in , ,

Sakit Tekak dan Tonsil – Kenapa Ia Selalu Terjadi Kepada Kita?

sakit tekak berpanjangan

Mengapa kita sering sakit tekak, lebih-lebih lagi apabila cuaca di kawasan tempat tinggal kita tidak menentu sehingga menjadi demam dan bila nak makan pun jadi masalah dan dikaitkan dengan tonsil kerana nak telan makanan perit sangat tak terkata.

Mungkin ramai yang menganggap punca sakit tekak adalah kerana tonsil bengkak yang menganggu tekak yang terkadang menyebabkan saluran penafasan melalui kerongkong juga tidak normal dan mengalami kesakitan. Tapi bagaimana cara hilangkan sakit tekak dengan cepat dan berkesan?

sakit tonsil
Mengapa sakit tekak sering dikaitkan dengan sakit tonsil?

Sebelum anda mengetahui cara dan petua menghilangkan sakit tekak berpanjangan adalah lebih baik anda membaca perkongsian dari Dr Ezairy M. Sallih ini yang berkongsi tentang sakit pada tekak dan tekak bengkak yang selalunya dialami ramai orang.

Kenapa Selalu Sakit Tekak?

Masalah ini selalu dialami oleh pesakit-pesakit saya. Ada yang menyalahkan sakit tonsil, tidak kurang mengatakan makanan sebagai penyebabnya.

Betul ke?

petua hilangkan sakit tekak dengan cepat
Sakit tekak atau diserang tonsil perlu segera berjumpa doktor sebelum ia melarat.

Beberapa sebab saya akan berikan kali ini. Lihat 7 masalah di bawah:

1. Masalah tonsil

Jangkitan pada tonsil atau dipanggil sebagai ‘acute tonsillitis’ akan menyebabkan pesakit mengalami masalah sakit tekak, kesukaran ketika menelan, demam dan gejala berkaitan.

2. Jangkitan pada kawasan tekak

Acute pharyngitis iaitu jangkitan pada bahagian tekak boleh berlaku dan mengakibatkan masalah sakit tekak. Berbagai-bagai punca yang menyebabkan ia boleh berlaku sama ada jangkitan virus, bakteria dan sebagainya.

3. Masalah hidung

Pernah kan kita temui pesakit sinusitis atau resdung turut mengalami masalah sakit tekak? Kerap tidak selesa pada tekak. Rasa ada sesuatu tidak seronok ketika menelan. Mukus daripada hidung akibat masalah resdung yang tidak terkawal boleh mengalir ke belakang dan menyebabkan jangkitan pada tekak juga. Kawal masalah sinus anda!

4. ‘Foreign body’

Kadang-kadang pesakit tak sedar. Selepas makan ada tertinggal tulang ikan pada tekak. Rasa tak selesa dan mencucuk-cucuk pada tekak. Bawa periksa doktor, kami akan keluarkan.

5. Quinsy atau peritonsillar abscess

Pengumpulan nanah pada sekitar kawasan tonsil atau dipanggil ‘quinsy’ boleh berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengalami sakit tekak teramat sangat, sukar menelan, sehingga sukar untuk membuka mulut. Nanah ini perlu dikeluarkan segera.

6. Tonsilolith atau tonsil stone

Anda akan perhati sesuatu keputihan atau tidak normal pada salah satu sakit tonsil anda. Akibat daripada serpihan makanan yang tertinggal atau terlekat pada tonsil, lama-kelamaan ia akan menjadi tonsil stone. Sesetengah pesakit tidak menyedari keadaan ini, namun ada kes dimana pesakit kan mengalami kesakitan teramat sangat. Ia perlu dikeluarkan.

7. Ulser pada tekak

Ulser. Ini juga boleh ditemui di kalangan pesakit. Jangkitan kuman, traumatic cause dan sebagainya boleh menyebabkan ia berlaku. Periksa doktor jika anda alami masalah sakit tekak.

Semoga perkongsian Ini bermanfaat untuk kita semua. Sila kongsi kepada orang yang anda sayang. Moga lebih ramai mendapat manfaat.

Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak

Rawatan sakit tekak bukan hanya bergantung ubat antibiotik. Doktor perlu merawat puncanya, baru masalah boleh selesai.

Petua Hilangkan Sakit Tekak Secara Tradisional

cara hilangkan sakit tekak
Petua Sakit Tekak dari KKM

Masyarakat kita hari ini masih lagi mengamalkan petua tradisional untuk merawat berbagai penyakit yang dialami. Begitu dengan sakit tekak yang turut mempunyai petua dan cara untuk hilangkan sakit tekak atau tonsil ini dengan menggunakan bahan semulajadi yang didapati di rumah.

Berikutnya dikongsikan beberapa petua dan tips untuk meredakan sakit tekak yang anda alami. Anda boleh amalkan semua cara ini dengan betul tanpa was-was kerana telah ramai yang masih menggunakan petua turun temurun ini sehingga ke hari ini.

1. Madu

madu lebah
Madu lebah sangat berkahsiat untuk merawat berbagai jenis penyakit.

Madu lebah mempunyai khasiat yang tersendiri untuk mengubati berbagai jenis penyakit dan salah satu daripadanya juga tekak atau tonsil. Gula semulajadi daripada madu yang mempunyai komponen antiradang dan antibakteria akan melegakan kesakitan dan bengkak.

2. Kumur Air Garam

sakit tekak bila menelan
Berkumur dengan air garam boleh mengatasi sakit pada tekak dan perit.

Kebanyakan doktor gigi akan mengesyorkan penggunaan berkumur dengan garam untuk kebersihan mulut dan tekak secara keseluruhannya. Garam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dan perit akibat tonsil dan bengkak selain tekak.

3. Air Kunyit

cara merawat sakit tekak
Air kunyi yang dicampurkan dengan susu panas boleh menghilangkan sakit pada tekak.

Rawatan sakit tekak dengan menggunakan air kunyit dan dicampurkan dengan susu panas dapat meredakan kesakitan pada tekak. Ia boleh diamalkan sebanyak dua kali sehari untuk mendapatkan kelegaan dengan segera. Kunyit dapat mengurangkan bengkak kerana ia membantu untuk menguatkan sistem imun dalam tubuh.

4. Daun Pudina

cara melegakan sakit tekak dan Sakit kerongkong
Gandingan pudina dan madu juga sangat baik untuk tonsil dan tekak.

Segenggam daun pudina diminum dengan secawan air panas dan diminum bersama sesudu madu sebanyak 2 atau 3 kali sehari mampu menghapuskan virus dan bakteri yang membiak kerana tonsil. Khasiat pudina juga terbukti dengan kelebihannya yang menyegarkan mulut.

5. Kulit Kayu Manis

cara merawat tekak bengkak
Aroma yang ada pada kayu manis ini menjadikan ia sangat istimewa dan sering menjadi pilihan ramai.

Kulit kayu manis adalah antara yang paling berkhasiat untuk merawat sakit tekak selain menjadi penawar beberapa penyakit lain. Rempah yang berbau wangi ini mempunyai antimikrob yang mampu menghilangkan tonsillitis serta menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan bengkak tonsil.

Baca juga : Makan Ais Krim Vanilla Ubat Tonsil? Mengarut! – Dr Abdul Rahim

Sebenarnya masih banyak lagi petua dan cara untuk menghilangkan sakit tekak dan sakit tonsil yang boleh digunakan. Petua yang dikongsikan adalah antara yang terpilih sahaja. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

 

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0