Pasti ramai orang yang sukakan masakan makanan Thailand terutamanya Tom Yam. Kami kongsikan resepi tomyam Thai paling sedap, pekat dan terangkat. Yang paling penting cara masak memang sangat mudah, simple dan cepat.
Sebenarnya, resepi tomyam Thai ada bermacam versi sama ada tumis atau tidak, pekat atau cair, ada yang guna susu atau santan, pes segera atau buat sendiri dan macam-macam lagi rahsia yang tak semua orang tahu.
Di sini dikongsikan resepi tomyam ala Thai yang rasanya sedap macam beli di kedai dan restoran-restoran Thailand. Pemilik resepi menyatakan beliau pernah berkerja di kedai makan yang menjual tomyam paling sedap.
Jadi tak hairanlah kalau dia tahu bagaimana untuk menyedapkan masakan ini. Katanya barulah dia tahu macamana untuk pekatkan kuah tomyam yang selama ini menjadi tanda tanya dan buat beberapa kali tak pernah sedap.
Resepi Tomyam Thailand Pekat dan Sedap
Bahan-bahan Kuah Tomyam
- Pes tomyam
- Jus limau nipis
- Lobak merah
- Bawang Holland
- Putik jagung
- Bunga kobis
- Buah tomato
- Daun ketumbar
- Daun limau purut
- Limau kasturi 4/5 biji
- Udang atau sotong
- Dua ulas bawang putih
- Dua batang serai yang diketuk
- Air basuhan beras pertama atau kedua
- Gula
- Garam
1. Pes tomyam Thai boleh didapati di mana-mana kedai dan pasar raya. Sebaiknya beli pes tomyam segera seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah dan anda boleh pilih sama ada nak yang pedas atau tak pedas.
2. Jus limau, ini wajib ada dan guna dalam dua sudu saja untuk dimakan 4 atau 5 orang, pastikan jangan berlebihan nanti rasanya akan pahit.
3. Lobak merah, bawang Holland, putik jagung, bunga kobis, tomato, daun ketumbar, daun limau purut dan limau kasturi 4 atau 5 biji saja.
4. Udang dan sotong, kalau nak tambah lala pun boleh dan bahan-bahan lain yang sesuai mengikut selera anda sendiri.
5. 2 ulas bawang putih dan dua batang serai diketuk-ketuk.
6. Air beras basuhan pertama dan kedua wajib ada dan kita tak guna air putih biasa. Kalau dulu saya kerja kedai makan, setiap kali masak nasi, air beras ini akan diasingkan dan ditapis untuk kegunaan resepi tomyam Thai.
Cara-cara membuatnya:
1. Masak air beras itu tadi sehingga mendidih dengan menggunakan api yang besar, kemudian masukkan pes tomyam, bawang putih, serai, jus limau, perahan limau dan masukkan garam, tambahkan ajinomoto. Saya masak tak tambah bahan perasa.
2. Kemudian biarkan sehingga mendidih dengan api yang besar, masukkan daun limau purut, masukkan seafood udang, sotong atau daging dan sayur-sayur itu tadi.
3. Kacau sehingga beberapa minit dan tak perlu lama. Yang penting dengan menggunakan api yang besar. Akhir sekali masukkan hirisan bawang Holland, tomato dan cili yang diketuk.
4. Kemudian, padamkan api dan masukkan daun ketumbar. Pastikan garam, gula dan masam semua terasa. Maka siaplah sudah resepi tomyam Thai yang teramat pekat dan sedap ini. Mudah tak cara nak masak dia?
Resepi Tomyam Ala Thai ini dikongsikan oleh Suisan Aliezsha di Facebook MAHN. Anda boleh mencuba dan boleh juga menambahkan bahan-bahan lain mengikut kreativiti dan juga selera anda. Pastikan semua bahan asas tetap ada.
Resepi Tomyam Ala Thai Macam Kedai
Bahan-bahan A
- Ayam atau seafood
- Sebiji bawang besar atau bawang Holland
- 4 ulas bawang putih diketuk
- Dua batang serai diketuk dan dihiris menyerong
- Enam helai daun limau purut
- Lengkuas dihiris
- Cili padi diketuk
- Akar daun ketumbar
- Bunga kobis yang putik
- Jagung yang putik
- Carrot yang comel
- Buah tomato yang segar
- Cendawan beli selepas hujan
Petua nak sedapkan tomyam adalah berpunca daripada akar ketumbar dan lengkuas. Inilah petua tomyam sedap macam beli dikedai kalau nak tahu.
Bahan-bahan B
Pes tomyam botol kecil dan serius inilah pes tomyam yang pekat dan paling sedap. Kalau tak ada brand ini, brand lain pun boleh.
Pes cili Thai yang boleh dibeli di Aeon, Tesco dan lain-lain. Susu cair sejat. Daun ketumbar dihiris
Kesemua bahan-bahan di atas adalah bahan-bahan rahsia yang akan menyedapkan resepi tomyam ala Thai ini. Pastikan guna daun ketumbar bukannya daun sup ye.
Cara-cara memasak kuah tomyam:
Anda perlu masukkan dua liter air atau lebihkan sedikit tak apa mengikut kehendak dan agak-agak sendiri dan jangan terlebih air.
Masukkan akar ketumbar, pastikan anda mencuci sebersihnya sebelum masukkan akar tersebut. Mengapa akar ketumbar? Ini rahsia dan petua sedapkan resepi tomyam Thailand.
Selepas air mendidih, masukkan ayam dan pastikan sehingga ayam bertukar warna menjadi putih supaya ia lebih sedap dimakan. Boleh juga guna daging, sotong, udang dan lain-lain.
Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah dihiris bersama bahan yang telah diketuk itu tadi.
Kacau semua bahan sehingga sebati. Masukkan pula satu botol pes tomyam segera. Saya hanya menggunakan botol kecil saja. Jika guna botol besar, anggarannya dalam 5 atau 6 sudu besar.
Masukkan pula empat sudu kecil perencah tomyam atau pes chili Thai.
Kacau semua bahan sehingga sebati dan boleh masukkan garam, serbuk perasa sehingga cukup rasa dan sedap terangkat.
Baca Juga : Cara Buat Pes Masakan Thai
Akhir sekali masukkan semua sayur dan anda boleh tambahkan sayur yang sesuai selain daripada sayur yang dinyatakan seperti batang saderi dan sebagainya.
Pastikan sayur telah masak atau empuk, jangan tinggalkan masakan tomyam ini bersendirian pula.
Setelah semuanya mendidih cantik, masukkan sedikit susu cari sejat dan jangan terlalu banyak dan agak-agak dalam 4 sudu besar sahaja. Kacau sehingga sebati dan seterusnya tutupkan api.
Step yang terakhir seperti dikongsikan oleh Puan Miya Aira ini di Facebook adalah taburkan daun ketumbar tadi dan tak perlu menggunakan perahan air limau sebab pes tomyam telah pun terasa masam dan sedap.
Rahsia tomyam sedap juga perlu diingatkan sekiranya ada bahan yang anda tak suka jangan masukkan kerana nanti jadi tak sedap. Apa pun semuanya terpulang pada anda untuk menentukan kesedapan resepi tomyam Thai anda ini.
Baca : KAJIAN: Makan Tom Yam Kurangkan Risiko Kanser – Saintis MARDI
Rupanya cara nak buat tomyam pekat kena tambah susu atau santan, tak pernah tahu pulak sebelum ni dan yang menariknya rahsia tom yam sedap juga daripada akar ketumbar serta air basuhan beras. Mungkin tak semua tahu resepi rahsia tomyam ala Thai paling sedap ini.
Semoga perkongsian cara menyedapkan tomyam dan resepi tomyam Thailand ini akan membantu anda untuk menyediakan masakan yang amat digemari oleh semua orang ini. Pasti menjadi jika anda ikut step by step cara masak seperti dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Loading…