in

Resepi Pajeri Nenas Simple Sedap dan Mudah (Terung & Kedondong)

cara memasak masakan pajeri nenas

Tak semua orang suka makan pajeri nenas dan pajeri terung tetapi mereka yang suka kebanyakannya tahu cara mudah untuk memasak makanan ini yang digandingkan dengan rempah kari serta santan dan beberapa bahan lain. Sebenarnya, untuk membuat makanan ini sangat simple dan mudah.

Untuk anda yang ingin tahu apakah resepi pajeri nenas yang sedap serta cara memasak dengan betul, tak perlu bimbang kerana ia sangat mudah dibuat dengan bahan-bahannya yang boleh didapati di rumah saja.

Walau bagaimanapun, bukan nenas sahaja yang boleh dibuat pajeri malah sayuran dan buah lain juga boleh dimasak dijadikan masakan ini. Antara yang sering dibuat seperti sayuran terung, kedondong dan juga mangga putik. Jika anda nak buat pajeri terung atau kedondong tukarkan nenas kepada terung atau buah kedondong dan bahannya sama saja.

paceri nenas tanpa santan
Nenas yang manis akan menyedapkan lagi pajeri yang dimasak.

Namun, pajeri mempunyai berbagai versi dan nama serta campuran bahan-bahannya ada berlainan mengikut negeri tetapi bahan asas masih sama. Dikatakan pajeri nenas Utara, Kelantan, Terengganu, Jawa dan Sarawak mempunyai sedikit perbezaan.

Apa yang pasti pajeri nenas yang sedap dan simple pastinya bersantan dan sama ada kuah yang cair atau pekat, anda tentukan sendiri mengikut kehendak masing-masing. Ada sesetengah orang lebih sukakan masakan ini tanpa kuah dan air iaitu pekat dan kering. Sesetengah pula sukakan berkuah seperti masakan gulai atau kari.

Berikut dikongsikan resepi pajeri nanas dengan cara masak mengikut citarasa Puan Ainn Mustafar yang menganggap cara memasak masakan pajeri ini terlalu senang dan anda tak perlu pening kepala memikirkan cara untuk membuat pajeri ini.

Resepi Pajeri Nenas Simple dan Sedap

resepi pajeri nenas udang yang simple
Masakan pajeri nenas ini dikongsikan oleh Puan Ainn Mustafar

Nenas setengah biji dan potong ikut suka. Sis suka kecik kecik macam ni, senang makan. Kalau nak buat pajeri terung, tukarkan nenas kepada terung dan potong terung mengikut kesesuaian anda sendiri.

Bahan Kisar:

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia seinci
  • Udang kering 2 sudu (boleh ganti dengan ikan bilis)

Bahan-bahan Penting

  • Rempah kari daging 2 sudu
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Santan suku atau setengah kotak (brand Kara)
  • Kerisik 2 sudu

Cara-cara Memasak

  • Tumis bunga lawang, kayu manis, daun kari dan bahan blend sampai perang dan naik bau.
  • Masukkan rempah kari (campur air). Masak sampai hilang bau rempah dan naik minyak.
  • Masukkan nenas dan tambah air. Biarkan sampai nenas lembut. Air letak sikit-sikit mengikut kepekatan yang anda suka.
  • Masukkan santan dan kerisik. Perasakan garam gula dan ajinomoto sikit. Ikut selera masing-masing.

Sis suka manis-manis sikit. Masak sampai pekat dan pecah minyak. Siap!

Baca : Buat Ubat Batuk Sendiri Guna Nenas Untuk Dewasa dan Bayi

cara masak parjeri mudah
Masakan pajeri nanas tanpa santan dikongsikan oleh Puan Arieza Rieza.

Pasti ada yang bertanya bagaimana cara nak masak dan resepi pajeri nenas tanpa santan? Sebenarnya tak susah pun. Bahan asas masih sama dan cara nak buat pun sama, apa yang penting tidak bersantan dan tak masukkan santan ke dalam masakan itu tadi iaitu tanpa santan. Kan?

pajeri terung resepi mudah
Pajeri terung campur nenas memang terbaik. – Puan Masni Bahari

Tapi macamana pula pajeri nenas utara? Apakah bezanya? Perbezaannya adalah bahan-bahan keseluruhannya sama tetapi ditambah dengan satu bahan lain iaitu  gula merah atau juga dipanggil gula nisan di sesetengah tempat. Masukkan gula putih dan gula merah pasti terjadi masakan pajeri nanas utara. Jika digantikan dengan terung, jadilah pajeri terung utara.

Pajeri nenas yang masih panas memang sangat sedap dimakan bersama nasi yang baru saja diangkat dan dimakan bersama ikan masin atau telur masin bagi sesetengah orang. Walau apapun setiap dari kita mempunyai selera dan citarasa masing-masing. Selamat mencuba.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments