan bayaran harga renew insurans kereta, motor kenderaan anda dan cukai jalan dengan harga murah di Auto RoadTax.
Loading…