in ,

Saya Perasan Mata Suami Merah Bila Duit Gaji Tak Cukup, Bila Suami Tidur, Saya ‘Check’ Dompet Suami,Allahu! Tinggal RM2, Bank Suami RM50..

tanggungjawab suami

Hari ini kandungan masuk bulan kelima. Alhamdulillah, sihat dengan izin Allah SWT. Bila tengok suami menangis sebab duit gaji tak cukup nak cover itu in, saya diam, saya sedih tapi saya tak menangis depan suami. Suami juga tak menangis depan saya, tapi saya perasan mata suami merah. Bila dia tidur saya check dompet dia, Allahu.Tinggal RM2, saya check balance dalam akaun Maybank suami dengan Maybank2u.

Allahu, tinggal lagi RM50. Dalam hati macamana suami nak tampung belanja rumah, lagi 2 minggu baru gaji. Hujung minggu suami ajak balik kampung, saya tahu suami nak pinjam duit dari mak dan abah mertua.

Saya diam, saya tak tanya apa-apa. Saya cuma mengangguk apa yang suami kata. Saya ikut dia balik rumah mertua. Sepanjang perjalanan suami diam, saya tahu suami susah hati. Saya cuma tak henti-henti berdoa, walau apa usaha suami untuk mencari rezeki, saya minta Allah SWT mudahkan.

Sepanjang pindah ke tengah-tengah bandar, bukan sekali suami minta tolong dengan mertua. Tapi alhamdulillah, mertua selalu memahami. Gaji suami tak besar mana, saya tak bekerja, komitmen sana sini. Saya cuba cari kerja, tapi barangkali belum ada rezeki.

Bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan, saya terpanggil untuk berniaga. Suami tengok keadaan saya dengan mengandung, jalan pun kadang-kadang macam itik sebab perot makin membesar, dia melarang saya. Tapi saya yakinkan dia saya sihat, saya boleh bantu dia. Saya minta dia beri keizinan dan doakan saya.

Alhamdulillah, suami akur. Dia tahu saya penat, tapi saya sembunyi, sebab itu dia selalu bantu saya tanpa saya suruh. Sambil dia tolong saya, ada masanya mata dia tak berkedip pandang saya, pandang perot saya, saya perasan, tapi saya buat tak tahu.

Macam-macam saya ajak dia bergurau, semata-mata saya tak nak suami sedih, tak nak dia melayan perasaan dan apa yang sedang bermain di fikiran dia.

Saya cakap dengan suami, jangan sedih tengok saya tolong dia, ini kepuasan saya. Saya tak pernah bagitahu dia yang saya selalu menangis saat pandang muka dia bila dia dah nyenyak tidur. Dalam hati saya, suami ini Allah SWT hadirkn dengan kelebihan dan kekurangan. Kelebihan dia melengkapi kekurangan aku dan kekurangan dia cuba untuk aku sempurnakan dengan kelebihanku.

Buat Suami, inilah suami pertama dan ini juga yang terakhir jika diizinkan Allah SWT. Tak pernah mengharap yang lebih baik kerana kebaikan akan datang jika kita memberi kebaikan. Terima Kasih untuk sepanjang bersama. Walau ada saatnya tak lari dari perasaan terluka sesama sendir. Namun, kekuatan dan kesabaran yang dimohon dari Allah SWT itu jauh lebih baik. Semoga Allah SWT memberkati semua hubungan suami isteri di dunia ini. Aminnn.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments