in ,

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Mudah (Ayam Bakar Madu)

resepi ayam panggang madu

Resepi ayam panggang ala-ala sajian di restoran Kenny Rogers yang nampak mahal dan sedap serta sihat, malahan ianya sangat mudah untuk disediakan dan senang dimasak tanpa susah payah. Bagi anda yang menyukai ayam bakar, eloklah mencuba sendiri di rumah dan cara untuk membuatnya sangat mudah selain cepat dan simple saja sajiannya.

resepi ayam panggang oven kenny roger
Gambar hiasan.

Lebih menarik apabila bahan-bahannya juga mudah didapati dan ada dijual di mana-mana pasaraya. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ayam panggang mudah yang dikongsikan oleh Salimah Olie ini, anda perlu meneliti bahan-bahannya terlebih dahulu sebelum membuat percubaan pertama. Walau bagaimanapun ayam bakar madu ini sangat senang untuk dimasak.

Hidangan ayam bakar ini boleh disajikan untuk keluarga dan sebagainya. Ia boleh disajikan dan dimakan bersama dengan nasi, dihidang dengan pasta dan juga kentang putar yang sangat sesuai dan nampak lebih sedap dan juga menarik.

Ayam panggang madu ini juga akan pasti lebih menarik perhatian anak jika turut meletakkan sayuran seperti brokoli dan juga bunga kobis bersama yang akan menambahkan lagi selera. Berikutnya adalah bahan-bahan masakan ayam bakar yang diperlukan.

Resepi Ayam Panggang Kenny Roggers (Ayam Bakar Madu)

cara masak ayam panggang

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam – potong 4 bahagian

Bahan A :

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub ayam knorr
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol) – brand apa-apa je.
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula
  • 100ml air

Nota : Kisar semua bahan ayam bakar di atas.

guna pemanggang ajaib

Bahan B :

  • 2 sudu madu
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Cara Masak Ayam Bakar Madu

cara buat ayam panggang bakar

Campurkan semua bahan A dan B yang dijadikan bahan perap dan lumurkan pada ayam. Balut bekas dengan plastic wrap dan perap 1 atau 2 jam dalam chiller. Kalau perap 4 atau 5 jam lagi sedap dan perapan ayam itulah akan lebih menyedapkan ayam bakar ini.

Bakar dalam ketuhar atau oven pada suhu 220C selama 1 jam atau bakar menggunakan pemanggang ajaib hingga masak. Betulkan resepi ini sangat mudah nak di buat? Bila dah buat barulah tahu, rupanya senang sangat-sangat.

kenny roger roasted chicken
Gambar hiasan

Masakan Ayam Ala Kenny Rogers Guna Periuk Noxxa

Berikutnya rakaman video yang disediakan oleh Cik Kaka bagaimana dia memasak ayam panggang ini menggunakan periuk Noxxa sahaja iaitu pressure cooker dengan cepat sekali tanpa menggunakan oven untuk memanggang. Resepi dan cara-cara yang ditunjukkan juga amat mudah untuk anda ikuti.

Selepas masak anda boleh menyediakan ayam bakar madu tersebut bersama dengan sos ayam yang boleh dimakan begitu saja dan menikmatinya bersama keluarga. Anak-anak anda pastinya akan menyukai ayam panggang madu ini ini kerana ianya terbukti sangat menyelerakan dan silap hari bulan mereka akan menyuruh anda menyediakan lagi kerana terlalu sedap seperti masakan yang dibeli di kedai. Selamat mencuba!

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.