Cheesy wedges yang sedap memang mempunyai peminatnya yang tersendiri, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang amat menyukai makanan yang berasaskan kentang dan cheese ini yang begitu popular bermula dari restoran KFC sehinggalah ramai yang buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi cheesy wedges homemade ala KFC yang amat mudah.
Sebenarnya, cara buat wedges kentang ini tidaklah susah untuk dibuat malahan bahan-bahannya juga sangat mudah didapati di kedai atau pasar raya. Perkongsian resepi cheesy wedges kentang homemade yang rangup dan sedap ini dikongsikan oleh Puan Hasniza Hashim yang telah membuat sendiri di rumah dikongsikan semula untuk anda.
Resepi Cheesy Wedges KFC

Bahan Potato Wedges :
– Kentang
– Garam
– Pati Ayam
– Tepung gandum
– Serbuk Lada Hitam
Cara membuat :
1. Rendam kentang dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.
2. Rebuskan kentang di dalam periuk. Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa. Rebus sehingga empuk.

3. Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan, gunakan garfu dan cucuk pada kentang. Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang, maknanya sudah boleh dikeluarkan. Tapi pastikan jangan terlalu lama supaya kentang tidak lembik.
4. Angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (gaulkan bersama).

5. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti. Goreng kentang wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
BACA : Mengapa Kita Tak Boleh Makan Kentang Yang Telah Keluar Tunas & Bahaya? Ini Sebabnya..
Cara Buat Sos Cheesy Wedges

Bahan Sos Cheesy :
– 3-4 sudu makan butter
– 250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
– 1 sudu makan tepung gandum
– suku kiub pati ayam
– 6 keping cheese atau cheesedale
– sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
– pewarna kuning
Sementara itu, anda boleh membuat sos cheesy wedges pula. Cara untuk membuat sos cheese ini sangat simple, mudah dan segera. Caranya seperti yang dikongsikan di bawah;
1. Panaskan butter hingga cair dengan menggunakan api yang sederhana.
2. Kemudian masukkan susu, tepung gandum (tepung beras juga boleh digunakan mengikut resepi lain), dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati.
2. Masukkan pula kepingan cheese atau keju, kiub pati ayam dan serbuk lada iaitu serbuk lada hitam dan juga serbuk lada putih. Boleh masukkan sedikit pewarna yang anda inginkan jika anda mahu seperti perwarna kuning atau oren dan sebagainya. Kacau sebati hingga masak.

Hidangkan potato wedges tadi dengan sos cheesy bersama dengan mayonis.
Betapa mudahnya cara buat potato wedges ini, pasti anak-anak di rumah suka dan makan berulang kalau dibuat dengan kerap. Cara buat kentang wedges yang sedap dan simple ini adalah hasil perkongsian daripada Puan Hasniza Hashim melalui Facebook. Selamat mencuba dan sila share sekiranya bermanfaat untuk semua.
Loading…