in

Dua Lelaki Cuba Samun Motosikal YSuku Diburu Polis Selepas HP Tercicir

motosikal ysuku

Setiap hari pasti ada saja kes ragut, kecurian motosikal dan sebagainya yang dapat kita dengari sama ada di laman sosial atau surat khabar. Isu ini tetap berlaku walau di mana sahaja kita berada. Penjenayah atau pencuri semakin berani melakukan perbuatan mereka tanpa mengira akibatnya.

Dua Lelaki Cuba Samun Motosikal YSuku

Terbaru, seorang lelaki iaitu rider Grabfood telah menghadapi detik cemas apabila motosikal miliknya Y125ZR (YSuku) hampir dilarikan oleh dua orang lelaki yang tidak dikenalinya sewaktu beliau sedang menjalankan tugas menghantar makanan di kawasan Phileo Damansara.

Kejadian tersebut turut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) seperti yang dikongsikan pemilik akaun Twitter @tsgxy_. Rakaman yang berdurasi 0.37 saat itu turut memaparkan bagaimana seorang lelaki diserang oleh dua lelaki bermotorsikal yang cuba menyamun motosikal.

Perkongsian video kejadian juga telah menarik perhatian ramai netizen di laman sosial dan sehingga kini mendapat perkongsian lebih dari 20 ribu dan juga tontonan melebihi 500 ribu semenjak ia dimuat naik pada jam 5.52 petang semalam.

Seperti yang dilaporkan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dia didatangi dua individu yang dengan sebuah motosikal Yamaha 125z selepas mangsa tiba di hadapan bangunan di Phileo Damansara.

“Seorang daripada suspek terbabit kemudiannya meminta mangsa turun daripada motosikalnya sambil mendakwanya adalah motosikal miliknya yang dicuri dan ingin mengambilnya.

“Seorang lagi suspek datang dari arah belakang mangsa dan terus memukul kepalanya menggunakan besi pengunci motosikal menyebabkan mangsa bergelut untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di telinga selain kepala, belakang badan dan juga mulut. Manakala, seorang lagi suspek cuba meloloskan diri dan melarikan motosikal YSuku tetap mangsa sempat menendang suspek sehingga terjatuh sebelum penyamun itu melarikan diri.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadia, kedua-dua lelaki itu bersenjatakan parang yang diletakkan di belakang badan. Mangsa juga tidak mengalami sebarang kerugian kerana sempat menyelamatkan motosikal YSuku miliknya. Polis kini sedang memburu kedua-dua penjenayah tersebut.

kecurian motor
Sumber : Twitter

Ramai netizen memuji serta kagum dengan keberanian rider Grabfood tersebut kerana bijak mempertahankan motosikalnya malahan ada juga yang bersimpati dengan apa yang telah dia lalui kerana pengalaman seperti ini amat menakutkan dan silap hari bulan boleh kehilangan nyawa.

Oleh itu, anda semua haruslah sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling dan jangan sekali cuai kerana apa saja boleh berlaku jikan kita tidak berjaga-jaga malahan semua gerak geri kita sentiasa diperhatikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

Comments