in

Resepi Kuah Rojak Buah Paling Sedap & Simple (Bisnes Colek Buah)

resepi kuah rojak buah homemade

Resepi kuah rojak buah atau colek buah yang paling sedap dan berkualiti adalah yang buat sendiri di rumah tanpa bahan yang bukan-bukan lebih puas makan kerana boleh menjaga kebersihan selain dapat makan dengan lebih banyak dan dapat menjimatkan kos.

Cara membuat kuah rojak buah yang boleh dimakan dengan bermacam jenis buah ini sangatlah mudah rupanya. Rugi kalau tak mencuba kerana resepi kuah rojak buah yang dikongsikan sangat sedap macam beli di kedai atau lebih kurang macam brand colek buah Mak Bee yang original tu.

Sebenarnya resepi kuah rojak begini mempunyai bermacam versi dan style, ada yang buat tanpa menggunakan belacan atau pun pes udang. Walau bagaimanapun, memandangkan kita buat sendiri segala bahan-bahan boleh diolah mengikut kreativiti sendiri yang paling penting pastikan bahan utama harus ada supaya kuah rojak buah kita itu menjadi.

Lebih seronok bila buat sendiri kesedapannya kita yang tentukan dan silap hari bulan kita boleh buat bisnes kuah rojak colek buah kerana air tangan kita menjadikan kuah tersebut sedap dan pasti akan dipuji orang mendapat permintaan agar kita jalankan perniagaan kuah rojak ini.

Resepi Kuah Rojak Buah Homemade

resepi colek buah macam di kedai
Ini ke orang kata rojak tonggek yang boleh dibeli di kedai?

Ada orang kata resepi kuah rojak buah dari Thailand lebih sedap dari yang lain-lain dan resepi orang Cina juga ada kick. Sebenarnya di Malaysia dan orang Melayu juga mempunyai kepakaran untuk menyedapkan kuah rojak ini yang juga dipanggil sebagai colek oleh orang pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Berikut adalah cara membuat atau resepi kuah rojak buah berbagai versi yang dikongsikan oleh beberapa orang pengguna Facebook di mana resepi yang mereka kongsikan di media sosial telah mendapat perhatian ramai netizen dan ramai yang memuji resepinya sangat sedap dan berbaloi jika buat sendiri di rumah.

Resepi Kuah Rojak Buah Mak

Ini resepi kuah rojak buah dari mak saya. Kuah rojak ini tak menggunakan petis atau otak udang, tanpa guna cili kering, tak guna tepung jagung, tak guna air dan garam, tetapi hasilnya sangat sedap dan memuaskan.

tanpa belacan
Pasti ada yang mengidam nak makan rojak buah dan tengok gambar kecur air liur, kan? – Puan Norizan

Bahan-bahan

  • 1 botol kecil kicap masin (saya guna kicap Jalen lemak manis)
  • 1 botol kecil sos cili (Akak guna cap Kimball)
  • 1 kg gula pasir
  • 1/2 kg gula merah (Akak guna cap Bintang yang pek warna hijau)
  • 1/2 keping belacan
  • 1 1/2 sudu besar cili serbuk (pedas ikut selera masing-masing)

Nota : Saya letak dua sudu besar kuah dan agak pedas. kalau korang suka kurang pedas boleh letak satu sudu besar sahaja.

Cara-cara membuat :

  • Masukkan kicap, sos cili, gula pasir, gula merah, belacan, (lenyekkan dahulu hingga tidak berketul. Akak lenyek dengan sedikit air.
  • Kacau semua bahan-bahan sehingga sebati atau larut.
  • Masukkan cili serbuk, masuk secara sikit-sikit dan rasa kalau cukup pedas yang korang suka boleh stop.
  • Kacau semua bahan sehingga pekat likat berkilat. Tutup api.
  • Kuah akan menjadi pekat setelah sejuk secara keseluruhannya.

Nota : Masa untuk mengacau kuah rojak buah ini tidak terlalu lama kerana kita tak menggunakan air. So, dari situ kita dah jimat masa dan gas dapur.

Anda boleh masukkan penyedap rasa dengan kacang tanah tumbuk dan juga biji bijan putih yang disangai terlebih dahulu. Resepi kuah rojak buah ini dikongsi daripada Puan Norizan.

Resepi Colek Buah Ala Thai

Siapa suka makan colek buah Thai? Sedap kan dipping sos buah dia? Alhamdulillah saya dapat resepi 100% homemade dari orang Thai yang buat bisnes untuk jual. Ia lebih sedap dari garam belacan atau kuah rojak.

resepi kuah rojak thai
Kuah rojak buah resepi Thai juga ramai yang dah pandai buat. – Najwa Abdul Razak

Padu dengan rasa masam, masin, manis dan pedas. Yang mana jual buah-buah boleh buat menu baru untuk dijual. Petua nak colek buah sedap adalah dengan rendam buah dengan air sejuk berais dan campurkan sedikir garam dalam rendaman. Pasti sedap gila bila makan.

Ada yang buat resepi kuah rojak buah guna gula melaka, pada saya tak sedap sangat sebab dia manis sangat-sangat kalau letak banyak. Palm sugar ni dia natural sebab dihasilkan dari nira pokok kelapa, itu yang kick punya kalau buat paste mencicah atau somtam. Masakan orang Thau memang sedap kan?

Bahan-bahan

  • Gula Thai dalam 1/2 bungkus
  • Belacan sedikit untuk aroma
  • Sos ikan suku cawan
  • Bawang merah 3 biji diracik
  • Kelapa sangai RM1, sedap yang ni sebab sos jadi crunchy
  • Garam secukup rasa
  • Kacang goreng blend
  • Serbuk cili kering kasar atau chili flakes
  • Cili hijau 5 atau 6 biji dihiris
  • Sedikit udang kering

Cara untuk membuat :

  • Masak sos ikan dengan gula Thai dan belacan.
  • Buka api perlahan dan masak sampai mendidih terus tutup api.
  • Kemudian masukkan semua bahan-bahan tadi.
  • Buka api secara perlahan dan kacau sehingga sebati dan tutup api.
  • Biar sejuk dan terus boleh dimakan dengan buah pilihan anda.
colek buah campur
Cara membuat kuah colek ini simple saja tapi sedap tak terkata. – Najwa Abdul Razak

Serius, bila buat resepi kuah rojak buah ala Thai ini, yang lelaki tak suka makan colek boleh makan sampai kalah orang perempuan mengidam. Sedap sangat tak terkata. Resepi kuah rojak ini dikongsikan oleh Puan Wawa Zain.

Resepi Kuah Rojak Penang Style

Jangan tak percaya orang lelaki pun pandai buat kuah rojak dan resepi kuah rojak buah kali ini dikongsikan oleh seorang pakcik yang berkongsi resepinya ala Penang menerusi rakaman video di laman YouTube. Cara pakcik ni buat sangat mudah dan semua orang boleh membuatnya yang penting boleh tahan lama.

Apa lagi, jangan tunggu, teruskan dapatkan bahan yang perlu digunakan untuk resepi kuah rojak buah simple yang dikongsikan di atas. Anda boleh mencipta resepi sendiri dengan memasukkan bahan-bahan yang sesuai supaya menjadi lebih sedap lagi. Siapa tahu, resepi anda akan menjadikan anda kaya hanya dengan bisnes kuah rojak. Apa pun kalau sekadar suka-suka nak makan, tak salah pun mencuba, yang penting menjadi dan paling sedap.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

Comments