Roti burger mini, gebu dan lembut memang boleh dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan tepung roti dan juga tepung gandum. Mulai sekarang tak perlu lagi membeli di Mc Donalds atau di kedai kerana cara membuat roti burger homemade sangat mudah dengan mengikut resepi.
Bermacam aneka roti yang boleh dibuat dengan sedap jika kita tahu resepi untuk membuatnya dan lebih seronok jika roti burger yang kita buat tu menjadi dengan sedap dan tembam yang dikatakan kesedapan roti adalah berpunca daripada uli adunan roti dan juga bahan-bahannya.

Lebih baik buat roti sendiri daripada beli di kedai selain berpuas hati, kebersihan roti juga terjamin malah berbaloi-baloi kerana dapat berjimat dan bebas dari segala bahan pengawet yang biasanya turut dimasukkan ke dalam makanan untuk tahan lama dan tidak mustahil roti burger juga salah satu daripadanya.
Resepi adunan roti bun burger yang dikongsikan oleh Puan Saya Lieynda ini untuk mendapatkan sebanyak 8 sehingga 10 biji roti burger dan ia bergantung dengan kuantiti kecil atau besar dan banyak doh roti yang dibancuh itu tadi.
Resepi Roti Burger Homemade
Bahan-Bahan Roti:
- 250 gram tepung high protein / tepung roti
- 50 gram tepung gandum
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 besar tepung susu
- 1 ½ sudu teh yis Kering
- 1 biji telur (kecil) – (simpan sikit telur untuk buat gliss pada roti nanti)
- 2 sudu besar marjerin
- 100 ml susu segar
- 60 ml air suam
Baki telur tadi + 1 sudu kecil susu segar + beberapa titik madu
Baca juga : Cara Buat Burger Sedap dan Resepi Burger Malaysia
Cara Buat:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
2. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Biarkan doh selama 1 jam.
3. Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh (Bulat-Bulatkan) mengikut besar yang anda suka.
4. Atur roti bun burger yang telah disediakan ke dalam acuan bulat yang dah disapu minyak. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger.
6. Akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
Daging:
Saya guna daging kisar Ramly. Gaulkan daging bersama lada sulah, gula dan garam sedikit.
Saya bulat-bulat dan leperkan daging, bakar atas pan nonstick. Letak majerin dulu sedikit sebelum bakar.
Sayur sayur lain suka hati nak letak apa. Akak tak de tomato, salad, letak kubis bawang besar dan daun pak choy ja.
Baca juga : Resepi Daging Burger Buatan Sendiri Sedap dan Mudah (Homemade)
Siap untuk dimakan dan dihidangkan. Roti bun burger ini juga boleh dibuat dengan berwarna mengikut kreativiti masing-masing, ada yang suka warni-warni perlu ditambahkan dengan pewarna dan mungkin lebih ramai yang suka makan roti burger yang biasa.
Video Cara Buat Roti Burger
Berikutnya video yang menunjukkan cara membuat roti khas untuk burger atau harmburger yang sangat lembut dan gebu serta yang sewaktu dengannya.
Resepi buat roti burger yang dikongsikan oleh Puan Saya Lieynda ini jika dipandang pertama kali kelihatan seperti roti yang dibeli di mana-mana kedai iaitu roti burger Ramly yang sangat popular di Malaysia. Semoga bermanfaat.
Loading…