Rindu sangat Sebak, adik menangis cium salinan kad pengenalan arwah abang
Setiap yang bernyawa pasti akan mati dan apa yang lebih memeritkan apabila ahli keluarga terpaksa menerima hakikat kehilangan insan tersayang dalam hidup mereka.
Manakan tidaknya, ditinggalkan sehari sahaja sudah cukup derita menanggung rindu, ini kan pula pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
BACA : Daie Syed Dibebaskan 20 Tahun Hukuman Penjara, Ada Yang Tak Puas Hati??
Adik rindu arwah abang.
Terbaru, tular sebuah video di laman TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak sambil memegang sekeping kertas sebelum menyerkup mukanya.
Difahamkan, kanak-kanak lelaki tersebut terjumpa salinan kad pengenalan milik arwah abangnya tersebut di dalam almari ketika pulang dari sekolah.
Tak kuat tengok adik macam ni…
Menurut Tacaa, dia tidak sanggup melihat adik bongsunya menangis sambil meratap salinan kad pengenalan milik abang kandung yang paling rapat dengannya.
Dia rindu sangat tu…
Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi dapat dilihat dan kebanyakan di kalangan warganet mengatakan budak lelaki itu amat merindui arwah abangnya. Iyalah, siapa sahaja tidak merindui orang yang paling rapat dengan kita apabila mendapat tahu mereka sudah tiada buat selama-lamanya.
Mesti abang kesayangan tu.
Semoga adik terus kuat, nanti jumpa abang dekat syurga tau…
Tidak kurang juga, ada yang memberikan kata-kata semangat kepada adik tersebut.
Sumber; TikTok @tacaaanuar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat
Loading…