in , ,

Petua Sakit Senggugut dan Cara Hilangkan Senggugut (Haid)

Cara hilangkan senggugut

Sakit senggugut sememangnya sangat perit iaitu sakit perut ketika haid atau semasa datang bulan (period), hanya kaum wanita yang mengalami sakit sengugut saja yang tahu betapa seksanya kesakitan ini. Ramai yang menghadapi sakit seperti ini dan mencari cara hilangkan senggugut dengan cepat.

Sakit Senggugut Sakit Perut Kerana Haid?

Apa itu senggugut dan apakah punca sengugut? Ia adalah kesakitan tercipta kerana haid, apabila otot-otot pada uterus iaitu rahim mengecut untuk mengeluarkan lapisan rahim. Kebanyakan wanita akan mengalami sengugut yang teruk tetapi jangan bimbang ianya adalah normal.

petua hilangkan sakit senggugut dengan cepat
Akibat senggugut yang teruk boleh menyebabkan semua aktiviti seharian terbantut dan tergendala.

Biasanya mereka yang datang haid dan sakit perut iaitu sakit senggugut mungkin juga merasa sakit belakang, sakit pinggang dan juga sakit pada bahagian atas celah peha selain kejang di bahagian bawah abdomen.

Malahan kekejangan dan sakit senggugut akan berlaku selama dua hingga tiga hari atau pun ia bermula sebelum datang haid memberi tanda senggugut dan sakit yang amat sangat biasanya akan terasa pada hari pertama kedatangan haid.

Rawatan dan Cara Hilangkan Senggugut

Cara hilangkan senggugut teruk dengan berkesan dan cepat boleh dilakukan dengan berbagai kaedah sama ada dengan menggunakan ubat yang boleh didapati dari farmasi dan juga hospital. Ada juga yang mengamalkan tips dan petua tradisional dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Kebanyakan wanita hari ini sama ada ketika haid atau sebelum datang bulan akan mengambil pil panadol atau ubat tahan sakit untuk menghilangkan senggugut dengan segera kerana tidak lagi mampu bertahan selepas sakit senggugut datang menyerang secara tiba-tiba.

Cara Atasi Sakit Senggugut Ketika Haid

Petua untuk datang haid kerana senggugut teruk
Maksud sakit senggugut dalam English adalah Menstrual Cramps.

Antara cara mengatasi senggugut dan tips untuk hilangkan sakit ini yang boleh dilakukan oleh gadis yang diserang sakit perut ketika datang bulan eloklah mengamalkan petua yang dikongsikan seperti berikut;

1. Pergerakan

Banyak bergerak seperti olahraga atau jogging boleh membantu badan untuk membuang hormon endorphins yang mampu meredakan kesakitan dan gejala krem dalam perut.

2. Jangan Minum Kopi dan Minuman Bergas

Kopi mempunyai kafein yang meningkatkan tekanan darah yang menjadi punca krem dalam perut. Minuman bergas dikatakan sangat tajam dan boleh menyebabkan usus perut terluka kerana semakin menipis akibat minuman bergas.

3. Aroma Terapi

Aroma terapi adalah sebagai salah satu cara yang terbaik untuk mengalihkan perhatian anda yang amat sakit ketika itu dan memilih wangian sweet marjoram dan juga lavender mampu memberikan ketenangan pada anda dan juga minda.

4. Minum Air Suam

Apabila haid kandungan air dalam badan pasti berkurang dan kerana kurang air juga mampu menjadi penyebab sakit senggugut dan perut kembung. Minumlah air suam dengan banyak sekurang-kurangya dua atau tiga liter sehari.

5. Ikan Salmon

Ikan salmon mempunyai kandungan Omega3 yang amat tinggi yang boleh mengurangkan rasa panas dalam perut selain ia juga salah satu makan berprotein tinggi untuk hilangkan krem dalam perut.

Petua Merawat Senggugut

Petua untuk mengurangkan dan meredakan sengugut tanpa panadol ini dikongsikan dari pengguna Facebook. Air serbuk kayu manis Ceylon Aryan ini lebih baik diamalkan sebelum haid dan kelebihan utama air ini adalah untuk melancarkan peredaran untuk mereka yang mengalami sengugut.

Biasanya, sekiranya air ini diminum segelas sehari ia sudah mencukupi untuk mengatasi masalah period pain. Ia terbukti boleh mencegah sakit sengugut, jadi eloklah diamalkan apabila tanda haid sudah tiba dan tidak perlu tunggu sakit baru diminum.

Air Kayu Manis Ceylon Aryan

Apa itu senggugut dan cara mengatasi
Minyak kulit kayu manis Ceylon Aryan juga boleh mengubati senggugut.

Bahan-bahan

Teh hijau
1/2 sudu teh serbuk kayu manis Ceylon Aryan
1 inci halia
Madu atau gula jika nak manis

Cara-cara membuat

Campurkan semua bahan di atas dengan air panas dan biarkan daun teh kembang sebentar seterus boleh diminum selepas air menjadi suam.

Biasanya, orang akan menggunakan teh biasa tetapi saya guna teh hijau kerana terlalu banyak kebaikan dan kelebihannya selain rasa dan aroma teh ini sangat sedap.

Mengapa digunakan serbuk kayu manis Ceylon Aryan? Kerana khasiat dari kayu manis ini sangat banyak dan lebih tinggi dari kulit kayu manis biasa kerana kandungan minyak (Cinnamaldehyde) yang terdapat di dalamnya.

Melalui satu kajian, Cinnamaldehyde membantu melancarkan darah dalam badan, mengawal tahap gula dalam darah seta turut mempunyai ciri-ciri bakteria anti radang dan juga mengawal berat badan.

Kepada anda yang bertanyakan macam mana nak hilangkan senggugut, anda boleh mengamalkan tips dan petua ini untuk mengurangkan senggugut dan boleh dijadikan sebagai penawar senggugut yang berkesan dan mujarab.

Cara Melegakan Senggugut dengan Nenas

Cara atasi senggugut
Nenas terbukti mempunyai khasiat terbaik untuk melancarkan perjalanan haid.

Mungkin ada yang tidak tahu tentang kebaikan dan khasiat nenas untuk mereka yang sakit senggugut dan datang bulan. Antara khasiatnya yang tersendiri adalah boleh melancarkan haid tidak teratur selain meningkatkan kesihatan wanita serta dijadikan cara hilangkan senggugut.

Dengan kandungan antioksidan yang sangat tinggi serta kandungan nutrisi yang sangat baik, ia dapat membantu untuk melembutkan bahagian rahim dan juga sebagai enzim yang memberikan bantuan kepada otot supaya lebih relax ketika haid dan sengugut.

Cara untuk mengamalkan dengan buah nenas sangat mudah, sama ada anda ingin makan begitu saja atau dimasak dengan berbagai jenis masakan sedikit sebanyak akan memberikan kebaikan kepada anda yang mengalami sakit perut kerana sakit senggugut.

Senggugut Dalam Islam

Senggugut dalam Islam seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Rozaimi Ramle menerusi Facebook ditujukan khas kepada semua kaum Hawa yang wajib mengambil tahu tentang ini selain beberapa ayat dan doa ketika datang haid serta doa hilangkan senggugut yang telah dikongsikan.

Doa dan cara menghilangkan senggugut dalam Islam
Rahim wanita dikatakan amat disukai iblis, mengapa agaknya?

Berikut adalah satu hadis yang dikongsikan, ada yang mengatakan tidak betul dan ada yang katakan tidak salah. Apa sekalipun pendapat, kita perlu mengikut ajaran Islam dan Al-Quran dijadikan sebagai panduan. Maka doa dan ayat di bawah boleh diikuti dan dibacakan sebagai ikhtiar.

Tempat yang iblis paling suka pada perempuan ialah rahimnya. Kerana Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang berbunyi;

Sesungguhnya pendarahan yang berlaku itu adalah kesan daripada cakaran iblis dalam rahim seseorang.

Mengapa iblis cakar rahim perempuan?

Iblis mengganggu rahim perempuan kerana tidak mahu melihat umat Nabi Muhammad semakin ramai di atas muka bumi ini. Dengan gangguan itu boleh menyebabkan perempuan sukar hamil.

Bagaimana cara untuk mengatasi dan merawat masalah senggugut ini?

Kepada semua wanita yang mengalami masalah kitaran haid tidak teratur boleh menggunakan kaedah ini, Insya Allah:

  1. Ambil madu asli, letak di depan sejadah dan buat solat hajat
  2. Baca dalam madu tersebut ayat Al-Fatihah, ayat Kursi, Selawat dan Surah An-Nahl ayat 69
  3. Baca ayat 69 sebanyak 21 kali
  4. Tiupkan dalam madu
  5. Ambil satu sudu madu, letak dalam air suam, dan minum satu kali sehari
  6. Sebaik-baiknya disarankan meminum dengan air Zam Zam

Semoga perkongsian petua rawatan sakit senggugut dan cara hilangkan senggugut ini mampu membantu sesiapa sahaja yang memerlukan rawatan untuk mencegah penyakit ini. Amalkanlah dengan betul dan mengikut petua yang diberikan pasti ianya akan menjadi penawar untuk menghilangkan kesakitan anda dengan berkesan.

Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments