in

Resepi Aiskrim dan Cara Buat Aiskrim Sendiri di Rumah (Homemade)

cara buat aiskrim sendiri di rumah

Anda peminat ais krim dan teringin nak buat ais krim sendiri di rumah? Sebenarnya cara buat aiskrim homemade sangat mudah dan sedap sama rasa macam yang anda beli di kedai kalau ikut resepi aiskrim Malaysia. Lebih menarik lagi anda boleh menambah segala bahannya dan turut mengawal tahap kemanisan ais krim buatan sendiri itu.

Yang paling penting buat di rumah lebih bersih dan berbaloi kerana semuanya anda control sama ada dari segi perisa, pewarna dan sebagainya. Anak-anak anda pasti suka dan ia lebih jimat kerana boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak tanpa perlu keluarkan belanja yang banyak.

resepi aiskrim homemade guna blender lambat cair
Berbagai resepi aiskrim lembut dan gebu dikongsikan tapi yang mana satu paling sedap?

Yang paling seronok resepi dan cara buat aiskrim ini semua orang boleh buat dan tak perlu bersusah payah selain bahannya juga mudah didapati. Anda nak buat ais krim apa, anda yang tentukan sama ada rasa Oreo, Milo, coklat, pelangi, Vanilla dan sebagainya.

Ada sesetengah orang yang membuat aiskrim mengikut kreativiti mereka yang tersendiri dengan mengkaji pembuatan aiskrim iaitu dengan menukar susu cair kepada susu lembu, tanpa susu dan ada juga membuat tanpa telur dan ovalet, jadi hasilnya anda akan tahu sendiri. Walau bagaimanapun, aiskrim Oreo dan aiskrim Milo paling mudah untuk dibuat.

Berikutnya perkongsian dari Nur Hidayah yang berkongsi resepi aiskrim tanpa guna telur mudah dan sedap yang dibuat sendiri di rumah. Semua jenis aiskrim yang anda ingin buat boleh dibuat menggunakan cara ini iaitu dengan hanya menambah perasa atau perisa sahaja sama ada Strawberry, Chocolate dan sebagainya.

Resepi Aiskrim dan Cara Buat Aiskrim Homemade

resepi aiskrim malaysia yang gebu
Buat sendiri di rumah lebih berbaloi selain kebersihan terjamin.

Saya pernah berkongsi resepi ais krim sebelum ni. Ada kawan terdekat mintak buatkan dan cakap sedap tak manis. Alhamdulillah. Ini saya kongsikan semula kalau ada yang terlepas, bolehlah ibu-ibu try untuk anak-anak. Bujang pun boleh buat tau. Senang sangat. Saya pun tanya En.Gugel, cuma saya kurangkan susu je. Bila anak suka, memang tak beli dah cekerim.

Bahan-bahan Resepi Aiskrim

1 tin susu cair, ada juga yang guna susu Dutch Lady.
1 Sudu besar ovelatte atau ovalette.
1 Sudu besar susu pekat.
(Bagi saya ni dah manis lemak, tapi kalau ada yang suka manis boleh lebihkan susu pekat)
1 penutup esen vanila.

Cara membuat aiskrim

cara membuat aiskrim malaysia milo mudah
Rasa Vanilla, Milo, Strawberry atau apa saja, anda yang tentukan, caranya sama saja.

Cara membuat aiskrim dengan mix semua bahan. Boleh guna mixer, blender atau food processor. Mix lebih kurang 15 minit guna mixer dan blender. Kalau dah pekat likat tu dah oklah. Tak sampai 15 minit pun kadang dah likat. Kalau guna food processor tu biasa tak sampai 15 minit memang dah likat.

Kalau guna blender, disarankan buat sukatan separuh-separuh. Maksudnya buat setengah tin susu cair dan setengah bahan-bahan lain. Pastu buat lagi setengah sebab bila blend dia akan mengembang nanti, takut blender tak muat.

buat aiskrim guna blender tanpa mixer
Blender atau Food Processor jenama Philips yang dikatakan sangat sesuai untuk buat aiskrim

Kemudian, boleh bahagikan ikut perisa apa yang anda nak letak. Macam saya ni, saya bahagi dua bahagian je. 1 bahagian bubuh koko. Sesudu setengah cukuplah. Jangan banyak sangat nanti pahit tak sedap pulak.

Baca : Makan Ais Krim Vanilla Ubat Tonsil dan Sakit Tekak? Mengarut! – Dr Abdul Rahim

Pastu deko atau letak topping aiskrim. Letaklah hiasan yang disukai. Simpan dalam peti selama 24 jam. Lagi lama lagi sedap rasanya. Kemudian, makan. Nak lagi sedap boleh makan dengan roti Gardenia atau roti bun dan juga kon yang boleh dibeli di pasar raya.

cara mudah buat aiskrim
Aiskrim Avocado juga sangat sedap, gebu dan lembut boleh dibuat sendiri.

Semua jenis aiskrim yang ingin anda nak buat, perlu dipastikan bahan yang penting itu ada, jika tidak cukup satu mungkin rasanya akan berbeza. Walau bagaimanapun anda boleh mencuba bahan-bahan lain dengan cara try and error. Mana tahu resepi anda itu akan jadi lebih sedap, kan?

Semoga resepi aiskrim dan cara buat aiskrim mudah dan sedap yang dikongsikan ini akan membantu anda untuk membuatnya tanpa perlu bersusah payah berfikir apakah bahannya kerana semuanya sudah tersedia, anda hanya perlu buat saja dan yang paling penting pasti ramai yang suka terutama kanak-kanak. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments