Apabila negara kita dilanda cuaca panas, selain minuman sejuk aiskrim buah-buahan juga menjadi pilihan ramai untuk melegakan tekak dan boleh menghilangkan dahaga. Biasanya kanak-kanak yang sangat sukakan aiskrim lebih-lebih lagi perisa yang sedap seperti ais krim buah. Semakin sedap aiskrim semakin mahal harganya, mengapa tak buat sendiri untuk anak, mesti lebih jimat kan?
Sesetengah orang tidak suka aiskrim kerana rasanya sangat manis dan tidak boleh diberikan kepada anak kecil kerana bimbang akan merosakkan gigi katanya. Tetapi dengan ice cream homemade yang kita buat di rumah, kadar gula dan rasa manis boleh dikurangkan mengikut kesesuaian yang kita mahukan. Macamana nak buat ais krim buah yang sedap dan memenuhi citarasa?

Ini dia perkongsian seorang lelaki yang berkongsi resepi ais krim buah homemade yang dibuat sendiri khas untuk anak-anaknya yang meminta beliau membuatnya. Lelaki dan juga seorang doktor yang dikenali sebagai Syahr Musafir ini telah menunjukkan cara untuk membuat aiskrim buah-buahan yang sihat telah menarik perhatian ramai netizen.
Cara Buat Ais Krim Buah-buahan Yang Sedap
Dek kerana cuaca sangat panas sekarang ini, jadi saya nak kongsi satu resepi buat sendiri aiskrim buah yang ringkas dan mudah untuk anda semua. Dan yang paling penting selain sangat sedap, aiskrim ini sangat menyihatkan kerana menggunakan pemanis semulajadi dan tanpa gula.

Bahan-bahan
1) Limau nipis atau kasturi atau lemon
2) Madu
3) Air masak
4) Buah-buahan

Langkah 1
Dalam jag berisi air kosong, masukkan madu dan perahan limau secukup rasa. Kacau biar madu larut dalam air. Saya guna campuran limau nipis dan limau kasturi, secukup rasa, supaya air/aiskrim nanti rasa masam manis yang best.
Jadikan aktiviti buat aiskrim buah-buahan ini untuk bersama anak-anak dan anak-anak boleh tolong kacaukan air. Sekiranya termasukkan biji limau, buang atau tapis bijinya ye.
Langkah 2
Masukkan buah kesukaan kita ke dalam bekas aiskrim. Tak perlu susun pun, masukkan saja. Campurlah buah apa pun tak apa. Saya guna buah kiwi dan strawberi saja. Buah ini saja ada dalam peti sejuk rumah, saya buat malam selepas balik kerja.

Kalau tak nak guna ice cream mould, boleh guna plastik aiskrim pun menarik juga. Jadi aiskrim Malaysia kan.
Jadikan aktiviti bersama anak-anak: Ibu ayah potong buah, anak-anak tolong susun atau letak buah.
Langkah 3
Masukkan air, madu dan limau ke dalam bekas aiskrim kita. Sejuk bekukan semalaman.
Siang (esoknya), lepas anak-anak balik sekolah, boleh makan aiskrim buah-buahan yang dibuat tu! Best!

Anak-anak makan banyak pun kita sebagai ibu bapa tak risau sangat, sebab aiskrim yang menyihatkan. Bukan macam aiskrim yang dijual di kedai. Buah tu boleh tukar kepada mangga, anggur, betik, pergh mesti best!
Baca : Resepi Aiskrim dan Cara Buat Aiskrim Sendiri di Rumah (Homemade)

Sebenarnya, resepi ais krim buah boleh dipelbagaikan dengan bermacam jenis buah-buahan segar mengikut kreativiti anda sendiri. Antara buah yang sedap dibuat aiskrim seperti buah naga atau dragon fruit, strawberry, rasberry, pisang, tembikai, kiwi, mangga, nenas, honeydew, avocado, jambu batu, durian, limau nipis, lemon dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, buah tempatan pasti menjadi pilihan orang Malaysia dan tak kurang juga buah-buah lain yang didatangkan dari luar negara yang boleh dibuat aiskrim. Lebih baik aiskrim buatan sendiri jikan dibandingkan yang dibeli di kedai kerana tahap kemanisannya sangat melampau.
Cara buat ais krim buah-buahan yang sihat dikongsikan oleh Dr. Syahr Musafir ini sebenarnya sangat mudah nak dibuat tanpa perlu mesin blender dan bahan-bahan juga simple tak perlu nak cari macam-macam bahan lain seperti susu cair, ovalette, cream dan lain-lain. Tetapi jika dicampurkan bahan-bahan ini semua pasti bertambah sedap kan? Semoga bermanfaat.
Loading…