in

Resepi Ikan Percik Sedap dan Simple (Ikan Kembung & Selar)

resepi ikan percik simple dan sedap

Resepi ikan percik sedap dan simple ada bermacam versi dan style. Cara orang Terengganu, Kelantan, utara dan Johor agak berbeza dari segi bahan-bahan yang dicampurkan untuk menghasilkan rasa yang menyelerakan mengikut citarasa masing-masing.

Cara buat ikan percik mudah kebanyakannya hampir sama cuma rasanya pasti berbeza dan ikan pula banyak jenis yang boleh dibuat menggunakan resepi ikan percik paling sedap yang dikongsikan ini. Antara ikan yang sering menjadi pilihan adalah ikan kembung, ikan keli, ikan selar dan lain-lain.

Resepi Ikan Percik Sedap

Untuk resepi ikan percik versi ini dikongsikan oleh Puan Adiah Adam melalui perkongsian beliau di laman Facebook. Betul katanya, ikan percik adalah antara resepi atau menu yang paling terkenal pada bulan puasa yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk membuka selera.

resepi ikan percik santan

Resepi ini juga perlu membakar ikan, cara bakar ikan pula adalah mengikut kreativiti anda sendiri atau mengikut alat apa yang anda untuk tujuan membakar ikan. Ada yang menggunakan pemanggang ajaib, secara manual guna dapur gas atau guna oven, semuanya mengikut keselesaan sendiri.

ikan percik selar

Bahan-bahan

  • Ikan Selar (ikan kembung, ikan keli atau apa jenis pun)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 kotak santan (santan segar pun boleh)
  • 3 atau 4 sudu cili kisar
  • Sekeping asam keping
  • Sebatang serai dititik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu tepung beras untuk pekatkan kuah (optional)

kuah ikan percik pekat

Cara-cara membuat

1. Ikan perlu dilumurkan dengan garam dan kunyit sebelum dibakar.
2. Kisar atau blend semua bahan yang perlu dikisar. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi santan.
3. Kacau dengan menggunakan api yang agak perlahan. Kemudian masukkan cili kisar, serai titik, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Seterusnya kacau sehingga sebati.
4. Kuah ikan percik perlu selalu dikacau dengan api perlahan supaya santan tak pecah minyak.
5. Apabila kuah hampir pekat, masukkan tepung beras yang telah dibancuhkan dengan air.
6. Kacau sehingga kuah menjadi pekat dan betul-betul masak supaya kuah tak cepat basi.

Baca : Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Simple Sedap dan Mudah

cara buat
Akhir sekali, tuangkan kuah yang telah masak tersebut ke atas semua ikan yang telah siap dibakar itu tadi.

Siap sudah resepi ikan percik tersedap ni. Anda boleh cuba buat dan boleh olahkan mengikut kreativiti anda sendiri, mana tahu lebih sedap kan? Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0