in

Resepi Sambal Ori Belacan Tomyam Padu, Perkongsian Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam

Resepi Sambal Ori Belacan Tomyam Padu, Perkongsian Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam

Sambal belacan merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Namun bagi penggemar sambal belacan jika makan nasi berlauk sedap macam mana pun jika ada sambal belacan yang sedap dan padu mesti tak boleh tinggal. Makan bersama sambal belacan merupakan satu kepuasan sebagai pelengkap hidangan.

Maka perkongsian kali ini akan dikongsikan cara membuat sambal belacan tomyam yang sememangnya sangat sedap dan padu. Perfect! Cukup semua rasa.. masamnya, masinnya, manisnya, pedasnya. Sambal belacan thai ini salalunya menjadi tarikan utama di kedai-kedai Tomyam.

Nak tahu rahsia buat sambal belacan yang padu?

Ikuti perkongsian oleh Ummu Naim Qalaq di bawah. Menurutnya, resipi ini dipelajari dari isteri tokeh kedai tom yam melayu siam. Jom cuba!

SAMBAL BELACAN TOMYAM YANG SEDAP DAN PADU!
(Saya belajar dengan isteri tokeh kedai tom yam melayu siam)

Resepi asal cili api semata.. tapi saya olah campur cili merah sikit

BAHAN-BAHAN :
10 biji cili api + 3 biji cili merah
3 ulas bawang putih yang besar (kalau kecil, letak 5 ulas)
Belacan (guna belacan hitam + putih, bakar/goreng dahulu)
Gula
Garam
Ajinamoto jika suka
Asam kasturi (ambil jus sahaja, ambil agak banyak biar rasa masam)
Sedikit cuka
CARA-CARA MEMBUATNYA :
1. Kisar semua bahan guna butang pause. Tak nak terlalu halus. (supaya kasar macam di kedai tomyam yang selalu kita makan tu

2. Perasakan dengan secukup rasa.

3. Siap

Nota: Belacan hitam tu belacan belah utara. Sedap belacan ni.

Boleh buat stok sambal ni banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Nak makan tinggal ambik je.

Saya dah guna resepi puluhan tahun, Selamat Mencuba

Sumber/Foto : Ummu Naim Qalaq via Rencah Rasa

BACA : Amalkan Solat Sunat Taubat Setiap Hari Supaya Hati Kita Sentiasa Tenang

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0