in

Saya Jual Arnab Bakar La, Makanan Halal. Lelaki Tampil Perjelas Gambar Viral Selepas Ada Netizen Kata Gerainya Jual Kucing

viral gerai dikata jual kucing

Hari ini tersebar di laman Facebook dua keping gambar yang didakwa  dari sebuah gerai di bazar Ramadan Kampung Guntong, Setiu Terengganu kerana telah menjual makanan eksotik tanpa menyatakan haiwan apakah yang dijualnya itu.

Ini menyebabkan terjadinya pertanyaan netizen dan akhirnya terus membuat telahan sendiri dengan meneka dan menuduh tanpa sebarang kesahihan terlebih dahulu yang akhirnya menyebabkan kisah ini jadi tular dengan cepatnya.

Kerana bentuk haiwan tersebut, ramai netizen dilihat sudah salah faham di mana ada yang mengatakan ia adalah anak kambing, ada yang turut menulis komen dengan rasa marah serta menyatakan ianya adalah kucing dan bahkan ada yang sanggup menyatakan ianya adalah anjing.

Selain itu ada netizen yang menyatakan gambar itu adalah gambar dari uar negara, namun segala persoalan terjawab selepas pemilik gerai tampil memberikan penjelasan ekoran isu gambar berkenaan diviralkan di laman sosial.

Walau bagaimanapun, beliau telah menafikan semua tanggapan dan tuduhan tersebut, menurut lelaki terbabit yang dikenali sebagai Mohd Ebbie Shafiran makanan yang dijual di gerainya di bazar Ramadhan itu adalah makanan yang halal iaitu arnab bakar.

gerai di bazar ramadhan
Kenyataan Eddie Shafiran di laman Facebook.

“Jangan kecam saya, saya jual arnab jer, makanan halal, bukan makanan haram seperti yang didakwa nak jual ikut suka.”

Katanya menerusi satu posting di laman Facebook. Sebelum gambar berkenaan menjadi viral, dia telah memuat naik gambar tentang arnab bakar tersebut di laman Facebooknya.

Ada beberapa netizen yang turut bertanyakan mengapa arnab berkenaan dijual sekali dengan kepala.

Beliau menyatakan kepala arnab mempunyai peminatnya sendiri, macam juga seperti daging lembu, ada juga peminatnya sendiri, mereka akan makan otak dan lidah lembu.

arnab panggang disangka kucing
Arnab yang disangkakan seekor kucing dijual di bazar Ramadhan.

Jadi segala persoalannya sudah terjawab, makanan halal tu, tak payah samakan dengan makanan yang tidak halal yang lain.

Secara logiknya, adakah orang Melayu akan menjual binatang yang tidak sepatutnya di bulan Ramadhan? Oleh itu, netizen disarankan agar berhati-hati untuk menyebarkan sesuatu berita yang didapati di laman sosial sebelum bertindak atau menuduh seseorang itu tanpa usul periksa. Apabila semua persoalan terjawab pastinya kita akan malu sendiri.

Sumber: Siakapkeli

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Comments