in

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Simple Sedap dan Mudah

Resepi ikan siakap tiga rasa yang sedap

Setiap hari semua suri rumah pasti akan memikirkan apa yang ingin dimasak untuk menjamu suami dan anak-anak. Jika dimasak menu makanan yang sama saja tentulah ahli keluarga akan jemu melihatnya. Apa kata hari ini anda cuba memasak resepi ikan siakap tiga rasa untuk dimakan seisi keluarga.

Mungkin ramai yang memikirkan masakan ikan siakap tiga rasa ini susah untuk dibuat memandangkan bahan-bahannya banyak dan perlu diteliti setiap satu. Sebenarnya cara masak siakap 3 rasa ini tidak susah, anda hanya perlu mengikut resepi ini yang dikongsikan.

Resepi ikan siakap tiga rasa pada kali ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Afy Al Habibi yang berkongsi gambar masakannya kepada semua. Bermula dengan bahan-bahan masakan sehinggalah cara masak ikan siakap ini.

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Simple

resepi siakap 3 rasa paling sedap
Resepi masakan ikan siakap tiga rasa yang siap untuk dihidangkan.

Kalau sambut hari bermakna, mesti ikan siakap antara menu hidangan kan? Jadi cikgu kongsikan masakan siakap yang boleh buat semua makan bertambah.

Buat sendiri lagi jimat. Beli ikan siakap baru 8.90 seekor. Hias cantik-cantik jadilah macam menu masakan kat kedai Siam.

Untuk bahan-bahan resepi ikan siakap tiga rasa ini ada di nyatakan pada setiap gambar, sila ikuti langkah-langkah cara membuat dan sediakan bahan-bahannya dengan betul, pasti masakan ikan anda itu menjadi.

Perapkan ikan 1/2 jam dengan bahan yang telah ditumbuk:

ikan 3 rasa yang sedap dan mudah
Ikan siakap perlu diperap terlebih dahulu sebelum digoreng.

– 2 hiris halia
– 3 ulas bawang putih
– 1/2 sudu kecil garam

* Cikgu suka belah ikan ala ‘fillet‘ macam kat atas ye.
* Isi ikan akan lebih rangup dan sedap.

resepi siakap tiga rasa mudah
Untuk memerap tepung jagung diperlukan untuk ikan menjadi lebih rangup setelah digoreng.

Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu besar tepung jagung di depan dan belakang ikan.

* untuk elak ikan melekat dan isinya lebih rangup.

ikan tiga rasa paling simple
Setelah diperap, gorengkan ikan menggunakan minyak yang banyak.

Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak.

Angkat setelah ikan garing pada kedua-dua bahagian.

resepi siakap 3 rasa simple
Hiaskan dengan salad dan nenas, namun bukanlah satu kemestian.

Terus letak atas daun salad yang telah dihias.

Sementara itu, sediakan bahan yang perlu dipotong:

ikan siakap 3 rasa mudah dan sedap
Bahan-bahan yang perlu dipotong untuk dimasak bersama ikan siakap.

– 1/2 biji bawang merah- dadu
– 1/2 biji bawang Holland- dadu
– 2 ulas bawang putih – dadu
– 2 helai daun limau purut
– 2 hiris halia- hiris memanjang
– 3 tangkai cili padi merah
– 1 tangkai cili besar hijau
– 1 batang serai- hiris serong
– 1 hiris nanas- hiris dadu

tumis bahan ikan siakap
Minyak gorengan tidak perlu dibuang dan boleh digunakan untuk menumis.

Gunakan minyak gorengan ikan siakap tadi sedikit.

Masukkan semua bahan yang dipotong kecuali cili dan nenas.

Cara goreng ikan siakap ala thai
Masukkan bahan kisar.

Kemudian masukkan pula 1 senduk bahan kisar;

– 1/2 biji bawang merah
– 1/4 biji bawang Holland
– 1 ulas bawang putih
– 2 hiris nipis serai
– 1/4 hiris nipis halia
Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.

siakap goreng tepung jagung
Cili kering yang dikisar lebih sedap dari cili giling atau cili Boh.

Masukkan pula 1 1/2 senduk cili kering kisar.

Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.

ikan tiga rasa
Sos juga berperanan untuk menyedapkan lagi masakan ikan ini.

Tambahkan 1 senduk cili sos Life.

ikan 3 rasa
Sos tiram juga jangan dilupa.

Masukkan juga 1 sudu besar sos tiram.

ikan masak 3 rasa
Air juga diperlukan untuk mendapatkan kuah.

Masukkan 3/4 gelas air asam jawa
( secubit asam jawa + 3/4 gelas air)

Kacau sekata dengan api sederhana perlahan.

cara masak ikan siakap
Untuk manis, masin dan masam anda yang tentukan mengikut kehendak sendiri.

Perasakan dengan :
– 1 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 1/2 sudu besar perencah Hilal

Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.

masak apa sedap tiga rasa
Nenas bukanlah wajib dicampurkan tetapi jika lengkap pasti lebih sedap.

Akhirnya masukkan potongan nenas sebelum ditutup api.

Masukkan juga sedikit cili potong tadi.

ikan tiga rasa paling simple dan sedap
Sebelum diangkat anda perlu rasa terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Siap!
Curahkan kuah ini atas badan ikan.

Baca juga : Masakan Ikan Buntal Terbukti Sedap, Wanita Ini Kongsi Cara Masak Ikan Ini Dengan Betul. Berani Makan?

Inilah hasilnya selepas berhempas pulas memasak ikan siakap 3 rasa ini.

 tiga rasa paling mudah
Ikan siakap tiga rasa yang telah siap sepenuh dan boleh dimakan bersama keluarga.

Ada sesetengah resepi dan cara masak siakap 3 rasa ini mereka campurkan dengan air belacan yang mana bertujuan untuk menyedapkan lagi rasa masakan ini iaitu masam, masin dan manis. walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan versi dicampurkan dengan belacan itu sama ada dari negeri Kelantan, Terengganu atau Kedah dan juga negeri Thai.

Semoga perkongsian resepi ikan siakap tiga rasa ini membantu anda untuk memasak masakan ini serta memudahkan kerja anda menyediakan bahan dan menjimatkan masa anda. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments