Rezeki 20 Sen? Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini sudah tertulis rezeki masing-masing yang telah ditentukan oleh-Nya. Berbagai jenis rezeki yang dipunyai oleh setiap orang sama ada diberikan kesihatan yang baik, zuriat yang banyak, kemewahan hidup dan sebagainya. Yang pasti tidak semua orang mempunyai rezeki yang sama dan disebabkan itulah kita dituntut untuk membantu antara satu sama lain.
Perkongsian Wan Mohd Hafiz di laman Facebook telah menarik perhatian ramai apabila dia menyaksikan sendiri bagaimana rezeki seorang makcik dengan hanya 20 sen (rezeki 20 sen). Menurutnya peristiwa tersebut telah berlaku semalam iaitu Sabtu ketika dia sedang berada di sebuah stesen minyak.

“Semalam, aku di stesen minyak, tengah beratur nak bayar, depan aku ada tiga orang. Depan sekali ada makcik berbaju kurung, pakai pouch bag yang agak lusuh, tengah keluarkan duit.”
Menurut Wan lagi, makcik berkenaan meletakkan sekeping duit RM5 dan sebekas duit syiling di kaunter pembayaran. Wan dapat melihat sendiri bagaimana riak wajah makcik terbabit yang kelihatan serba salah kerana berikan duit syiling untuk membuat pembayaran minyak petrol kepada juruwang berkenaan.
“Dik, kancil pam 4 tu. Isi minyak kuning. 9 ringgit 80 sen…”
Pekerja tersebut dilihat turut memandang dengan rasa serba salah terhadap makcik itu.

“Hmmm.. Lagi 20 sen tak ada ke cik?”
Makcik tersebut hanya mampu menggelengkan kepada dan menyatakan bahawa itu sahaja yang dia miliki sekarang. Dengan tiba-tiba seorang lelaki yang ketika itu berada di belakang makcik berkenaan meletakkan sekeping note RM10 yang berada di tangannya ke kaunter pembayaran.
“Nah, ni RM10. Campur RM9.80 makcik tu jadi RM19.80.”
Wan memberitahu dia dengan jelas dapat melihat riak wajah makcik terbabit yang kelihatan sangat terkejut dengan kebaikan hati budi lelaki tersebut. Lelaki itu juga sempat menyatakan kepada makcik tersebut,
“Tak apa cik, rezeki lebih. 20 sen saya tak ada, RM10 saya ada lebih…”
Inilah yang dikatakan percaturan Allah yang sebenar-benarnya sangat indah dan cantik sekali. Sekali lelaki lain dilihat dengan sukarela turut memberikan pertolongan kepada makcik terbabit apabila turut memberikan duit sebanyak RM30 kepadanya. Lelaki itu turut berkata kepada makcik tersebut,
“Ini 20 sen, cukupkan yang tak cukup tu. Tambah lagi RM30 ni cukupkan RM50. Minyak kancil RM50 boleh tahan lama sikit cik…”

ALLAHUAKBAR!!!
Kerana terharu dengan kebaikan dan keikhlasan lelaki itu, makcik itu memberikan ucapan terima kasih yang tak terhingga bersama air matanya berlinangan yang jelas kelihatan di matanya. Dia mungkin sedih bercampur gembira kerana pertolongan yang diberikan sedemikian langsung tidak dijangka.
“It was amazing.. Beyond miracle. Dalam kereta air mata jantan aku berguguran jatuh. Memang hebat aturan Ilahi tentang rezeki.”
Ketika itu, Wan berkata dia merasa malu kerana beberapa hari lalu dia sering mengeluh apabila wang sakunya sebanyak RM30 ribu habis begitu sahaja dalam masa 4 bulan, sedangkan amsih lagi ada orang yang lebih susah daripadanya.
BACA : Kisah Benar!! Rahsia 7 Amalan Suami Isteri Ini Kaya Raya Rezeki Datang Tidak Putus-putus
“Tapi dengan hanya 20 sen, Allah ceritakan pada aku tentang rezeki, malu rasa hati tapi alhamdulillah, aku dapat menyaksikan sebuah cerita yang hebat.”
Tabik spring kepada semua lelaki-lelaki yang telah berikan pertolongan kepada makcik tersebut. Semoga mereka yang sering membantu orang lain dengan ikhlas akan terus dimurahkan rezeki. Kepada makcik itu, semoga dipermudahkan segalanya.
Loading…