in

Resepi Biskut Coklat Chip Rangup (Chocolate Chip Cookies)

Resepi biskut coklat chip rangup dan mudah

Ramai yang sukakan biskut coklat chip atau chocolate chip cookies rangup dan sedap ala Famous Amos yang berbau wangi semerbak yang boleh didapati di seluruh Malaysia dengan harga yang agak mahal kerana ia amat popular dan punyai resepi rahsia tersendiri.

Resepi chocolate chip cookies kini dikatakan telah diketahui ramai dan viral, kini turut dikongsikan di laman sosial tapi mungkin rasanya sama atau tak sama. Cara buat biskut coklat chip homemade ini juga amat mudah dan simple. Sekarang tidak perlu lagi beli di kedai, lebih baik buat sendiri, lebih puas hati dan banyak.

chocolate chip cookies rangup resepi
Biskut coklat chip mempunyai berbagai jenis yang diolah dengan campuran bahan yang pelbagai.

Resepi biskut choc chip ala Famos Amos ini adalah hasil perkongsian seorang wanita di laman Facebook iaitu Puan Zulaikha Ika yang turut berkongsi cara membuat biskut coklat simple ini dengan mudah dan sedap selain rangup mengikut sukatan cawan.

Resepi Biskut Coklat Chip Ala Famous Amos

Cookies yang paling cepat habis dan paling best, bila makan coklat cair dalam mulut.

cookies sukatan cawan
Coklat chip akan cair di mulut selepas dimasukkan ke dalam mulut.

Biskut chip coklat Famous Amos ini sebenarnya mempunyai berbagai versi yang diolah oleh mereka yang mempunyai kreativiti tinggi. Selain choc chips, ada juga yang menambahkan bahan lain seperti badam atau almond dan sebagainya. Hasilnya memang sedap dan crunchy gitu.

Bahan-Bahan A

  • Butter 250 gram (Pure Butter).
  • 3/4 brown sugar (Guna yang paling halus).
  • 1/2 cawan gula putih (nak kurangkan pun boleh) 3 bahan ini mixer sampai gebu.
  • Bila dah gebu baru letakkan telur sebiji campur telur kuning sampai sebati dan masukkan sesudu esen creamy vanilla dan satu sudu teh butter oil.
resepi famous amos
Biskut coklat ini mudah dibuat kerana tidak menggunakan sebarang acuan khas.

Bahan-Bahan B

  • 2 cawan tepung biskut red rose.
  • 1/2 serbuk Nescafe.
  • Satu sudu kecil serbuk coco.
  • Satu sudu kecil garam.
  • Sesudu kecil soda bikarbonat.
  • 1/4 sudu baking powder, jangan banyak sangat nanti kembung cookies tu.
  • Gaulkan semua bahan B di dalam bekas kering dan letak sedikit dem sedikit tepung ke bahan A.
resepi mudah
Choc chips adalah bahan utama yang amat disukai oleh kanak-kanak kerana rasanya manis.

Akhir sekali masukkan coklat chip sebanyak 300 gram. Kuantiti terpulang nak banyak mana. Kalau guna callebaut choc chips memang bakar api 150 dalam 15 minit. Ikut jenis oven masing-masing. Adunan tepung memang akan lembik dan kena jarakkan sedikit, kalau tidak akan melekit.

resepi chipsmore
Berbagai bentuk boleh dibuat mengikut kreativiti anda sendiri.

Tips Berguna:

Petua kalau tak nak coklat chip cair dengan cepat, sila simpan biskut coklat chip anda ke dalam peti sejuk kerana ia akan nampak lebih cantik dan seketul-ketul kejadiannya.

Sementara menunggu chocolate chip cookies, masak adunan yang lebih itu dan boleh simpan dalam peti sejuk dulu. Jika tidak coklat akan cair dan warna cookies jadi tak cantik.

Resepi Chocolate Chip Cookies Sukatan Cawan

choc chips cookies
Biskut choc chips nampak lebih menarik selepas digandingkan dengan walnut atau badam.

Resepi choc chip cookies atau biskut chip coklat ini agak berbeza yang dikongsikan oleh Puan Ummu Salamah Mohd Salleh. Untuk menggunakan sukatan cawan khas untuk biskut ini, anda boleh membeli di kedai barang yang menjual alatan untuk membuat kek atau di kedai barang-barang dapur.

cara membuat choco chip cookies
Sekali pandang biskut ini seperti yang dijual di kedai Famous Amos.

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan mentega – saya guna buttercup
  • 1 cawan minyak – saya guna minyak masak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar atau susu tepung
  • 4 cawan tepung gandum*
  • 2 sudu tepung jagung
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil cream of tatar* boleh diganti juga dengan tepung jagung.
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 cawan walnut cincang – kali ini saya guna 1 Cawan badam cincang
  • 2 cawan semi sweet chocolate chips
  • 1 sudu kecil esen vanila
resepi cookies choc chip mudah
Adunan tepung dan coklat chip menjadikan biskut ini sedap dan rangup.

Nota :

Untuk bahan-bahan yang bertanda (*) ia perlu diayak terlebih dahulu.
Untuk sukatan cawan pula boleh dicari di kedai-kedai Bakery.

Baca juga : Resepi Kek Batik Lembut Sedap Mudah dan Simple (Biskut Marie dan Milo)

resepi coklat cookies
Ia perlu dibakar mengikut suhu bakar yang ditetapkan agar tidak terlebih masak atau hangit.

Cara-cara Membuat

  • Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanilla hingga sebati. Saya pukul adunan guna mixer je. Kelajuan slow dan jangan pukul terlalu lama.
  • Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip, pukul guna mixer sekejap saja dan jangan lama, agak-agak sebati.
  • *Adunan memang lembik, sudukan satu sudu kecil di atas dulang pembakar, jarak-jarakkan sedikit sebab nanti cookies akan mengembang sedikit, dulang tak perlu gris.
  • Bakar pada suhu 350 ‘F (175C) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven dan oven pula api atas dan bawah.
  • Setelah biskut jadi perang, angkat dan sejukkan di atas redai sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
cara buat biskut coklat chip famous amos
Biskut chocolate chips cookies homemade yang siap dimasak dan boleh dimakan.

Semoga perkongsian resepi biskut coklat chip dan juga resepi chocolate chip cookies Famous Amos ini akan memudahkan kerja anda selain turut memberikan anda idea untuk membuat biskut chip coklat ini yang pasti digemari ramai terutamanya kanak-kanak. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments