in

Salah Cara Mandi, Anda Boleh Pitam & Kena Stroke Dalam Bilik Air!

salah mandi boleh pitam

Kita selalunya biasa mendengar tentang ramai orang yang jatuh di dalam bilik air ketika sedang mandi, malahan ada yang pitam dan pengsan kerana diserang penyakit stroke secara tiba-tiba yang dikatakan salah cara mandi.

Sebenarnya ada dua sebab utama mengapa perkara tersebut berlaku iaitu cara mandi yang salah dan tentulah bilik air atau tandas adalah tempat yang paling disukai dan dihuni oleh syaitan. Oleh sebab itulah sebagai orang Islam kita disarankan baca doa sebelum masuk ke bilik air.

Biasanya ramai di antara kita yang akan mandi dengan basahkan kepala terlebih dahulu kerana nak cepat dan mengejar masa. Sebenarnya cara mandi begini adalah salah. Silap hari bulan boleh membawa maut dan melayang nyawa. Jangan memandang ringan dengan perkara dan kejadian seperti ini, mari kita semak apakah punca dan kesannya.

Punca dan Kesan Cara Mandi Yang Salah

Cara mandi
Cara mandi dengan betul mengikut Islam adalah cara yang paling terbaik untuk kesihatan.

1. Apabila kita menyiram kepala dulu, panas dalam tubuh akan terperangkap. Ia boleh menyebabkan pembuluh darah pecah.

2. Air sejuk yang disiram pada kepala akan menyebabkan darah mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala. Itu yang menyebabkan ramai orang yang pengsan.

3. Angin dalam badan tidak keluar apabila kita siram kepala atau badan dulu. Sebab tu ramai yang sakit-sakit badan kerana angin berkumpul.

Jika ingin mengatasi perkara sebegini berlaku dan ingin mengambil langkah yang betul dan selamat, anda boleh mengikut cara mandi yang betul seperti yang disarankan seperti berikut;

Cara Mandi Yang Betul

1. Baca doa atau sekurang-kurangnya baca bismillah sebelum masuk ke bilik air.

2. Jangan tergesa-gesa dan berhati-hatilah.

3. Mulakan dengan bahagian kaki, siram tapak kaki.

4. Kemudian, barulah siram bahagian betis diikuti peha dan perut.

5. Selepas itu, barulah siram di bahagian bahu anda.

6. Berhenti sekejap, pada waktu ini kita akan dapat rasakan wap atau angin keluar dari ubun-ubun.

7. Akhir sekali barulah basahkan kepala.

Waktu dan Cara Mandi Yang Dilarang

1. 30 minit selepas solat Asar kerana waktu ini darah di dalam badan kita sedang panas. Jika kita mandi ketika itu, ia akan menyebabkan badan menjadi lelah dan lemah untuk melakukan perkerjaan.

2. Selepas Maghrib. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

3. Setelah Isyak sehingga pukul 12 malam. Setelah solat Isyak, jantung kita berhenti dan melakukan istirehat. Jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan pada jantung akibat kemasukan air mandian.

4. Selepas bersukan atau sedang berpeluh. Tunggu sampai badan sejuk atau hilang peluh. Selain menyebabkan panau, ini juga boleh menyebabkan serangan stroke yang akan berlaku.

Nak Awet Muda Ikuti Cara Mandi Ini

Panduan cara mandi dengan betul
Kebersihan bilik mandi dan tandas harus dijaga untuk elakkan kejadian jatuh di bilik air.

1. Menjelang waktu Subuh (antara jam 2 hingga 3 pagi)

Badan menjadi lebih sihat, awet muda dan membaiki metabolisme tubuh. Suhu badan menjadi lebih stabil, melancarkan perjalanan darah dan membuang sikap malas.

Tengok saja nenek dan datuk kita yang sering mandi waktu begini, tubuh mereka sihat dan nampak muda.

2. Selepas Subuh ( 6 pagi)

Tubuh akan lebih segar, sihat dan mood juga menjadi lebih baik.

Berikutnya video panduan cara mandi yang betul untuk ibu bapa bagi mengajar anak supaya mengamalkan mandi dengan cara yang sebenarnya untuk kesihatan diri.

Hanya diri kita sendiri yang mampu mengubah apa saja yang ada dalam diri kita, bukannya orang lain. Ikutilah cara mandi yang betul seperti yang disarankan demi kesihatan diri kita yang lebih baik dan kehidupan yang lebih sihat. Semoga bermanfaat untuk semua. (Rujukan)

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments