in ,

Resepi Jus Kurma Susu Yang Sangat Berkhasiat Untuk Ibu Hamil & Menyusu Di Bulan Ramadhan

Resepi jus kurma susu untuk puasa dan sahur

Jus kurma susu sememangnya terbukti sangat berkhasiat dan sangat baik untuk ibu hamil yang sedang menyusu bayi di bulan Ramadhan. Buah kurma juga amat baik untuk kesihatan badan selain mampu mengenyangkan dan mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan untuk tubuh badan kita.

Di bulan Ramadhan, kita pastinya berpuasa menahan lapar dan dahaga serta memakan buah kurma ketika berbuka puasa atau ketika waktu sahur juga adalah sunnah Nabi selain telah terbukti dapat mengurangkan rasa lapar walaupun sekiranya kita tidak sempat untuk bersahur. Begitu juga jus kurma susu yang sangat bagus untuk kesihatan ibu-ibu yang sedang mengandung.

Malahan ada yang mengatakan khasiat meminum jus kurma susu ketika waktu sahur mampu menggantikan nasi serta amat mengenyangkan selain mampu memberi tenaga dan kesihatan yang lebih baik di sepanjang bulan puasa. Berikutnya perkongsian dari Facebook untuk tatapan anda semua.

Resepi Jus Kurma Susu

resepi jus kurma bulan puasa untuk ibu hamil
Kombinasi susu dan kurma sangat sedap dan sungguh menyelerakan.

Insya-Allah kurang lagi beberapa hari kita nak puasa. Tak tahulah larat ke tak tahun ni nak puasa. Harap sangat boleh puasa penuh sementara tengah pregnant ni.

Biasanya itulah doa para ibu hamil dan menyusukan bayi (terutama yang belum datang haid) bila Ramadan datang kembali. Semuanya berdoa agar mudah berpuasa walaupun sarat hamil dan menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Biarpun ada kelonggaran yang diberikan oleh Allah SWT terhadap dua golongan wanita ini namun keinginan untuk berpuasa penuh tetap tersemat dalam hati para ibu.

Sebenarnya tiada halangan untuk ibu hamil dan menyusukan anak berpuasa di bulan Ramadan. Apa yang penting mereka mesti memastikan puasa tidak akan memudaratkan diri mereka sendiri dan anak yang dikandung serta disusukan.

Lebih baik dapatkan nasihat daripada doktor yang memeriksa anda sebelum membuat keputusan untuk meneruskan puasa. Jika tahap kesihatan mengizinkan, anda boleh berpuasa seperti biasa dan perlu memenuhi keperluan kalori daripada pengambilan makanan yang seimbang. Jika tahap kesihatan tidak mengizinkan, anda ada kelonggaran untuk tidak berpuasa.

Selain mengambil makanan yang menyihatkan dan seimbang, pengambilan buah kurma di bulan Ramadan adalah satu kemestian. Bukan ibu hamil dan menyusu sahaja tetapi semua umat Islam yang berpuasa. Masing-masing nak rebut pahala sunat makan kurma!

Hakikatnya buah kurma itu sendiri mengandungi banyak vitamin dan mineral yang baik untuk ibu hamil dan menyusukan.

Menurut Pakar nutrisi, Kevin Zahri antara kebaikan buah kurma kepada ibu hamil dan menyusu iaitu:

Khasiat buah kurma kepada lelaki dan wanita
Kelebihan dan kebaikan kurma kepada kesihatan manusia telah diakui selepas kajian dilakukan.

1. Menambah tenaga

Kurma mempunyai kandungan glukosa atau gula ringkas yang sangat tinggi dan baik untuk badan. Kandungan glukosa yang tinggi berfungsi untuk membekalkan kembali tenaga dalam badan ibu yang seharian berpuasa dengan cepat. Jika memakannya ketika bersahur, kurma meningkatkan dan menambah tenaga dalam badan untuk sepanjang hari berpuasa dan melakukan aktiviti harian.

2. Tinggi serat

buah kurma kaya dengan serat dan baik untuk penghadaman serta memberikan tenaga yang berpanjangan. Jadi ibu hamil dapat mengelakkkan masalah sembelit kerana kurang minum air ketika berpuasa. Selain itu serat juga sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidak memberi kejutan kepada perut ibu yang kosong sebelum mengambil makanan lebih berat ketika berbuka puasa.

3. Rendah sodium (garam)

Khasiat ini penting semasa kita kekurangan air. Oleh itu bagi ibu menyusu yang berpuasa pengambilan kurma ketika berbuka dan bersahur sangat penting untuk terus mengekalkan pengeluaran susu badan. Makanan yang tinggi sodium akan mempercepatkan dehidrasi.

4. Tinggi potassium

Potassium penting dalam menyeimbangkan bendalir badan, termasuk kawalan denyutan jantung dan tekanan darah.

Bagi ibu hamil dan menyusu, pastikan pengambilan makanan anda ketika berpuasa cukup untuk membekalkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan. Oleh kerana kurma menjadi makanan yang baik untuk membekalkan tenaga sepanjang hari serta mengekalkan pengeluaran susu ibu, apa kata cuba sediakan jus susu kurma ketika berbuka dan bersahur.

Baca : Air Nabeez, Infused Water Kurma Yang Melawan Pelbagai Penyakit

Cara Membuat Jus Kurma Susu

Berikutnya dikongsikan cara membuat jus susu kurma yang boleh dibuat sendiri dengan cepat dan mudah di rumah. Anda boleh buat dalam kuantiti yang banyak mengikut kehendak masing-masing. Semoga resepi membuat jus kurma bersama susu ini dapat membantu ibu-ibu yang ingin menambahkan susu badan serta boleh juga dijadikan hidangan minuman kurma untuk keluarga anda ketika waktu berbuka puasa.

Jus kurma banyakkan susu ibu
Banyak manfaat buah kurma dan susu kepada ibu yang sedang hamil atau ibu yang sedang menyusu bayi.

Bahan-bahan :

  • 7 biji buah kurma, buang bijinya (untuk 1 hidangan)
  • Air mineral secukupnya
  • Susu UHT (boleh juga guna susu kambing)
  • Tidak digalakkan menggunakan susu serbuk atau susu pekat manis

Cara-cara penyediaan Jus Kurma Susu :

  • Rendam kurma yang sudah dibuang biji di dalam air mineral hingga menutup permukaan kurma selama 1 malam. Anda boleh letak di dalam peti ais jika mahu sejuk.
  • Ketika waktu sahur, tuang kurma yang sudah direndam beserta air rendamannya. Tambahkan susu UHT secukupnya.
  • Kisar semuanya hingga halus.
  • Minum selepas selesai makan sahur.

Semoga resepi susu kurma ini memberi manfaat kepada semua dan selamat mencuba!

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments