in

Saya Nak Hiburkan Mereka Tapi Mereka Yang Hiburkan Saya – Neelofa dan Pesakit Kanser HKL

Neelofa lawat pesakit kanser di HKL

Siapa yang tak kenal artis wanita cantik jelita yang dikenali sebagai Neelofa atau senang dipanggil Lofa sahaja. Pelakon dan pengacara ini mempunyai ramai peminat dan pengikutnya yang tersendiri melalui laman sosial seperti Instagram, Facebook dan sebagainya.

Apabila Neelofa adalah seorang public figure yang disegani pastinya setiap gerak geri dan langkahnya sentiasa diperhatikan pada setiap minit jika berada di tempat umum atau di media sosial. Lofa pula biasanya akan berkongsi banyak aktiviti yang dilakukannya di laman sosial.

Artis wanita neelofa
Neelofa ketika melawat peminatnya yang berada di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Beberapa hari lalu, Neelofa dilaporkan membuat lawatan dengan berkunjung dan beramah mesra dengan kanak-kanak istimewa yang ditempatkan di Hospital Besar Kuala lumpur. Kedatangan artis cantik ini adalah bertujuan untuk meluangkan masa bersama mereka selain untuk menghiburkan mereka telah menarik perhatian netizen.

My heart is still full from yesterday’s outing! Met so many wonderful kids and wonderful people! Thank you to @badut_malaysia_clown and @acikamatclown for putting a smile (and those balloons!) on the kids’ faces yesterday! ❤

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Pastinya mereka semua sangat gembira selepas dikunjungi oleh pelakon wanita ini yang sememangnya sangat dikenali di tanah air. Siapa yang tak terkejut jika selebriti yang selama ini dilihat di kaca TV tiba-tiba muncul di depan mata?

Walau bagaimanapun, ada perkara yang menarik perhatian ramai berlaku apabila perkongsian Lofa di laman sosial menyatakan bahawa kedatangan beliau ke tempat tersebut untuk menghiburkan mereka tetapi sebaliknya mereka yang menghiburkan saya, katanya.

Baca juga : [FOTO] Nampak Macam Sama Tapi Bukan Dia- Kami Temui Lagi Seorang Kembar Neelofa

Sebagai seorang yang dikenali Neelofa telah menjalankan tanggungjawabnya dan telah berjaya menghulurkan bantuan untuk membantu mereka sedikit sebanyak walaupun mungkin bukan dengan wang ringgit tetapi mungkin dengan kemesraan serta senyuman pasti akan terubat penderitaan yang mereka alami, siapa tahu?

Menerusi perkongsian Neelofa di laman Instagram miliknya, rata-rata netizen begitu memujinya di atas keikhlasan wanita ini kerana sudi meluangkan masa seketika dengan ramai peminatnya pesakit kanser di HKL. Berikutnya adalah antara komen yang diutarakan para pengikutnya.

Neelofa dan peminat
Antara komen dan pujian pengikut Neelofa di Instagram.
Komen netizen
Antara komen dan pujian pengikut Neelofa di Instagram.
pengikut neelofa
Antara komen dan pujian pengikut Neelofa di Instagram.

Semoga Neelofa teruskan dengan keprihatinan beliau terhadap mereka yang kurang bernasib baik serta mereka yang memerlukan sokongan penuh dari seorang artis seperti Neelofa. Syabas!

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0