in

Sakit Lutut Selepas Berlari (Punca Kesakitan dan Cara Merawat Terbaik)

Cara merawat sakit lutut dan sakit sendi tulang

Sakit lutut amat menyakitkan terutama selepas bersenam, berlari atau melakukan aktiviti tertentu. Kadangkala ia akan berdenyut-denyut malahan apabila lutut bergesel juga akan berbunyi kruk-kruk. Sakit yang berkait dengan sendi ini biasanya dialami oleh mereka sama ada lelaki atau wanita yang telah berusia tak kurang juga yang masih di usia muda remaja.

Sakit lutut yang biasa iaitu sakit di lutut atau Patella sememangnya tidak asing lagi bagi seorang pelari dan 3-4 daripada 10 kecederaan yang berlaku kepada pelari adalah di bahagian lutut. Dalam jumlah ini pula kebanyakannya mengalami sama ada Patella Femoral Syndrome atau Iliotibial Syndrome (ITBS).

Mereka yang menghadapi masalah penyakit lutut ini pasti akan mencari cara untuk merawat sakit lutut atau sakit sendi sama ada berjumpa pakar untuk rawatan fisioterapi, ubat di farmasi dan sebagainya. Namun, ada juga yang lebih selesa mencuba dengan cara kampung iaitu menggunakan petua tradisional yang dikatakan berkesan dan boleh mengatasi permasalahan ini.

Punca Sakit Lutut

Cara merawat sendi lutut
Apabila lutut sakit, ia akan menganggu pergerakan kita dan aktiviti harian.

Berbagai faktor dan jenis kesakitan ini yang berlaku di lutut kanan atau kiri telah dikenalpasti oleh mereka yang pakar. Berikut dikongsikan antara punca yang sering berlaku kepada lelaki dan wanita:

Overuse atau Overloading

Perkara ini berlaku apabila lutut terdedah kepada keadaan yang menyebabkan ia digunakan lebih daripada kemampuannya samada terlalu laju ketika turun bukit, overstriding, atau berlari atas permukaan yang tidak rata dalam jangka masa yang lama. Dalam kebanyakan punca, ini punca paling utama.

Biomekanikal

Mereka yang mempunyai flat foot dan high arch adalah mereka yang berisiko untuk sakit lutut kerana tanpa sokongan arch yang betul, ia akan menyebabkan satu tindakan biomekanikal yang mendedahkan lutut untuk lebih terdedah untuk menerima impak ketika berlari.

Kelemahan Fungsi Otot

Lutut disokong oleh beberapa otot dan ligament, kelemahan otot-otot ini mengurangkan kestabilan lutut. Antara yang dikenalpasti adalah seperti kelemahan otot quadriceps, iliotibial band dan otot hamstring yang ketat mahupun otot tulang pinggul yang lemah.

Cara Merawat dengan Rawatan Terbaik

petua tradisional hilangkan sakit sendi
Senaman yang mengaitkan lutut juga harus dilakukan untuk kekuatan sendi.

Kebanyakan sakit lutut boleh dirawat secara konservatif atau dengan cara senaman. Ketika sakit, larian perlu dikurangkan atau berubah kepada sukan yang kurang impak seperti eliptical, basikal, berenang.

Senaman yang menguatkan otot-otot yang menyokong sendi lutut (knee strengthening exercise) juga boleh membantu mengurangkan dan menghilangkan kesakitan.

Ada beberapa bukti kajian mengatakan knee brace dan tapping boleh membantu, namun kajian terperinci masih diperlukan.

Sekiranya sakit berterusan berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan seterusnya.

Cara Mencegah Sakit di Lutut

  • Naikkan jarak larian beransur-ansur.
    sekiranya melakukan larian di permukaan yang tidak rata seperti larian denai, kawal kelajuan, sekiranya tidak biasa dengan kelajuan tersebut, tingkatkan kelajuan perlahan-lahan.
  • Jika ingin berlari lebih laju, naikkan cadence atau jumlah langkah dan elakkan melangkah lebih jauh atau overstriding.
  • Pakai kasut yang selesa dan sesuai dengan keadaan kaki anda.
  • Sekiranya anda tidak biasa turun bukit dengan laju, kawal kelajuan dari awal sebelum mula turun dan rancang langkah anda.
  • Melakukan senaman-senaman knee strengthening exercise yang menguatkan lagi otot-otot yang menyokong sendi lutut.

Kalau kita lihat video pelari denai elit, kita boleh lihat betapa stabilnya setiap langkah mereka apabila setiap kali kaki mereka mendarat. Ini hasil otot-otot yang menyokong mereka itu kuat dan menjadikan sendi itu stabil.

Jadi kita kena sedar diri dan sedar kemampuan. Janganlah lari membuta tuli. Keseronokan larian masih boleh dikecapi dan kecederaan itu boleh dielakkan.

Sama-sama kita jaga lutut kita supaya kita boleh terus berlari lebih jauh dan lebih laju lagi.

Dr Fadly Khairie
Doktor Kesihatan Awam
Medical Mythbusters Malaysia

Cara Merawat Sakit Lutut Supaya Tulang Rawan Sihat

Cara merawat sakit lutut secara tradisional yang digunakan untuk merawat penyakit lutut supaya tulang rawan akan kembali pulih seperti biasa yang dikongsikan Md Rosdi Hassan ini amat mujarab selain menjadi penawar untuk menghilangkan kesakitan. Ikuti perkongsian berilmu beliau.

menambah cecair lutut
Sendi dan lutut kedua-duanya saling berkaitan.

Semasa di tangga masjid tadi saya tengok seorang lelaki yang agak berumur terkial-kial berjalan sambil menahan lututnya memanjat tangga masjid, jadi saya cuba membantunya waktu memanjat anak tangga masjid kerana melihat lelaki itu menahan kesakitan di lututnya ketika ia melangkah kakinya sehinggalah sampai ke kerusi untuk ia duduk.

Oleh kerana peristiwa tadi, jadi saya ingin berkongsi petua bagaimana cara kita hendak merawat penyakit lutut ini sama ada masalah Osteoartris sebab faktor penuaan atau bursitis tulang rawan rosak dan juga kista baker iaitu cairan sinovial di belakang sendi kita berkurangan.

Cara untuk menghilangkan sakit sendi dan lutut ialah menggunakan petua orang tua-tua dahulu sahaja dan percayalah, tak berguna kalau kita menggunakan minyak sapu yang panas yang lega bersifat sementara kerana ia hanya merosakkan lagi sendi lutut kita yang disebabkan bahan kimia yang terdapat pada minyak panas itu.

Baca : Pokok Tetulang Mampu Merawat Tulang Patah, Sakit Sendi Tulang, Ketuat dan Bisul

Petuanya mudah sahaja kerana ia akan merawat rawan kita dan lendir di lutut kita.

Telur ayam kampung hanya putih telur diperlukan.
Tiga biji bawang ros India jantan untuk digunakan dalam campuran ubat ini.

Caranya ambil tiga biji bawang ros india jantan lalu ditumbuk hancur dan campurkan dengan sebiji putih telur (telur kuning jangan diambil) ayam kampung ke dalam cawan kemudian kacau hingga larut dan minum sehingga habis. Berselawatlah ke atas Nabi kita waktu nak minum.

Lakukan dua kali sehari In Sha Allah kalau sesiapa dapat amalkan pekara ini selama dua atau tiga bulan lututnya akan pulih seperti biasa kerana petua tadi merawat tulang rawan dan cecair sendi kita seperti mula asal.

Nak tahu bawang jantan macam mana pergi tanya orang tua2.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments