SAPS Ibu Bapa (NKRA) adalah satu Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah secara online terkini yang terhasil daripada idea dan inspirasi bekas Menteri Pendidikan Malaysia yang memudahkan semua ibu bapa dan penjaga yang ingin mengetahui keputusan dan markah peperiksaan murid atau pelajar secara atas talian tanpa perlu merujuk kepada guru sekolah.
SAPS Semakan Ibu Bapa adalah satu portal sistem pangkalan data yang telah pun dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk para ibu bapa bagi membolehkan semua penjaga memantau prestasi akademik anak mereka dan cek keputusan peperiksaan serta perkembangan murid terkini dengan lebih mudah, kemas, teratur dan cepat.
Cara semak atau nak buat semakan SAPS Ibubapa untuk semakan keputusan peperiksaan murid terkini, ibu bapa hanya perlu melayari laman web dan login SAPS Ibu Bapa secara online untuk semak slip peperiksaan pelajar, maklumat dan prestasi anak dengan lebih terperinci walaupun berada di rumah atau di mana-mana sahaja dengan menggunakan talian internet.
Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan

Apakah itu SAPS NKRA – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Secara Online?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah diperkenalkan oleh KPM dengan tujuan untuk menyimpan, mengumpul dan juga menganalisis data peperiksaan dalaman bagi setiap satu sekolah di seluruh Malaysia selain turut menyelesaikan sebarang masalah pengendalian data.
Berbagai masalah dapat dikurangkan dengan adanya sistem analisis keputusan peperiksaan ini dan penjimatan masa adalah merupakan kebaikan yang paling utama kerana semua ibu bapa hanya menggunakan sistem secara atas talian. Malahan para guru dan pihak sekolah tidak lagi perlu membuat pengiraan secara manual dan sebarang analisis atau menghantar maklumat melalui pos.
Kelebihan SAPS Semakan Ibu Bapa Analisis Online
Sistem SAPS online ini juga boleh digunakan oleh berbagai pihak seperti KPM, JPN, PPD dan guru serta pihak sekolah.
Analisis yang dikendalikan menerusi sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
Data yang tersimpan menerusi SAPS juga dapat digunakan pelbagai pihak dan keutamaannya seperti KPM, JPN dan PPD bagi membuat sebarang analisis berkaitan.
Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah dan Menengah
Ibu bapa yang ingin menyemak dan membuat semakan penilaian keputusan peperiksaan murid sekolah menerusi sistem SAPS Ibu Bapa bagi beberapa jenis peperiksaan seperti yang berikut:
- Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 hingga Darjah 6)
- Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5)
Keputusan peperiksaan online disemak melalui SAPS Semakan IbuBapa adalah seperti:
- Ujian 1
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Ujian 2
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Peperiksaan Percubaan (Trial Exam) UPSR, PT3 dan SPM
Walau bagaimanapun, KEPUTUSAN PENUH UNTUK PEPERIKSAAN AWAM seperti UPSR, PT3 dan SPM TIDAK BOLEH DISEMAK MENERUSI SISTEM SAPS.
Cara Semak Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa
Cara membuat semakan SAPS online dan panduan lengkap dengan langkah-langkah untuk menyemak Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa adalah seperti yang berikut:
1. Layari laman web SAPS Semakan Ibu Bapa Online https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ dan login

2. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa space atau dash ( – ).

3. Sila pilih negeri untuk sekolah pelajar dan pilih nama sekolah murid yang terkini.

4. Sila klik pada butang Semak Laporan dan seterusnya anda akan dapati submenu seperti gambar di bawah yang bertanda.

5. Sila pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak seperti Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan dan lain-lain.

6. Klik pada Papar Slip Keputusan atau paparan yang lebih jelas. Klik pada Papar Markah Peperiksaan.

Analisa Keputusan Ujian dan Peperiksaan
Selepas anda menekan butang keputusan peperiksaan, anda akan dapat pautan tersebut akan menunjukkan Analisa Keputusan ujian dan Peperiksaan bagi tahun yang dipilih dan paparan slip keputusan dalam bentuk PDF juga disediakan.
Paparan tersebut akan menunjukkan mata pelajaran yang telah diambil, markah dan gred bagi setiap subjek diikuti dengan markah keseluruhan. Semua markah tersebut akan menandakan aras untuk mengira peratus pencapaian sama ada murid terbabit lulus atau gagal.
Melalui slip keputusan peperiksaan tersebut, semua ibu bapa dan penjaga akan dapat mengetahui kedudukan anak mereka di dalam kelas serta kedudukan dalam bilik darjah yang diperolehi mereka.

Analisis markah peperiksaan yang ditunjukkan di atas adalah bagi murid tingkatan 5 yang memaparkan keputusan ujian 1 sahaja bagi tahun 2018. Melalui paparan ini dapat dilihat 4 jenis keputusan peperiksaan dan ujian yang boleh disemak bagi setiap seorang murid sekolah.
Soalan Lazim Semakan SAPS NKRA
Kemudahan yang disediakan adalah untuk memudahkan semua pengguna SAPS NKRA untuk mengambil sebarang tindakan sebagai cara untuk mengatasi apa saja masalah yang dihadapi ketika menggunakan sistem SAPS ini.
Seterusnya adalah soalan-soalan lazim atau FAQ dikongsikan untuk dijadikan panduan kepada semua pengguna, anda boleh muat turun atau Download FAQ ini dalam bentuk PDF di bahagian PANDUAN AM SAPSNKRA melalui laman SAPS NKRA.
Semoga bermanfaat untuk semua penjaga untuk menggunakan sistem Semakan SAPS IbuBapa ini dan dengan adanya kemudahan ini para penjaga dapat memantau kedudukan kelas murid dan juga boleh membuat semakan slip keputusan peperiksaan secara online.
Diharap kemudahan sistem SAPS NKRA ini membolehkan semua ibu bapa melahirkan anak yang bijak pandai dan sering memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang dan terbaik di sepanjang zaman persekolahan.
Pastinya sistem Saps Semakan Ibu Bapa akan terus menjadikan anak-anak murid kita dan semua pelajar lebih baik serta cemerlang dalam semua jenis peperiksaan di masa akan datang.
Loading…