Nasi Mandy adalah sajian dari Arab Saudi iaitu negara Timur Tengah yang sememangnya sedap dan menyelerakan. Nasi Arab Mandy yang istimewa ini mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri, lebih-lebih lagi ia dimasak dengan ringkas dan mudah yang dikatakan sesuai dengan citarasa orang Melayu di Malaysia dengan menggunakan ayam.
Nasi Mandy biasanya digandingkan dengan daging kambing dan rempah-rempahnya yang menjadikan nasi ini sangat sedap. Cara memasak nasi ini juga tidak terlalu sukar, dengan hanya tengok resepi yang dikongsikan pasti menjadi dan boleh dimakan bersama keluarga.

Bagi yang sukakan Nasi Mandy ini, bolehlah anda mencuba masak sendiri di rumah dengan mengikut resepi Nasi arab ini yang juga dipanggil sebagai Nasi Kabsah. Perkongsian resepi Nasi Mandy diberikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad. Jika anda seorang pengguna Facebook pasti anda mengenali siapa lelaki ini dan mungkin anda pernah melihatnya.
Resepi Nasi Mandy Ayam
Bahan-bahan:
- 7 cawan beras Arab (beli di kedai runcit Arab) – untuk 10-12 orang makan.
- 8.5 cawan air.
- 1/2 cawan susu cair.
- 1/2 biji lemon.
- 3 helai daun bay.
- 2 sudu besar rempah nasi mandy.
- 2 biji bawang besar India.
- 3 ulas bawang putih.
- 1 inci halia.
- 2 batang kayu manis.
- 5 biji buah pelaga.
- 3 kuntum bunga lawang.
- 3 sudu besar minyak sapi.
- 1 sudu besar gula.
- 1 sudu kecil garam.
Cara Memasak Nasi Mandy
Cara untuk membuat nasi Arab yang popular ini, sila ikuti langkah-langkah dan cara memasak seperti yang dikongsikan dengan gambar berikutnya.

Kemudian tumis bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Sampai berbau harum satu rumah.

Sesudah itu, terus masukkan beras yang dah dibasuh bersih dan ditoskan. Kacau rata biar minyak sapi itu bergaul dengan beras.


Kemudian curahkanlah susu cair dengan kasih sayang. Kacau lagi.

Masukkan air. Dan kacaulah lagi.

Potong lemon. Ambil separuh sahaja. Kemudian perah masuk ke dalam periuk tadi. Separuh lagi buatlah lemoned.

Kemudian, taburkan rempah dan kacau rata lagi. Terus masukkan gula dan garam sekali ya.

Masukkan daun bay. Kacau lagi. Terus tutup dan on-kan ya. Jika anda guna pressure cooker ajaib, 8 minit high pressure yang perlu disetkan.


Titiskan pewarna kuning telur, kemudian gaul.

Siaaaap! Kalau nak bau smokey, ambil seketul arang, bakar sampai berasap, kemudian lubangkan tengah nasi itu, letak arang dalam aluminum foil, tutup balik periuk. Nanti berbaulah.

Baca : Cara Buat Serbuk Kunyit Sendiri Di Rumah (Kunyit Serbuk Homemade)
Bahan-bahan Ayam Nasi Mandy

- 1 ekor ayam, potong suka hati kau.
- 3 sudu besar serbuk kunyit,
- 1 susu besar serbuk jintan manis,
- 1 sudu besar serbuk nasi mandy,
- 1 sudu besar serbuk kari,
- 2 sudu besar serbuk cili,
- 1/2 biji perahan lemon,
- 2 sudu kecil garam,
- Beberapa titis pewarna kuning.
Cara-caranya ialah, gaul semua bahan. Kemudian letak dalam aluminum foil kalau ada, kalau tak ada kasi bakar ja dalam ketuhar selama 40 minit, suhu 180 darjah.

Nasi Mandy Daging Kambing dan Ayam
Berikutnya dikongsikan cara masak nasi arab mandy daging kambing dan ayam melalui rakaman video yang menunjukkan cara-cara memasak step by step.
Ada juga yang memanggil makanan ini dengan nasi beriani atau briyani mandy. Semoga perkongsian cara memasak Nasi Mandy ini dapat membantu anda untuk menghidangkan nasi ini untuk keluarga dan sebagainya. Terima kasih kepada Tuan Khairul Hakimin kerana memberikan keizinan untuk berkongsi resepi Nasi Arab Mandy ini.
Selamat mencuba.