Pada masa kini mungkin ada dalam masyarakat kita yang mempercayai bahawa arwah orang yang telah meninggal dunia atau roh orang mati masih lagi berada di rumah selama 40 hari, walau bagaimanapun, ada diantara kita yang masih bertanyakan tentang kebenarannya adakah ianya benar atau satu cerita rakyat.
Mungkin anda atau rakan anda pernah mengalaminya apabila ada saudara yang meninggal dunia dan kemudiannya beberapa hari selepas kematiannya ada kejadian-kejadian aneh berlaku dan bahkan ada suara-suara yang datangnya dari dalam rumah yang mengatakan kedatangan roh orang mati balik.
Maka timbullah berbagai spekulasi yang adanya arwah yang baru sahaja meninggal dunia itu berada di rumah selama 40 hari daripada waktu kematiannya. Ramai yang percaya akan cerita ini, malah ada juga yang tidak mempercayainya.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik kita melihat perkara ini dengan mengikut pandangan Islam yang sebenarnya dan pasti anda akan tahu apakah benar roh orang mati akan berada di rumah selama 40 hari selepas mati.
Roh Orang Mati Berada di Rumah Selama 40 Hari Selepas Kematian?
Arwah yang telah pun meninggal dunia dan masih lagi tinggal di rumah selama 40 hari selepas kematiannya merupakan kepercayaan para orang-orang tua pada zaman dahulu kala, tetapi akhirnya ia menjadi kepercayaan turun temurun sehingga ke anak cucu dan zaman sekarang termasuk juga di kalangan orang-orang Islam.

Perkara ini harus diterangkan kebenarannya mengikut pandangan Islam itu sendiri supaya ianya tidak menjadi cerita yang biasa sehingga terus diyakini dan diceritakan kepada seluruh keturunan yang menyebabkan menjadi kepercayaan.
Ada tiga perkara yang harus diingatkan tentang orang yang telah meninggalkan dunia itu, segala urusan duniawi dengan sendirinya sudah terputus dan hilang serta merta, kecuali tiga perkara yang berikutnya;
- Doa oleh anak yang soleh.
- Ilmu yang berguna.
- Amal Jariah.
Selepas kematian seseorang itu, arwah si mati tidaklah berada di rumah sepertimana yang dikatakan sesetengah orang yang mempercayai bahawa arwah si mati berada di rumah selama 40 hari, malah sememangnya tiada Nas yang ditemui yang menyatakan tentang hal berkenaan. Sekiranya arwah si mati masih berada di rumah, bermakna arwah masih lagi berurusan dengan hal-hal dunia.

Walau bagaimanapun, ada diterangkan tentang arwah-arwah yang telah meninggalkan dunia itu akan merasakan kententeraman di alam barzakh yang luas bagi orang-orang yang beriman di mana dikatakan kenikmatan dan rezeki yang begitu banyak di dalamnya.
Rahsia di balik 40 hari sesudah orang yang beriman meninggal tempatnya adalah di alam yang penuh dengan nikmat, sedangkan arwah orang-orang kafir bakal merasakan siksa dan kesusahan di barzakh yang sempit.
Allah SWT juga ada berfirman bahawa ada barzakh di hadapan mereka sehingga pada waktunya mereka dibangkitkan.
Sekiranya masih ragu, ada hadis yang menerangkan dan menceritakan tentang kisah perjalanan arwah dari ketika nyawa dicabut oleh malaikat, dari jasad yang dibawa ke langit sebelum pengembalian kembali arwah ke jasadnya yang ada di alam kubur atau barzakh itu tadi.

Setelah itu, proses berlanjutan di mana malaikat akan menanyakannya supaya boleh memutuskan di mana ia harus menunggu sehinggalah sampai hari kiamat itu datang.
Mengikut kepercayaan selama 40 hari orang yang telah meninggal itu berada di rumah tetapi sebenarnya nanti ia akan ditempatkan oleh malaikat untuk menunggu hari kiamat sebelum diputuskan apakah ia nanti bakal di alam kubur penuh siksa atau yang penuh nikmat berdasarkan amalan yang dilakukannya selama ia masih hidup di dunia.
Ketika hari kiamat datang, mereka akan dibangkitkan kembali, maksud yang menyatakan selama 40 hari arwah bakal berada di rumah itu tidaklah ada kerana ternyata perbezaan dimensi dengan orang-orang yang masih hidup.

Berhati-hatilah selalu kerana iblis akan terus mencuba untuk memesongkan manusia daripada jalan Allah SWT dan akan membuatkan manusia tersebut mempercayai perkara-perkara yang tidak masuk akal, malah tidak terdapat dalam hadis dan nas mana pun tentang perkara ini.
Baca : Doa Untuk Orang Tua Yang Sudah Meninggal Dunia
Adalah lebih baik sekiranya kita merujuk kepada mereka-mereka yang lebih arif tentang ilmu agama Islam dan jangan sekali-kali mempercayai perkara yang belum tentu akan kesahihannya kerana arwah atau roh orang mati masih berada di rumah selama 40 hari itu dikatakan adalah salah satu cara iblis dan syaitan yang ingin membuatkan manusia itu terjerumus ke lembah yang sesat.
Jadi, masalah berkaitan denganroh orang mati masih berada di rumah selama 40 hari itu ternyata tidak benar sama sekali. Untuk lebih pasti anda perlu merujuk kepada alim ulama yang lebih tahu tentang ini. – Kumpulan Misteri
3 Comments
Leave a Reply