in

Ramai Nampak Keluarga Ini Basah Kuyup Tapi Tiada Siapa Yang Tegur

rakyat malaysia yang prihatin

Ramai netizen dilihat memuji keprihatinan seorang lelaki yang telah membantu dan menghantar seorang ibu dan bayinya ke sebuah destinasi, manakala suaminya pula mengikuti dari belakang menggunakan sebuah motosikal.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Susilekumar Thamotaran mengatakan beliau tidak sampai hati melihat keluarga berkenaan yang dalam keadaan basah kuyup dek kerana hujan. Tambahan pula pasangan terbabit turut membawa bersama seorang bayi anak mereka yang ingin menuju ke tempat yang jauh.

Prihatin Seorang Rakyat Malaysia

keprihatinan orang malaysia
Gambar yang mempunyai seribu makna ini dikongsi oleh Susilekumar Thamotaran.

Malam semalam iaitu 15 Januari 2019, saya ketika itu dalam perjalanan dari Puchong ke Rawang. Kemudian kami singgah di lebuhraya Subang di stesen minyak Shell kerana ingin mengisi minyak.

Waktu itu hujan terlalu lebat dan kami telah terserempak dengan sepasang suami isteri berbangsa Melayu bersama anaknya yang dianggarkan berusia setahun 3 bulan yang menunggang motosikal. Ketika mereka semuanya basah kuyup kerana hujan.

Kami sesungguhnya tidak sampai hati melihat keadaan itu dan kemudian kami bertanya kepada si suami ke mana mereka ingin tuju. Mereka membalas, mereka dalam perjalanan ke Sri Damansara. Jadi, kami menawarkan kepada si suami untuk menghantar anak dan isterinya ke Sri Damansara.

Kemudian, dia memberikan senyuman penuh kegembiraan sambil menyatakan tanda setuju. Jadi, kami membawa dan menghantar isteri dan anaknya, manakala suaminya pula sambil menunggang motosikal mengekori kami dari belakang.

Kemudian, selepas kami menghantar keluarga ini di Sri Damansara, mereka langsung tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan selepas kami menolong mereka.

Tujuan saya kongsikan perkara ini adalah kerana ramai yang melihat dan nampak keluarga berkenaan yang sedang dalam kebasahan dan tidak menukar baju kerana hujan. Tetapi tiada seorang pun yang menegur. Setakat tumpangkan mereka saja, bukannya you all rugi berjuta ringgit. Fikirlah sikit, kawan-kawan.

Rata-rata netizen masing-masing turut mengucapkan ribuan terima kasih terhadap lelaki ini yang telah sudi memberi bantuan kepada keluarga ini yang ketika itu dalam kesusahan. Ramai netizen juga turut menyatakan bahawa mereka akan terus menghormati beliau.

komen orang ramai
Antara komen netizen yang menyanjungi tindakan lelaki ini.

Keprihatinan sebegini haruslah ada pada setiap diri sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa. Jika sikap begini diamalkan tanpa mementingkan diri sendiri pastinya negara kita akan terus lebih aman dan damai serta hidup dalam keadaan harmoni.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

Comments